BAB 94

Romance Series 93123

MARSHA memecut keretanya itu, membelah jalan. Bibirnya diherot ke tepi. Bangga kerana berjaya menyakiti Lufya.
“Lufya, Lufya… nasib kaulah,” gumam Marsha.
Dia ketawa sendiri.
Puas hatinya. Terlepas rasa geram dan sakit hatinya. Melihat wajah Lufya yang kemerahan, hasil kerja tangannya, dia puas hati. Pemanduannya itu berakhir di butik Marina.
“Wah! I mimpi erkh? Dah lama you tak datang sini,” perli Marina, sebaik Marsha melangkah masuk.
“You tengah tidur ke?” balas Marsha pula. Dia mengambil tempat di sofa empuk itu.
Marina diam. Penyangkut baju yang berada di tangannya itu, di serahkan pada pekerjanya. Dia mengambil tempat di hadapan Marsha. Marsha yang sekejap tersengih, sekejap tersenyum itu dipandang hairan.
“You dah kenapa? Sekejap tersengih, sekejap tersenyum. Nak masuk Tanjung Rambutan ke?” soal Marina. Hairan.
Marsha berdecit. “Muka lawa cenggini, you cakap nak masuk Tanjung Rambutan? You yang kena masuk kat situ,” balas Marsha. Bibirnya dijongket ke atas.
Marina mencebik bibir.
“Ada apa-apa ke? Tiba-tiba je? Tengah bahagia dengan Ziqri ke… dengan Arif?” soal Marina.
Marsha geleng kepala. “Dua-dua salah.”
“Jadi?” Marina menjongket keningnya. Perasaan ingin tahunya membuak-buak.
“I baru kerjakan Lufya,” kata Marsha dengan wajah bangga.
Marina terdiam. Wajah Lufya terbayang di ruangan matanya.
“Kerjakan?”
Marsha mengangguk. “Ye,” balasnya.
“Tapi kenapa?” tanya Marina. Suaranya berbaur risau.
“She deserve it,” balas Marsha. Angkuh.
Sedikitpun, dia tidak merasa bersalah dengan tindakannya itu.
Sepi sejenak.
Marina kehilangan topik untuk berbual, selepas mendengar kata-kata angkuh dari Marsha.
“Kenapa you diam?” tanya Marsha. Pandangannya menikam wajah Marina.
“Hah?” Marina memandangnya keliru.
“I tanya… kenapa you diam? Tengah fikir ayat backup erkh?” perli Marsha.
“Tak kuasa I nak campur urusan hidup kamu,” balas Marina.
Marsha menarik bibirnya ke tepi. Jelas mempersendakan reaksi Marina.
“Eleh… yelah sangat,”
“Betullah apa I cakap. Daripada layan you, baik I buat kerja I,” ujar Marina. Tanpa menunggu balasan Marsha, dia bangun menuju ke biliknya. Hatinya mula meluat dengan sikap angkuh Marsha.
Marsha mendengus sendirian. Niat nak berkongsi cerita gembira, alih-alih Marina tinggalkan dia sendiri.
“Benci!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience