BAB 89

Romance Series 92840

“ALHAMDULILLAH! Ingat juga jalan balik rumah ye…”
Kata-kata perlian bersama bunyi tepukan tangan kedengaran menampar pendengaran Ziqri, sebaik dia menutup pintu masuk itu.
Kelihatan Marsha dengan seluar pendek dan t-shrt sendatnya, sedang berdiri di tepi dinding sambil menyandarkan bahunya. Matanya tajam menikam wajah Ziqri.
“Pandai juga you mengucap. Ingatkan dah lupa…” Ziqri selamba membalas perlian itu. pedas.
Marsha merengus kasar.
“You pergi mana? Hilang sampai berhari-hari? I ni dah tak wujud ke?” soal Marsha bertalu-talu.
Ziqri melangkah menuju ke sofa lalu duduk. Dia tidak menghiraukan Marsha.
“Hei, Ziqri! Tak dengar ke I tanya? Ke you dah pekak sejak duduk dengan Lufya?” Lantang suara Marsha, sambil menuju kepadanya.
“Boleh tak jangan nak cari gaduh? I penatlah!” dengus Ziqri.
Marsha menghenyak kasar punggungnya di sofa yang bertentangan dengan Ziqri. Matanya terus merenung tajam ke wajah Ziqri.
“You tahu tak, tiap malam I tunggu you balik. Dah lah tak balik, telefonpun tak,” kata Marsha, geram.
Ziqri membalas pandangan Marsha seketika, kemudian mengeluh kasar.
“I balikpun, bukannya you nak masak ke, layan I ke. Sibuk dengan telefon you, kawan-kawan you. Pandai pulak you tunggu I balik,”
Marsha berdecit kasar.
“You ni dah kenapa? You tahukan I tak reti masak? Lagipun, I mana ada buku resepi nak masak-masak bagai,”
Ziqri ketawa sinis. Wajah Marsha dipandang berserta gelengan,
“Belajar, Mar. Zaman sekarang, semua tu tak susah nak buat. Tak payah nak cari buku resepi bagai. Cari je kat google. Bersepah kot,”
“Memang taklah!” balas Marsha.
“Kalau macam tu, jangan hairanlah kalau I tak balik,” balas Ziqri. Dia menyandarkan kepalanya lalu mengurut tengkuknya lembut.
Melihat reaksi Ziqri itu, Marsha menggenggam tangannya sendiri.
“You jangan nak buat I naik angin,” kata Marsha bernada amaran.
Ziqri mencelikkan matanya dan memandang Marsha. bibirnya diherot ke tepi, tanda mengejek.
“I malas nak gaduh, Mar. I balik ni, nak jenguk you. Tapi kalau you nak mulakan pergaduhan, I tak yakin nak bermalam kat sini,”
Marsha merengus geram. Untuk seketika, dia merasa dirinya dipermainkan.
“I tak izinkan you keluar dari rumah ni lagi. Apa lagi, nak bermalam dengan Lufya. Sabar I ada hadnya Ziq. Cukuplah I dah bagi muka pada you selama ni,”
Ziqri tertawa sinis.
“Bagi muka? Siapa yang bagi muka pada siapa?” soal Ziqri sinis. Pandangannya tepat ke wajah Marsha. “Hah, Mar? Selama ni… bukankah I yang bagi muka kat you?” soal Ziqri lagi.
Marsha diam.
“I pun dah banyak kali mengalah dengan you, Mar. Jangan lupa…”
Mereka berbalas pandangan. Dingin.
“You dah banyak berubah sejak you kahwin dengan Lufya,” tuduh Marsha.
Ziqri ketawa lagi. Nampak sangat, Marsha sudah kehilangan modalnya untuk bersuara.
“Tiada benda lain ke you nak cakap? Hilang modal nak gaduh?” soal Ziqri mengejek.
Marsha mendengus. “I tak main-mainlah!” bentaknya kasar.
“You ingat I ada masa nak main-main? You tahukan, I sibuk jaga Lufya. Dia mengandung. Perlukan perhatian lebih dari I,”
“Itu bukan alasan!” bantah Marsha. Tegas.
“Betul tu. Bukan alasan, tapi kenyataan,” kata Ziqri. Selamba, tanpa memikirkan perasaan Marsha.
Marsha merenung Ziqri tajam.
“Dalam perjanjian ki…”
“I dah lupakan perjanjian tu Mar. I tak rasa perjanjian tu berbaloi untuk I dengan Lufya,”
Terbeliak mata Marsha mendengarnya. Riak tidak percaya terpancar pada wajahnya mencuit hati Ziqri. Tahu takut!
“You jangan nak buat hal!” Marsha memberi amaran.
Ziqri menjongket bibirnya sinis dan mengejek Marsha.
“Tak langsung. Cuma I suka duduk dengan Lufya. Rasa disayang, dihargai dan paling penting I dah mula cintakan dia,”
“You jangan nak main gila, Ziqri. You tak boleh cintakan dia,” bantah Marsha. Nadanya keras. Wajahnya berubah tegang.
“Kenapa? Diakan isteri I juga,”
“Dia cuma tempat persinggahan you!” tekan Marsha. Ya, dia mula tertekan mendengar pengakuan berani Ziqri.
“Itu kata you,” balas Ziqri lagi.
“I tak izinkan perkara tu jadi!” tegas Marsha keras.
“Allah dah izinkan,” balas Ziqri selamba.
“Tak mungkin. You Cuma cintakan I seorang Ziq. Jangan lupa tu…”
“I tak pernah lupa. Tapi you lupa satu perkara, Mar. you tak boleh selamanya tentukan hala tuju hidup I.” Ziqri menegaskan pendiriannya.
Marsha mengeleng kasar.
“You can’t love her!” jerit Marsha lantang. Pandangannya tajam dan bibirnya di ketap kuat.
“I boleh buat apa saja I mahu,”
“I cinta pertama you Ziq. You tak boleh lupakan I,” kata Marsha yakin.
Ziqri mendengus tawa. “Yakinnya you? You lupa apa yang jadi antara kita selama berapa tahun ni?”
Marsha mengetap bibirnya. Kata-kata sinis Ziqri itu menyakiti hatinya.
“I pernah ingatkan you dulu Mar. You yang nak sangat tunjuk kuasa you. Sekarang, jangan pandai-pandai salahkan I. I manusia biasa. Hati I boleh berubah-ubah. Lufya dah lakukan banyak untuk I dan untuk you. Tak mungkin I nak sia-siakan pengorbanan dia selama beberapa bulan ini.”
Usai meluahkan rasa hatinya, Ziqri bangun dari sofa itu dan terus nak ke atas. Puas hati bila dapat meluahkan apa yang terbuku di hatinya setelah memendamnya beberapa ketika.
Terkebil-kebil Marsha, memandang pemergian Ziqri. Perasaan takut menyelinap masuk ke dalam hatinya.

Share this novel

Siti Rohani Idris
2024-04-07 09:09:25 

hah padan muka kau marsya


NovelPlus Premium

The best ads free experience