Get the app for full experience
BERDERAU hati Riezman, sebaik membaca artikel yang di keluarkan oleh sebuah blog hiburan Malaysia. Gambar Syikin, dan kata-kata Syikin itu sudah melampau baginya.
“Bila masa aku jadi boyfriend dia?” Riezman bertanya pada dirinya sendiri.
Beberapa hari ini, dia sedar gosip tentang Lufya merampas suami orang, tapi hatinya sedikitpun tidak percaya pada gosip itu. Kisah lalu terbayang kembali di mindanya.
Dia yakin, Lufya tidak begitu.
Entah kenapa, penghinaan yang Syikin berikan pada Lufya, turut memberi kesan padanya. Macam mana nak tolong Lufya untuk selesaikan masalah itu. Dia perlu masuk campur, kerana gosip itu sudah melibatkan kisah lalu antara dia dan juga Lufya.
“Sudah terlalu banyak yang dia lalui,” bisik Riezman sendiri.
Dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi empuknya sambil memejamkan matanya. Segala kebaikan Lufya menjelma dalam fikirannya.