BEG kertas yang dijinjit oleh Marsha itu, dipandang oleh Ziqri dengan benak yang dipenuhi tanda tanya. Baru minggu lepas Marsha mengatakan yang duitnya hampir habis dia belanjakan dan petang itu, dia balik dengan barang-barang sebanyak itu.
“Puas you ‘memancing’ hari ni,” perli Ziqri sambil memerhati Marsha yang sibuk mengeluarkan barang-barangnya dari beg kertas itu dan diletakkan di atas katil.
Marsha tersenyum bangga sambil menjongket keningnya pada Ziqri. Dia tidak peduli dengan perlian itu.
“Of courselah bie…. Orang belanja, takkan I nak tolak,” kata Marsha selamba sambil menunjukkan sebuah beg tangan jenama Prada kepada Ziqri dan bertanya, “Cantik tak beg ni?” dengan senyuman bangganya.
Dahi Ziqri berkerut mendengar kata-kata itu. Dia tidak berminat pada beg tangan yang ditunjukkan oleh Marsha, tapi dia berminat pada jawapan yang Marsha berikan padanya. Siapa?
“Siapa yang baik hati sangat belanja you tu?” soal Ziqri.
Marsha tidak menjawab tapi mengeluarkan satu set barangan kemas yang bernilai empat ribu Sembilan ratus Sembilan puluh Sembilan. Tengok rupapun, dah boleh tahu mahalnya macam mana.
“Cantik tak yang ni? I pancing kat kedai emas, tapi bukan I yang bayar,” kata Marsha lagi. Senyuman bahagianya jelas terukir pada bibir isterinya itu.
Ziqri mengetap bibirnya kuat dan memandang Marsha tajam. Berbagai andaian bermain di fikirannya. Kalau betul andaiannya, Marsha bernar-benar sudah memecahkan tembok kesabarannya yang satu itu. “You jangan nak main-main dengan I, Mar. You keluar dengan siapa sampai you boleh dapat semua barang mahal-mahal ni?” soal Ziqri keras.
Marsha tergelak melihat api kemarahan Ziqri yang mula kelihatan. Dia bangun dan menghampiri Ziqri yang sedang duduk menghadap Ipadnya di sofa berangkai itu. Selamba dia mencapai Ipad di tangan Ziqri lalu diletakkan di tepi Ziqri. Dengan senyuman penuh makna, Marsha melabuhkan punggungnya di atas peha Ziqri dan tangannya sengaja melingkari leher Ziqri membuatkan jantung Ziqri mula berdegup laju. Marsha tahu saja kelemahannya.
“I keluar dengan madu I. Semua ni… dia yang bayarkan. Alangkah indahnya hidup I, bila dia sudi bayarkan untuk I setiap hari. You tak payah nak buang duit banyak sangat…” kata Marsha separuh berbisik sambil bibirnya di rapatkan pada bibir Ziqri dan tangan kanannya mengusap dada Ziqri lembut.
“You dah gila, Mar!” kata Ziqri dengan nada suara yang sedikit bergetar menahan perasaannya.
Cup! Selamba Marsha mencium bibir Ziqri kemudian tergelak.
“I memang gila Ziq. Tapi youpun sama gila. Gilakan i!” kata Marsha sambil menjongket keningnya nakal.
“You dah melampau Mar. Kenapa nak ganggu Luf?” soal Ziqri tidak puas hati.
Ziqri mengetap rahangnya sebaik mendenga kata-kata Marsha itu.
“Pembetulan. I tak ganggu, tapi dia yang terlalu baik hati,” balas Marsha sambil melepaskan tubuh Ziqri dan bangun menjauh dari Ziqri.
Ziqri merengus kasar. Tanpa menunggu lama, Ipad di tepinya itu dicapai dan dia terus bangun menuju ke ruangan almari.
“Nak ke mana pula tu?” tanya Marsha bila melihat tindakan Ziqri itu.
Ziqri yang tadinya berkain pelikat keluar dengan tracksuit biru. Satu pandangan penuh makna, dilontarkan pada Marsha. “Lawat madu you, yang you dah pergunakan untuk kepentingan you,” dengan nada sinis. Langkahnya dibawa ke meja solek kesayangan Marsha.
Sempat dia mengerling Marsha yang sudah mengatup rapat bibirnya tanda tidak suka. Sikap rambut yang berada di atas meja itu dicapai kasar tanpa mempedulikan pandangan tajam Marsha.
Marsha menghempas punggungnya ke birai katil dan merengus kasar, “I tak izinkan you tidur rumah Luf malam ni,”
Ziqri tertawa sinis sambil mencampakkan sikat rambut yang digunakan itu ke atas meja seraya berpaling menghadap Marsha. “I yang berhak tentukan hala tuju hidup kita, selagi I suami you dan Luf,” kata Ziqri sinis.
