BAB 68

Romance Series 92840

MEREKA berpimpinan tangan sambil melangkah menyusuri pantai itu. Sesekali, ombak menhempas kaki mereka berdua.
“Apa sebenarnya yang sedang kita buat sekarang, abang?”
“Bercinta seperti pasangan yang lain,”
Lufya mendengus perlahan. Bukan jawapan itu yang dia mahukan.
“Luf, tak pernah sangka apa yang jadi dalam hidup, Luf, sekarang. Berada di Pantai Morib…” Lufya mengerling Ziqri yang kelihatan tenang di sampingnya dan beralih pada jejari mereka yang bertaut rapat lalu menyambung kembali ayatnya yang tergendala itu. “Dengan suami kawan Luf sendiri. Rasa macam sedang mengkhianati sebuah persahabatan,” luah Lufya jujur.
Ziqri tertawa kecil.
“Luf tak minta. Abangpun, tak pernah minta apatah lagi menyangkanya. Ini yang Mar mahukan. Kita hanya menunaikannya,”
Lufya diam sejenak.
“Abang tak menyesal?”
Ziqri menggelengkan kepalanya sambil menjawab, “Abang lebih menyesal, kalau aban tak dapat kenal dengan Luf,”
Lufya jeda. Langkahnya terhenti membuatkan Ziqri juga berhenti dan memandang wajahnya.
“Maksud abang?” tanya Lufya.
Ziqri diam. Dia melepaskan tautan tangan mereka dan melangkah menuju ke tepian dan perlahan melabuhkan duduknya di atas pasir sambil menghadap lautan yang terbentang luas. Tangannya menggamit pada Lufya untuk menyertainya.
Lufya akur.
“Mungkin agak keterlaluan kalau abang cakap benda ni pada, Luf.” Ziqri menautkan kembali tapak tangan mereka sebaik Lufya duduk. “Pertama kali abang tengok muka Luf, abang dapat rasakan ada tanggungjawab yang perlu abang lunaskan. Hati abang terpanggil untuk terus mengingati Luf, tapi… abang abaikan semua tu. Sampailah, Mar sendiri yang cadangkan untuk abang kahwin dengan Luf. Waktu abang dengar persetujuan yang Luf bagi, abang tekad. Tekad untuk teruskan semuanya.” Pandangan mereka bertemu seketika.
Lufya mengeluh perlahan.
“Luf sayangkan Mar. Hubungan persahabatan kami… terlalu banyak kenangannya. Dia satu-satunya kawan yang setia dengan, Luf. Kami membesar bersama, sekampung, satu sekolah dan kadang-kadang makanpun sepinggan,”
“Tapi, Mar dah rampas tunang Luf,”
“Mar tak rampas. Tapi jodoh Luf dengan abang Riez memang takde.”
“Macam mana Luf boleh setenang ini dengan Mar?”
Lufya diam sejenak. Tenang? Ketenangan itu hanya pandangan luaran sahaja. Hatinya penuh dengan gelodak perasaan yang dia sendiri tidak tahu hendak meluahkan pada siapa.
“Kerana dia adalah sahabat. Salah satu insan yang Luf sayangi dan Luf perlukan. Mungkin?” jawabnya sedikit ragu.
“Macam tu je?” soal Ziqri dengan nada tidak puas hati.
Lufya memandang Ziqri sekilas, kemudian memandang ke tengah lautan yang terbentang luas.
“Memaafkan itu lebih mulia. Bila kita memaafkan, hati kita akan tenang,” ucap Lufya, mengundang rasa kagum di hati lelaki itu.
“Macam mana dengan kisah yang pernah tersebar. Kenapa Luf tak pertahankan diri Luf?” Ziqri memandangnya seketika.
“Kebenaran itu, terletak pada izin Allah S.W.T. Luf percaya, sejauh mana Luf pergi… kebenaran tetap akan terungkap. Tak kisahlah, apa cara sekalipun. Kerana Allah tetap ada dengan, Luf,” balas Lufya lagi.
Tangan Ziqri naik ke bahu Lufya dan tubuh Lufya ditarik rapat ke tubuhnya. Rasa bertuah memiliki isteri berhati mulia, berfikiran matang dan bijak dalam membuat keputusannya sendiri.
“Seandainya satu masa nanti, Luf perlukan tempat untuk meluahkan rasa, abang sudi menjadi pendengarnya,”
Lufya mengukir senyuman bahagia mendengar kata-kata itu.
Siapa yang tidak mengharapkan kebahagiaan di dalam hidup. Itulah yang didambakan oleh setiap insan di dunia ini. Cuma cara memilikinya berbeza dan hasil selalunya sama. Kalaulah itu berkekalan, pasti mereka adalah pasangan paling bahagia.

