Get the app for full experience
SIKAP prihatin yang di tunjukkan oleh Ziqri dan Damya, mengundang rasa hairan di hati Lufya. Kehadiran Ziqri tiba-tiba di rumahnya bersama Damya, juga menghairankan. Masuk ketiga hari Ziqri bersamanya, Lufya tidak dapat menahan dirinya untuk bertanya.
Dia mengambil tempat di samping Ziqri, dan memaut lengan Ziqri manja. Tindakannya itu, membuatkan Ziqri yang sibuk dengan Ipadnya, menghentikan kerjanya dan berpaling pada Lufya.
Keningnya dijongket nakal. Tangannya memaut pinggang Lufya.
“Kenapa tak tidur lagi ni? Luf, nak abang ke?”
Membahang wajah Lufya, mendengar ayat tidak bertapis Ziqri itu.
“Abang ni…” Lufya menjuihkan bibirnya dan wajahnya disembunyikan di sebalik bahu Ziqri.
Ziqri tergelak kecil. Laju bibirnya singgah di kepala Lufya.
“Ada apa sayang…” leret Ziqri. Hidung Lufya dicuit manja.
Lufya menepis manja tangan Ziqri itu.
“Dah tiga malam abang dengan Luf. Mar, tak cari abang ke?” tanya Lufya. Lembut nadanya. Suaranya itu kedengaran merdu pada pendegaran Ziqri.
Ziqri diam mendengar soalan itu. Wajah Lufya dikerling sekilas.
“Luf, tak nak abang kat sini ke?” duga Ziqri.
Lufya berdecit. “Bukanlah,” bantahnya menafikan.
Tangan Ziqri mengusap bahu Lufya yang terdedah. Dia faham sangat, apa yang Lufya risaukan. Dia Cuma menduga.
“Mar tak akan cari abang, kalau dia ada duit,” ujar Ziqri, yakin. Buktinya, selama tiga hari, Lufya langsung tidak timbul di pejabat mahupun menghubunginya.
Lufya mengangguk tanda faham.
Melihat reaksi Lufya, Ziqri tersenyum sendiri.
“Apa lagi Luf nak tanya?” tanya Ziqri, lembut.
Lufya tayang sengihan. Kepalanya digeleng laju. “Tak ada apa dah. Itu je…”
“Luf, tak letih ke?” tanya Ziqri. Rambut Lufya dielus lembut.
Terangkat kening Lufya, bila menerima pertanyaan itu. Wajah Ziqri dipandang, dengan riak wajah tertanya.
“Kenapa nak letih?” tanya Lufya.
Tapak tangan Ziqri dibawa ke ribanya dan ditemukan dengan tapak tangannya lalu bertautlah dua jejari itu. Erat, sebagaimana eratnya rasa kasih dan sayangnya pada lelaki itu.
Ziqri memandang Lufya sekilas. “Yelah. Siang terkejar sini sana. Dengan alahan lagi. Tak letih ke?” aju Ziqri lagi.
Lufya tergelak kecil.
“Luf, dah biasa macam ni,” ujarnya.
Ziqri diam mendengar jawapan itu. Dia lantas menyimpan rasa risau yang bertamu di hatinya.
“Kalau boleh, abang nak Luf duduk rumah je,” ujar Ziqri.
Lufya diam. Kalaulah dia memilih untuk duduk di rumah, bagaimana dengan perniagaannya yang baru mahu berdiri itu. Tak sanggup rasanya dia meninggalkan semuanya separuh jalan.
“Luf nak berjaya. Tak sanggup nak berhenti separuh jalan,” balas Lufya, perlahan.
“Abang tak suruh, Luf, berhenti. Luf, banyak pekerja kan?”
Lufya mengeluh. “Luf, tak naklah mengharap sangat kat diorang. Diorang sibuk juga,” balas Lufya.
Ziqri diam. Angguk tidak, apatah lagi menggelengkan kepalanya. Beberapa saat berlalu, barulah suara Ziqri kembali kedengaran.
“Abang risaukan kesihatan Luf. Sepatutnya, Luf, berehat je kat rumah,” luah Ziqri.
Lufya ketawa kecil bila mendengar luahan yang terbit dari bibir lelaki itu.
“Risau kat Luf ke… kat baby?
“Dua-dua sekali. Mama baby and the baby…”
Sepi.
“Abang tak payahlah nak risau. Luf, tahu jaga diri Luf,” janji Lufya.
“Abang percayakan Luf…”
Lufya tersenyum mendengar kata-kata itu. Dia merebahkan kepalanya pada bahu lelaki itu.