Marsha terdiam, tapi hatinya membengkak sakit.
Melihat Marsha diam, Ziqri merapati tubuh Marsha yang sedang duduk di birai katil. Dia berdiri menghadap Marsha dan perlahan membongkok merapatkan wajahnya pada wajah Marsha dan,
Cup! Bibir Marsha dicium sepantas kilat dan bersuara sinis, “Lagipun… apa I dapat kat sini? Ada isteri macam takde isteri. Dengan Luf… rasa macam dalam syurga,” kata Ziqri dengan nada meleret dan matanya sengaja dikenyitkan pada Marsha.
Marsha tergamam sejenak. Hatinya berdebar mendengar kata-kata Ziqri itu.
“Pergi dulu. Mimpi indah malam ni…” kata Ziqri sambil menjongket keningnya nakal membuatkan Marsha terkedu.
Melihat Ziqri meninggalkan bilik mereka, mindanya berputar dan hatinya resah. Resah tentang sesuatu perkara yang selama ini dia yakin tidak akan terjadi.
‘Tidak mungkin!’ Marsha mengelengkan kepalanya tanda menafikan apa yang bermain di mindanya saat itu.
JAM lapan malam, Ziqri selamat berdiri dihadapan rumah Lufya dan Damya. Tidak kelihatan kereta milik Lufya membuatkan Ziqri diserbu tanda tanya. Selalunya, Lufya berada di rumah seawal angka lima. Paling lewatpun jam tujuh malam. Dia sudah hafal setiap pergerakan Lufya selama mereka bernikah.
“Luf kat mana?”
Satu mesej dihantar oleh Ziqri melalui WhatsApp. Dua tick tapi belum dibaca. Ziqri menyandarkan tubuhnya ke kerusi itu dan membuka laman Instagramnya.
Perkataan ‘cari’ di bahagian atas itu disentuhnya dan nama Lufya di taip.
Tidak sampai beberapa saat, nama Lufya Adelia sudah terpampang di skrin itu. Nama itu disentuhnya tapi, akaun Instagram Lufya diprivatekan.
‘Model, tapi Instapun private. Patut followers seratus ribu je. Selalunya model, mana nak rugi,’ Ziqri mengeleng sendiri.
Bunyi wishel dan notifikasi yang timbul pada bahagian atas skrin itu membuatkan Ziqri laju membuka mesej yang dihantar oleh Lufya itu.
“Lorong Haji Taib,”
Berkerut dahi Ziqri membaca mesej itu. Atas tujuan apa, Lufya berada di situ ketika itu. Hati Ziqri di serbu rasa risau. Tubuhnya ditegakkan dan tangannya menghidupkan enjin keretanya untuk ke tempat itu. Seram sejuk tubuhnya memikirkan perkara yang bukan-bukan. Dia menekan minyak kereta dan kereta kesayangannya terus sahaja meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Lufya.
Setelah tiba di Lorong Haji Taib, Ziqri memperlahankan keretanya untuk sambil matanya melilau mencari kelibat manusia. Yang kelihatan, hanyalah sekumpulan gelandangan yang sibuk menjamu selera di tepi-tepi lorong itu. Kelihatan daif dan menyedihkan.
Mata Ziqri tertacap pada tiga makhluk Allah S.W.T yang sedang membawa bakul berisi tapau makanan di tepi lorong itu. Dihadapan mereka pula, satu barisan panjang melebihi sepuluh orang gelandangan sedang berbaris untuk mendapatkan makanan percuma. Pandangan Ziqri akhirnya terkunci pada sekujur tubuh yang amat dikenalinya, membuatkan dia memberhentikan keretanya serta merta.
Terkesima! Dia kehilangan kata-kata. Dia terus menerus memerhatikan Lufya yang sedang tersenyum, sesekali tertawa mesra pada gelandangan yang menerima hulurannya.
Cermin keretanya itu diturunkan. Dia rela memerhatikan Lufya dari jauh daripada mengganggu aktiviti murni sang isteri yang langsung tidak menyedari kehadirannya. Untuk kesekian kalinya, Ziqri diserbu rasa kesal dan malu, bila mengingatkan kejahilannya sebagai khalifah di muka bumi itu. Dia mula merasakan yang dia langsung tidak layak untuk menjadi pendamping kepada seorang perempuan bernama Lufya.
Kesempurnaan yang dimiliki Lufya itu menambahkan lagi tekad untuk berubah kepada kebaikan.
‘Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan manusia dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini, tapi saling menyempurnakan antara satu sama lain itu sentiasa ada,’
Share this novel