SEKALI lagi, Lufya menerima kejutan dari lelaki itu, pada malamnya.
Sebuah meja terpampang di hadapannya dengan tiga batang lilin di tengah meja, bersama hidangan yang tersedia. Hidangan yang sungguh menyelerakan. Lufya berdiri dengan rasa kagum dan memandang Ziqri.
Ziqri tersenyum sambil mendepakan tangan kanannya ke arah meja itu.
“Another surprise for my dear,”
Lidah, Lufya kelu. Tiada apa yang mampu dia katakan, melainkan ucapan terima kasih. Rasa terharu semakin menggunung.
“Thanks…”
“Silakan tuan permaisuri, beta,” kata Ziqri dengan senyuman simpul.
“Ye, tuanku,” balas Lufya.
Kata-kata itu disambut dengan gelak tawa lelaki itu. Ziqri mendahului langkah Lufya menuju ke meja yang terbentang indah itu. Setelah itu, dia menarik kerusi untuk mempersilakan Lufya duduk. Gentleman!
“Abang buat semua ni?” tanya Lufya sewaktu hendak duduk.
Ziqri menggelengkan kepalanya. Dia mengambil tempat di hadapan Lufya.
“Abang upah orang,”
Lufya menganggukkan kepalanya, tanda faham.
“So sweetlah abang ni,”
“Ye… sweet erkh? Nak lagi sweet, kita balik bilik,” kata Ziqri sambil tersenyum nakal.
Lufya menjuihkan bibirnya. “Tak naklah…. Tak best,”
“Aik. Tak best ke?” Ziqri menghadiahkan pandangan nakal.
Wajah Lufya membahang di situ. Dia berdecit.
“Abang ni…”
Ziqri tergelak kuat. Wajah membahang Lufya itu, sungguh mengujakan hatinya. Dia suka melihat wajah Lufya yang sentiasa dihiasi senyuman. Senyuman yang ikhlas, lahir dari hati nuraninya.
“Luf, cantik bila senyum. Bila ketawa, bertambah cantik…”
Kata-kata pujian Ziqri, berjaya membuai hati Lufya.
“Abang… dah lah puji, Luf. Muka, Luf, ni dah kalah udang terbakar tahu,” tegah Lufya malu-malu. “Abang ni, suka buat Luf malu,” sambungnya lagi.
Ziqri tersengih. “Abang suka puji benda-benda yang indah. Apa lagi, orang yang abang sayang…”
Ziqri merenung Lufya sedalamnya. Bibirnya menguntum senyuman. Hari-hari yang berlalu, terlalu indah untuknya. Untuk menafikan perasaan yang semakn mekar untuk Lufya, adalah tidak mungkin.
“Perasaan yang abang pada Luf, tak boleh abang hindarkan. Apatah lagi nak menafikan…”
Lufya menunduk, bila mendengar kata-kata itu.
“Luf sayang abang?” tanya Ziqri lembut. Panahan matanya, langsung tidak dialihkan dari Lufya.
Lufya mengangkat wajahnya dan tergamam. Panahan mata Ziqri, bagaikan terus menusuk ke hatinya. Lambat-lambat Lufya mengangguk.
“Cintakan abang?”
Sekali lagi, Lufya mengangguk.
Ziqri sunging senyum. Terlepaslah satu bebanan di jiwanya melihat anggukan yang diberikan oleh Lufya. Yang ada hanyalah keindahan sinar mata Lufya, di matanya.
Malam mereka berlalu dengan singkat. Bak kata orang, yang indah selalunya akan berlalu dengan cepat dan yang perit akan mengambil masa yang lama untuk berlalu pergi. Tinggallah memori dan kenangan yang sudah tercipta, antara dua hati itu. Itulah sejarah mereka. Terlakar indah di Pantai Morib, tanpa di ketahui oleh sesiapapun. Kecuali mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience