TELEFON yang berbunyi itu mengganggu kosentrasi Ziqri ketika dia mempengerusikan mesyuarat bulanan syarikat itu. Pandangan semua pekerja, terarah pada Ziqri membuatkan Ziqri menayangkan sengihan malu. Selalunya pekerja di arahkan untuk menetapkan silent mood ketika mesyuarat, tapi kali ini dia yang terlupa tentang telefonnya sendiri.
“Maaf,” pinta Ziqri lembut. Telefonnya yang berada di dalam kocek seluarnya itu di seluk untuk dikeluarkan.
Berkerut dahi Ziqri bila melihat nama pemanggil itu. “Lufya?”
Serentak semua pekerja yang berada di dalam bilik mesyuarat itu berpandangan bila mendengar nama Lufya. Jarang sekali mereka terdengar nama perempuan meniti di bibir Ziqri selain daripada nama Marsha.
“Maaf semua.” Ziqri mengatur langkah untuk keluar dari bilik mesyuarat itu.
Ikon hijau itu disentuhnya lalu telefon itu dilekapkan ke telinganya. Suara lembut Lufya menyapa pendengarannya.
“Assalamualaikum,” sapa Lufya lembut.
Mendengar suara lembut itu, hati Ziqri yang kosong seakan terisi dengan bunga-bungaan yang mekar di taman. Jarang sekali dia mendengar suara Marsha selembut itu padanya. Tapi Lufya?
“Waalaikumsalam,” balasnya lembut. Bibir Ziqri menguntum senyuman.
“Boleh kita jumpa tengahari nanti? Saya ada benda nak bincang,”
“Boleh. Bagitahu je nak jumpa kat mana. Nanti saya datang,” kata Ziqri.
Lufya diam sejenak.
“Takpelah. Saya jemput awak.”
“What? Hell no!” Ziqri menegah pantas.
Berkerut dahi Lufya. “Why? Jemput je kan?”
“But… that’s not my style Lufya! Saya jemput awak!” putus Ziqri tegas.
“Oh! Saya tunggu awak kat pejabat,” kata Lufya tanda bersetuju dengan keputusan Ziqri itu.
“Okay.” Perbualan mereka berakhir dalam masa yang singkat. Ziqri merenung telefonnya seketika.
“Lufya, Lufya… You’re different!”
Ziqri kembali ke bilik mesyuarat untuk menyambung mesyuarat yang tertangguh itu. Dia melupakan sejenak masalah yang membelengu dirinya dan juga Lufya.
TENGAHARI itu, Ziqri menjemput Lufya di tempat kerjanya. Lufya setia berdiri di hadapan bangunan pejabat, menanti kehadiran Ziqri. Hakim yang kebetulan lalu di situ, memberhentikan keretanya sambil menurunkan cermin keretanya.
“Tunggu I ke?” usik Hakim sambil kenyit mata.
Lufya ketawa kecil melihat perlakuan Hakim itu. “Eh, tak lah. I tunggu prince charming nak mendarat,”
Hakim ketawa sambil menjungkit keningnya ke arah Lufya. “I ke?”
“You rasa...”
“I hope… it’s me.” Meleret nada suara Hakim.
Pandangan Lufya terkunci pada sebuah kereta Lexus Lx yang cukup dikenalinya, biarpun baru berapa kali dia melihatnya. Pandangannya di alihkan pada Hakim dengan senyuman yang terukir untuk Hakim.
“Dah sampai. Thanks temankan I sekejap,” usik Lufya sambil mengatur langkah ke arah kereta itu.
Hakim tersenyum tawar sambil memandang ke arah pemilik kereta yang keluar dari kereta itu. Hatinya bertanya sendiri bila melihat jejaka kacak yang berpakaian ala CEO. Kecewa menyelubungi hatinya bila melihat senyuman yang Lufya hulurkan pada lelaki itu. Rasa cemburu merantai hatinya.
“SIAPA lelaki tu?” tanya Ziqri ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah restoran mewah yang berada di Ampang Point.
“Kawan. Salah satu cikgu yang mengajar kaedah pemasaran online kepada pekerja saya,” kata Lufya menjawab.
Ziqri mengangguk faham. Cemburu? ‘Tak mungkin!’ bantah hati Ziqri. Dia bukan lelaki yang mudah cemburu pada perempuan yang baru dikenalinya.
Lima belas minit dalam perjalanan, kereta Ziqri akhirnya meluncur memasuki kawasan Ampang point dan akhirnya berhenti di hadapan sebuah restoran VIP.
“Awak selalu makan kat sini?” tanya Lufya. Dia mengerling Ziqri yang sudah mematikan enjin kereta.
“Takdelah selalu. Kalau ada masa terluang je,” jawab Ziqri sambil membuka pintu keretanya.
Lufya menyusulinya. “Apa yang best kat sini?”
Ziqri angkat bahu tanda tidak tahu. Pengera kereta itu di hidupkan sekaligus mengunci keretanya itu.
Lufya tertawa kecil melihat gelagat Ziqri. “Aneh!”
“Apa yang aneh?” Ziqri mengangkat kening hairan.
“Takdelah. Awak cakap, awak biasa luangkan masa kat sini tapi tak tahu apa yang best. Bukan ke itu aneh?”
Ziqri ketawa menyedari sikapnya. Tangannya naik ke belakang tengkuk sambil menayangkan sengihannya. “Maaf!”
“Kenapa nak minta maaf?” soal Lufya lagi bertambah hairan.
“Errr… nothing!”
Lufya tayang senyuman dan mengatur langkah menghampiri pintu masuk restoran itu. Dia sengaja meninggalkan Ziqri dibelakangnya kerana dia tahu Ziqri janggal untuk berbual dengannya.
Restoran itu dimasukinya dan meja yang berada di tepi pintu masuk dipilih oleh Lufya. Ziqri menyusul dari belakangnya.
“Kenapa pilih kat tepi ni?” soal Ziqri hairan.
“Saja. Boleh tengok pemandangan kat luar,” balas Lufya dengan senyuman yang terukir dibibirnya.
Pemandangan? Ziqri memandang keluar kemudian tergelak. “Pemandangan apa yang menarik kat luar? Kereta lalu ataupun…”
“Itu terapi minda untuk saya.” Lufya memintas kata-kata Ziqri.
Terangkat kening Ziqri mendenggar kata-kata Lufya itu. Pandangannya diarahkan ke wajah Lufya yang ralit memandang ke luar.
“Lagi dua minggu, awak akan jadi isteri saya. Awak tak nak ubah fikiran awak?” Kata-kata Ziqri itu berjaya mengalihkan perhatian Lufya.
Lufya memandang wajah Ziqri sambil jejarinya naik ke wajah untuk menyelitkan rambutnya yang berjuntai itu ke belakang telinganya.
“Saya dah kursus kahwin, kita dah cuba baju pengantin dan awak tanya saya macam tu? Awak nak Mar naik angin ke?”
Ziqri mendengus tawa. “Awak memang nak jaga hati Mar ke?”
Lufya ketawa sambil membuang pandangannya ke arah jalan raya. “Sekarang ni, saya bukan setakat kena jaga hati Mar, tapi keluarga saya.”
Ziqri diam. Kata-kata Lufya itu betul. Mereka sudah tidak boleh berundur.
“Apa yang awak nak bincang tu?” tanya Ziqri. Wajah Lufya direnung.
“Lepas kahwin ni, awak akan duduk dengan Mar macam biasa. Tak perlu nak ikut giliran macam kisah poligami yang lain. Saya tak kisahpun kalau awak tak balik rumah saya,” kata Lufya panjang lebar.
Ziqri mengeluh perlahan. Mudah sungguh kedua perempuan itu membuat keputusan untuk dirinya.
“Baru saya nak bersangka baik dengan awak. Tak sangka awak sama je dengan Mar. Suka buat keputusan tanpa mengambil tahu tentang perasaan saya. Kenapa tak minta saya kahwin lain pulak, macam yang Mar tengah buat sekarang?”
Lufya terkedu. Panahan mata Ziqri jelas menunjukkan yang dia tidak suka dengan apa yang sedang berlaku ketika itu.
“Mar jadikan hidup saya ni macam tak berguna. Dan sekarang bukan setakat Mar, tapi awak juga. Apalah nasib saya ni ye.” Ziqri mengeleng perlahan.
“Maafkan saya, Ziqri. Tapi ini yang Mar mahukan,” luah Lufya kesal.
“Mar mahu?” Ziqri merengus kasar. “Penting sangat ke Mar pada awak?”
“Dia kawan saya,” kata Lufya mempertahankan Marsha.
“Kawan?” Lufya angguk kepala.
Ziqri tertawa kecil. Jujur hatinya mula berkecil hati dengan apa yang bakal berlaku itu.
“Start from now on forward…I’ll make my own decision! Weither you or Mar like or not, that’s my choice and my opinion. Dalam hubungan ini, saya adalah kapten. Dan selamanya saya. Bukan awak, dan bukan Mar.” Nada tegas Ziqri membuatkan Lufya terdiam.
Disudut hati kecil Lufya, dia akui yang Ziqri ada hak itu. Sepatutnya dalam perkara itu, dia harus membiarkan Ziqri untuk membuat keputusan sendiri memandangkan Ziqri adalah ketua keluarga.
BALIK sahaja dari menghantar Lufya, Ziqri melencong ke tempat kerja Daniel. Dia duduk di hadapan Daniel sambil termenung memikirkan sesuatu.
Wajah kusut Ziqri itu membuatkan Daniel tertanya-tanya. Apa lagi masalah rakannya itu. Nasib baik dia tiada jadual petang itu. kalau tidak, nayalah Ziqri terpaksa berpatah balik.
“Kau datang sini nak senyap macam tu ke? Aku nak periksa assignment pelajar ni.” Suara Daniel memecah kesunyian antara mereka.
Ziqri mengeluh perlahan. Dia sedar yang dia sudah mengganggu masa Daniel.
“Aku peninglah,” luah Ziqri dengan nada lemah.
Berkerut dahi Daniel. “Pergilah klinik. Jumpa aku buat apa? Aku bukan doktor,”
Ziqri sengetkan bibirnya mendengar tempelak Daniel.
“Bukan sakitlah,”
“Habis tu?”
Pandangan mereka bertentangan sekejap kemudian Ziqri mengeluh lagi.
“Dua minggu lagi aku nak kahwin,” kata Ziqri mengundang riak wajah terkejut Daniel.
“Seriuslah weii!”
“Kau ingat aku ada masa nak main-main ke?” rengus Ziqri.
Daniel sungging senyuman mengejek. “Siapa pula calon dia? Mar juga yang tetapkan?”
Ziqri angguk kepala. “Hmmm…”
“Lawa ke? Calon yang ni macam mana pula orangnya…” Daniel sengaja meleretkan nadanya tanda mahu mempermainkan Ziqri.
Ziqri mengacukan penumbuknya membuatkan Daniel ketawa besar.
“Kaki kelab mana pula? D junction ke? Kelab malam kat Bukit bintang ke…”
Daniel mengabaikan renungan tajam Ziqri. Ketawanya meleret-leret tanda kelucuan melihat wajah tegang Ziqri.
“Jangan nak buat hal Dany. Kang makan penumbuk kau kat sini,” ugut Ziqri.
“Wow! Takutnya aku…”
“Dany…” Mencerlung pandangannya ke wajah Daniel.
“Okay!” Daniel mengangkat kedua tangannya ke atas kepala tanda mengalah.
Ziqri menjeling Daniel. Ketika itu. dia betul-betul tiada mood untuk bergurau. Permintaan maaf Lufya ketika dia menghantar Lufya balik tadi juga tidak meninggalkan kesan padanya. Wajah serba salah Lufya memenuhi ruangan matanya. Dia tahu Lufya tidak memaksudkan apa yang dinyatakan olehnya tapi Lufya lebih kepada mahu menjaga hati Marsha sekaligus menuruti permintaan yang diutarakan oleh Marsha. Tapi, baginya… semua itu agak melampau. Dia seakan langsung tidak punya kesemmpatan untuk menunjukkan kuasanya sebagai suami. Terasa martabat dirinya sebagai suami, direndah-rendahkan oleh kaum perempuan.
“Ziq, kenapa dengan kau ni? Eloklah tu, Mar izinkan juga kau kahwin.” Daniel menegur Ziqri yang seakan sibuk memikirkan sesuatu.
Ziqri merengus lagi. Dahinya berkerut seribu mengundang tanda tanya dihati Daniel.
“Aku tak tahulah apa nak jadi dengan hidup aku ni. Rasa macam dipermainkan oleh Mar pun ada,” luah Ziqri kesal.
“Aik, Mar dah izinkan kau kahwinkan?”
Ziqri angguk perlahan.
“Apa lagi masalah kau?” soal Daniel hairan.
“Mar dah jadikan hidup aku ni tak ketentuan. Dia izinkan aku kahwin, tapi… dia nak tak nak aku duduk dengan second wife aku.”
Melopong Daniel mendengar penjelasan Ziqri itu. Mindanya cuba mencerna maksud disebalik kata-kata Ziqri itu.
“Biar betul? Kalau macam tu, baik dia tak payah izinkan kau nikah lagi,” kata Daniel dengan menayangkan riak wajah keliru.
“Entahlah Dany. Aku keliru dengan perangai Mar. Dia anggap aku ni barang mainan,” rungut Ziqri.
Daniel mengelengkan kepalanya. “Pelik betul perangai Mar ni. Siapa pulak bakal isteri kau ni? Jangan perangai sama dengan Mar, dah lah,”
Ziqri mengeluh. “Perangai memang tak sama, tapi semua cakap Mar dia nak ikut. Bila aku tanya kenapa, dia kata nak jaga hati Mar. Habis, hati aku siapa nak jaga!” Ziqri sedikit memprotes geram.
Daniel diam. Wajah suram Ziqri dipandang seketika. Rasa simpati dengan keadaan Ziqri, tapi dia juga tidak mampu melakukan apa-apa. Ziqri sendiri yang bersetuju dengan cadangan isterinya sekaligus meletakkan dirinya dalam situasi tidak terkawal sepertti itu.
“Aku tak tahulah nak tolong kau cane. Kau dah setuju dengan Mar. kau sendiri yang letak diri kau dalam keadaan macam ni.”
Mendengar kata Daniel, Ziqri mengeluh perlahan.
“Tiada cadangan apa-apa ke?” keluh Ziqri.
Daniel berfikir sejenak. “Ada,”
“Apa?” soal Ziqri pantas.
“Batalkan semua!” tegas Daniel.
Ziqri melongo sambil matanya melekat ke wajah Daniel. “Kau jangan bergurau, Dany,”
“Kau ingat aku ada masa nak bergurau ke? Kalau boleh, aku nak kau ceraikan Mar sekaligus,” kata Daniel dengan wajah yang serius. Dia sudah penat menegur dan mendengar luahan Ziqri. Alag-alang Ziqri bertanya tentang cadangan, biar dia berikan cadangan yang boleh diguna dan dipakai.
“Kau memang dah biul, Dany,” kata Ziqri seraya berdiri. Tidak sanggup untuk mendengar cadangan seterusnya dari kawan baiknya itu. Boleh jadi gila dia dibuatnya.
“Aik! Bukan kau yang nak sangat cadangan?” Daniel jungkit kening. “Aku bagilah cadangan yang bernas,” sambung Daniel.
Ziqri mencebik bibir. “Banyaklah kau punya bernas,”
Daniel sengih. Keningnya diangkat nakal pada Ziqri. “Kenapa? Tak sanggup?”
“Aku bukan lelaki yang kejam,” kata Ziqri sambil memusingkan tubuhnya untuk meninggalkan bilik Daniel.
Daniel ketawa kuat. “Sudahlah kau! Kata nak minta cadangan. Berlagak je lebih,”
Ziqri ketap bibir. Mendengar kata-kata Daniel, hatinya tercabar. Tapi bercerai bukanlah impiannya dalam berumah tangga. Selagi masih boleh diperbetulkan, dia akan cuba untuk memperbetulkan, tapi antara dia dan Marsha, masih adakah yang bolehh dibetulkan? Dengan sikap Marsha.
Ziqri meninggalkan bilik Daniel itu tanpa berkata apa-apa. Meminta cadangan dari Daniel seumpama menempah neraka buatnya. Gila! Dia mengutuk Daniel di dalam hatinya.
Share this novel