BAB 21

Romance Series 93123

KERETA yang dipandu Lufya itu, meluncur laju membelah jalan. Matahari sudah terpacak di atas kepala. Lufya sengaja memandu sendiri kali ini kerana malas untuk menyusahkan Damya. Lagipun dia perlukan sesuatu yang boleh menenangkan mindanya dari terus memikirkan perkara-perkara yang membelengu dirinya. Peristiwa di kampung beberapa hari lepas, dibiarkan berlalu dengan penamat yang memedihkan hatinya sendiri. Apa lagi yang perlu dia lakukan selain berdiam diri dan mengabaikannya.
Yeah! Itulah Lufya. Sesakit apapun yang datang menghentamnya, dia mampu membiarkan perkara itu berlalu disitu sahaja. Dia nekad dengan pendiriannya untuk terus bangkit, tanpa terleka dibuai halangan dan ujian yang mendatanginya. Bak kata orang hidup ini penuh dengan ujian. Inilah ujiannya.
Pemanduan Lufya berhenti di hadapan bangunan Beauty And Health by Luf. Dia tidak bercadang untuk duduk lama di pejabat itu. Ada urusan yang perlu dia selesaikan di luar.
“Lufya!”
Ketika Lufya membuka pintu dan keluar dari kereta itu, dia terdengar namanya dipanggil seseorang, membuatkan dia menoleh ke arah suara lunak itu. Lufya mengeluh sebaik terpandang wajah Marsha dan lebih mengejutkan Lufya ialah kehadiran Ziqri disebelah Marsha. Mereka sedang menghampirinya.
“Mar….” Satu senyuman hambar terukir di bibinya. Pintu kereta itu ditutup perlahan dan dia memusingkan tubuhnya menghadap mereka berdua.
“Kejutan apa lagi kau nak bagi aku hari ni, Mar,” perli Lufya sambil melirik wajah Ziqri yang bersahaja.
“Saja nak jenguk kau kat pejabat. Lambat kau masuk? Mana PA kesayangan kau?” Marsha bertanya sambil memeluk tubuh Lufya dan melagakan pipinya mesra.
“PA aku? Ada kat dalamlah. Hari ni aku drive sendiri. Malas nak susahkan dia,” jawab Lufya.
Marsha angguk kepala. Dia memandang wajah Lufya yang agak suram.
“Kau dah lunch? Kalau belum, joinlah dengan kami,” pelawa Marsha.
“Hari ni aku sibuk sikitlah. Banyak stok baru sampai,” balas Lufya, cuba mengelak.
“Kalau macam tu, kita masuk pejabat kaulah. Senang sikit nak bercakap,” kata Marsha bagaikan tidak mahu memahami keadaan Lufya.
Lufya gigit bibirnya sambil memandang Ziqri yang diam membisu di samping Marsha. “Mar, kalau kau nak bincang pasal permintaan kau hari tu, aku takde jawapan lagi untuk tu,”
Marsha mengeluh kasar sambil memandang Ziqri sekilas.
Ziqri sudah menayangkan senyuman mengejeknya. Hatinya geram kerana sikap Marsha yang tiba-tiba menyerbu dia dipejabatnya semata-mata untuk mengajaknya datang ke situ.
Senyuman sinis Ziqri itu membuatkan hati Marsha tercabar. Dia merenung Lufya yang berusaha mengelak untuk membalas pandangannya.
“Luf, kita masuk!” Lengan Luyfya ditarik lembut oleh Marsha untuk memasuki bangunan yang berada dihadapan mereka.
Lufya tergamam dengan tindakan spontan Marsha itu. Tangan Marsha ditepis lembut. “Ok Mar. Kita masuk!” terpaksa mengalah, biarpun hatinya tidak rela.
Marsha tersenyum senang hati sambil melepaskan tangan Lufya dari pegangannya. Mereka berdua mengekori langkah Lufya untuk masuk ke dalam bangunan itu. Sempat Marsha mengesan beberapa mata pekerja Lufya yang sedang memandang hairan ke arah mereka bertiga.
Lufya memandang sekeliling mencari Damya.
“Damya mana?” tanya Lufya. Satu persatu wajah yang berada di situ dipandang.
“Damya keluar pergi Maybank,” jawab Wani sambil memandang Ziqri dan Marsha yang berada di belakang Lufya..
Berkerut dahi Lufya. “Maybank? For what? She didn’t tell me,”
Semua yang berada di situ berpandangan serba salah.
“Bos!” Damya meluru masuk dengan pernafasannya tercungap-cungap.
“Kau dari mana?” tanya Lufya senada. Satu pandangan tajam dihalakan ke wajah Damya.
Damya tersengih memandang Lufya kemudian berkerut bila terpandang wajah Marsha dan Ziqri di situ.
“Aku pergi maybanklah. Bank in cheque,”jawab Damya sambil menjeling Marsha.
Marsha mencebik. Menyampah! Sempat Marsha mengutuk PA kawannya itu. Dia dapat rasa, yang Damya tidak menyukainya. Pedulikan!
“Tolong buat air. Aku ada hal dengan Mar,” arah Lufya tegas.
“Berapa?” tanya Damya sambil melirik ke arah Ziqri dan Marsha.
“Tigalah….” Jawab Lufya sambil melangkah menuju ke tangga. Sempat dia menoleh pada Marsha.
“Kita bincang kat bilik saya,” kata Lufya, dengan senyuman yang terukir di bibirnya. Dia tidak tahu sama ada senyumannya itu ikhlas ataupun tidak.
Marsha tersengih dan mengangguk. Langkahnya diatur laju menuju ke tangga manakala Ziqri hanya mengekori langkah Marsha.
Mereka bertiga mendaki tangga itu sehinggalah langkah mereka berhenti di hadapan bilik Lufya. Perlahan Lufya menolak pintu yang tidak bertutup rapat itu. “Jemputlah masuk,”
Marsha dan Ziqri melangkah masuk.
Lufya sudah melangkah menuju ke sofa yang tersedia disitu kemudian memandang Marsha dan juga Ziqri.
“Duduklah Mar, Encik Ziqri,”
“Panggil Ziqri je. Tak payah nak berencik-encik,” kata Ziqri menegah panggilan encik yang meniti di bibir Lufya itu.
Lufya angguk dengan senyuman kelatnya.
Marsha mengambil tempat di sofa dua itu, diikuti oleh Ziqri di sofa yang satu lagi.
Lufya memilih untuk duduk di sebelah Marsha. Wajah Marsha dan Ziqri dipandang silih berganti kemudian Lufya mengeluh perlahan.
“Mar… aku tak tahu nak bagi jawapan apa kat kau,” luah Lufya jujur.
“Kalau macam tu, biar aku mulakan.” Marsha mengenyitkan matanya pada Lufya.
Lufya mengerutkan dahinya kemudian dahinya pula berkerut seribu bila Marsha bertingkah laku seperti itu padanya. ‘Janganlah, ada benda lain yang dia fikirkan,’ kata hati Lufya.
“Ziqri, inilah dia bakal isteri you, merangkap bakal madu I. Nama dia, Lufya Adelia binti Hj Maliki, berumur 26 tahun. Berasal dari Terengganu dan… ok done!”
Melopong Lufya dengan tindakan tidak disangka Marsha itu. Dia menepuk dahinya sendiri. Lufya mengeluh perlahan.
“Mar, you dah gila ke?” soal Ziqri, dengan nada meninggi sambil berdiri.
Marsha memandang Ziqri yang sudah berdiri kemudian beralih pada Lufya.
“I tak gila Ziq. Inilah dia bakal isteri you.”
Ziqri merengus kasar. “Gila!”
“Aku belum buat keputusanpun Mar. Macam mana kau boleh cakap macam tu,” keluh Lufya sambil bangun menuju ke mejanya.
Marsha berdecit kasar. dia bingkas bangun lalu mencapai lengan Lufya.
Pandangan mata Ziqri setia pada tubuh Marsha yang sudah menarik Lufya hingga terdorong ke arah tubuhnya.
“Apa yang aku kena buat untuk kau tolong aku Luf? Melutut? Aku buat asalkan kau sanggup t….”
“Mar, aku tak segila tu Mar. Aku bukan tuhan nak suruh kau melutut dengan aku. Aku jadi keliru dengan sikap kau. Cara kau tu membuatkan aku rasa diri aku dipergunakan.”
“Betul kata Lufya tu Mar. Bukan setakat Lufya je rasa benda ni. I pun rasa benda yang sama,” kata Ziqri mencelah dengan nada kesal.
Marsha mengeluh lemah. Lengan Lufya yang dipegangnya itu di lepaskan. Wajah Lufya dan Ziqri dipandang silih berganti.
“Ziq, I cuma nak buktikan pada you yang I sanggup buat apa saja untuk you,” kata Marsha sambil memandang wajah Ziqri. Pandangannya beralih pada Lufya yang berdiri di hadapannya itu.
“Luf, aku harapkan bantuan kau seorang je. Sebab kau je yang tahu apa aku rasa. Kau je yang kenal hati budi aku dan selama ni pun, kau je kawan yang baik dengan aku, tapi… kalau kau pun tak nak tolong aku… aku tak boleh nak buat apa-apalah.”
Lufya diam. Kata-kata Marsha itu meresap masuk ke dalam hatinya. Dia memandang Ziqri kemudian mengeluh. Masing-masing mengelengkan kepala mereka.
“Mar, aku cuma tak nak ada kaitan dengan rumahtangga orang. Apa lagi dengan kau. Benda inilah yang aku cuba elakkan selama ini.” Lufya menyentuh bahu Marsha. Dia berharap agar Marsha memahami isi hatinya yang sebenar.
“Luf.” Marsha membalas pandangan Lufya.
“Aku tak kisahpun kalau berkongsi kasih sayang dengan kau. Sebab kau kawan aku,” pujuk Marsha.
Lufya berdecit perlahan.
Bunyi ketukan pada pintu bilik Lufya itu menghentikan drama yang sedang berlaku antara mereka. Damya masuk dengan pandangan serba salah sambil menatang dulang berisi air yang sudah dibancuhnya. Sempat Lufya mengesan kerutan di dahi Damya sebaik terpandang keadaan mereka yang berdiri. Kerusi patah ke? Hati Damya tertanya sendiri namun terjawab sendiri bila melihat semua kerusi dan sofa masih terletak elok di atas lantai.
Selesai meletakkan minuman itu, Damya terus keluar meninggalkan mereka bertiga di situ.
“Entahlah! Aku peninglah dengan permintaan gila kau ni Mar,” luah Lufya. Dia kembali ke sofa itu lalu duduk.
Marsha mengikuti langkah Lufya dan melabuhkan punggungnya di sebelah Lufya. Mendengar luahan Lufya itu, Marsha tersengih sebentar.
“Bukan awak je pening. Sayapun pening dengan cadangan ‘gila’ Marsha ni,” kata Ziqri separuh merungut. Dia kembali duduk.
Boleh huru hara pejabat Lufya bila membincangkan perkara itu.
“Tolonglah aku Luf. Please…” Marsha merapatkan tapak tangannya tanda merayu. Wajah Lufya direnungnya penuh harapan.
Lufya menarik nafasnya perlahan. Wajah Ziqri dan Marsha dipandang silih berganti. Terbayang kembali kemarahan ayahnya. Ada kemungkinan, ayahnya akan berubah kalau dia berkahwin. Lufya meraup wajahnya kasar. Dia buntu.
“Luf…” Makin meleret nada suara Marsha itu. Tangannya naik ke bahu Lufya.
“Mar… aku,”
“Tolak je kalau tak nak. Banyak lagi benda lain awak boleh buat selain kahwin,” pintas Ziqri. Hatinya lebih senang kalau apa yang di rancang oleh Marsha itu tidak menjadi.
“Ziqri!” Marsha memandang tajam ke arah Ziqri.
“Apa? Betullah apa I cakap. You ingat Lufya ni kilang buat anak ke? Sampai you kena minta dia kahwin dengan I,” kata Ziqri dengan nada sedikit tinggi.
“I cuma nak buat yang terbaik untuk you!”
“Terbaik apa Mar? Apa yang terbaiknya?”
Mereka berbalas pandangan tidak puas hati membuatkan Lufya ternganga seketika melihat telatah pasangan suami isteri itu. “Takkan bergaduh kot?”
“Mar, stop! This is office!” Lufya mengeluarkan amarannya membuatkan mereka berdua merengus serentak.
“Youlah ni!”
“I said stop, both of you!” Lufya memandang mereka silih berganti. Geram pula rasa hati bila keduanya bagaikan tidak mahu berhenti.
“Mar,” panggil Lufya menarik perhatian Ziqri dengan Marsha.
“Aku dah anggap kau macam adik aku sendiri. Aku sayang kau macam keluarga aku sendiri. Kita dah berkawan lama dah.” Lufya memandang Marsha yang tidak sabar menanti jawapannya itu.
“Aku setuju nak tolong kau.”
“Yeayy!” Marsha bersorak sambil memeluk erat tubuh Lufya kemudian menghadiahkan senyuman mengejek pada Ziqri yang kaget mendengar kata-kata Lufya itu.
Lufya hanya membalas pelukan Marsha itu sambil menggigit bibirnya. Dia tidak tahu, kalau apa yang dia lakukan itu berbaloi demi sebuah persahabatan dan juga sebuah kemaafan. Hanya itu cara yang dia ada untuk menghentikan setiap tomahan yang dilontarkan oleh Hj Maliki padanya. Benar kata orang, setiap perkara itu ada hikmahnya, tapi dia tidak tahu apakah hikmah disebalik perkahwinannya nanti.
Keputusan itu tidaklah semudah yang disangka oleh Lufya. Dia tidak sedar yang dirinya sedang menuju ke arah satu lagi fasa kehidupan yang lebih mencabar. Semua perempuan di dunia mengelak untuk terjerumus ke dalam kancah poligami dan dia? Lufya hanya mampu berharap agar dia terus diberi kekuatan dalam menghadapi semuanya dengan mudah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience