Get the app for full experience
“BETUL ke berita yang kami dengar tu?” tanya Imran, pengarah rancangan realiti Tv yang sedang ditayangkan di Astro ketika itu.
Berkerut dahi Damya. Tiada ucapan salam dan sapaan ‘hello’. Tak pernah Imran menghubungi mereka atas isu yang tidak penting, tiba-tiba hari ini muncul. Apahal?
“Berita apa?” tanya Damya. Pura-pura tidak tahu.
“Takkanlah pihak kamu tak tahu pasal benda ni. Dah berapa hari kecoh kut. Satu Malaysia kata Cik Lufya tu rampas laki orang,” tempelak Imran.
Berdesing telinga Damya.
“Hey… Encik Imran better cakap baik-baik ye. Cik Lufya tu tak pernah rampas laki orang tahu,”
“Takkanlah pokok nak bergoyang kalau takde angin, Cik Damya,” perli Imran.
Damya mengetap bibirnya kuat.
“Ni bandar rasanya. Pokokpun kurang. Tak nampaklah pulak pokok tu bergoyang, ditiup angin,” balas Damya. Sengaja mahu menaikkan api kemarahan Imran.
Imran berdecit dihujung talian.
“Jangan nak main-main. Pihak kami boleh senarai hitamkan nama Cik Lufya dari menaja mana-mana program kami. Faham?”
“Eloklah senarai hitam. Encik Imran ingat… kami kisah sangat ke pasal program Encik Imran tu? Encik Imran lupa ke? Siapa yang datang pejabat kami minta tajaan? Encik Imrankan? Tak malu nak ugut-ugut.” Damya mengherot bibir senget, tanda menyampah. “Buat apa Encik Imran nak kisah pasal gosip sampah tu. Tulah! Percaya sangat kat fitnah. Tu dah kira fitnah tahu… dosa lebih besar dari membunuh. Baik Encik Imran bunuh je Cik Lufya dari tuduh macam tu. Takdelah besar sangat dosa Encik Imran. Tua-tuapun bengap!”
Terbeliak mata Imran mendengar kata-kata Damya yang tidak bertapis itu.
“Cik Damya mengarut apa ni?”
“Saya mengarut?” soal Damya sambil menggelengkan kepalanya.
“Yelah! Sampai cakap bunuh-bunuh bagai. Ingat saya ni kejam sangat ke sampai nak bunuh orang,”
Damya mendengus tawa. Itupun nak ambil serius. Nampak sangat bodohnya. Macam mana jadi pengarahpun, dia tak tahu.
“Encik Imran ni memang bendul erkh? Itu sindiran. Tak faham sindiran. Susah juga nak bercakap dengan orang lurus bendul ni. Dahlah… saya ada kerja banyak lagi nak kena buat. Pasal rampas merampas ni, tak payah layanlah gosip sampah tu. Tuan punya badanpun senyap je, kita lagi nak sibuk? Jaga kain sendiri. Karang terkoyak susah. Takut-takut terkeluar pulak belalai gajah,” kata Damya, lalu menekup mulutnya menahan ketawa ketika ayat terakhirnya itu terlepas.
“Hah?” Wajah Imran membahang menahan malu. Perempuan ni lah…
“Assalamualaikum, Encik Imran. Jangan lupa check pakaian Encik Imran tahu,” kata Damya, lalu memadam talian.
“Hahahahaha…” Damya memukul-mukul sofa itu sambil ketawa terbahak-bahak. Lucu gila! Kalaulah dia nampak riak wajah Encik Imran waktu dia cakap benda tu, mesti lagi teruk dia ketawa. Nasib kaulah Encik Imran…