BAB 127

Romance Series 93123

“TERIMA kasih bro,” ucap Ziqri.
Riezman tersenyum mendengar ucapan itu. Dialah, penyiasat peribadi yang di upah oleh Ziqri untuk menyiasat semuanya tentang Marsha, dari awal sehingga akhir. Dia juga yang mengesyorkan pada Ziqri untuk menerima cadangan Marsha, menjadi suami Lufya. Biarpun hatinya sedikit terkilan, tapi dia tahu yang Ziqri boleh bahagiakan Lufya.
“Aku buat semua kerana, Lufya. Aku tahu dia dah terlalu banyak menderita. Perasaan dia terdera. Dengan sikapnya yang suka memendam… buat aku rasa yang aku mesti tolong dia. Aku nak dia dapat kembali apa yang dia dah hilang. Tapi sayang… sebab Marsha juga dia hilang ayah dia,” ujar Riezman.
Dia memandang ke luar restoran itu. Dia redha dengan apa yang berlaku.
“Aku salute dengan kau, Man. Sanggup korbankan perasaan kau demi kebahagiaan dia,” luah Ziqri kagum.
“Dia dah macam adik aku, Ziqri. Kami membesar sama-sama. Banyak benda yang buat aku sayangkan dia lebih dari segalanya. Dia ada, apa yang perempuan lain takde. Keikhlasan dan kejujuran yang dia tunjukkan dalam satu-satu perkara, takkan mampu ditandingi oleh mana-mana perempuan di luar sana. Setiap perbuatan diselitkan dengan rasa ikhlas. Mana ada kawan yang sanggup korbankan perasaan sendiri demi cinta. Hanya dia!”
“Bertahun aku tunggu dia balik, untuk betulkan balik apa yang dah terjadi. Bila dia balik, aku sendiri tanya. Kenapa nak larikan diri? Kenapa tak ceritakan benda sebenar? Satu jawapan dia bagi kat aku, cukup buat aku terharu,”
Ziqri terus menumpukan perhatian pada Riezman yang kelihatan sedih ketika mengucapkan setiap kata-katanya.
“Kerana aib aku dan Marsha.Tiada siapa tahu kisah disebalik semua ini. Even keluarga Lufya sendiri tak tahu tentang ni. Diorang cuma tahu, Lufya terlanjur dengan lelaki lain… sedangkan Lufya tak buat semua tu. Keluarga dia sendiri tak percayakan dia. Semuanya nak menyalahkan dia. Dia pernah hampir kena rogol, sebab orang kampung anggap dia duduk KL ni, dia jadi perempuan simpanan VIP. Tambah lagi dengan kerjaya dia sebagai model.” Riezman menggelengkan kepalanya perlahan.
Kata-kata Hamka tempoh hari, jelas terdengar ditelinganya. Menuduh Lufya tidur dengan Dato’ mana. Dia mengeluh perlahan. Maruahnya juga tercalar, bila Lufya diperlakukan seperti itu.
Jatuh rahang Ziqri mendengar semua kenyataan itu. Wajah Riezman yang kelihatan sedih itu dipandangnya seketika.
Aku tak sangka…” luah Ziqri.
Riezman menggangguk kepala.
“Tak sangka kan? Dia seorang perempuan yang sangat kuat. Apapun terjadi, dia masih boleh bangun berdiri dengan senyuman dia,”
Ziqri tersenyum mendengar kata-kata Riezman itu. Teringat kembali peristiwa di Tasik Perdana.
“Betul! Dia boleh menangis dalam seminit. Senyum sepuluh minit,” ujar Ziqri.
“Dia boleh senyum sambil menangis,” sambung Ziqri lagi.
Riezman tergelak.
“Itulah dia…” kata Riezman. Wajah Ziqri dipandang sejenak. “Tolong jaga dia untuk aku. Bahagiakan dia,”
“Insya’Allah,”
Bukan hanya janji, tapi itulah juga impiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience