BAB 67

Romance Series 93123

KEESOKANNYA, sebaik sahaja mereka mendaftar keluar dari hotel itu, Ziqri terus membawa Lufya ke SnoWalk i-city yang berada di Shah Alam.
“What are we doing here, abang?” tanya Lufya dengan nada tidak puas hati, sebaik Ziqri meletakkan kereta yang mereka naiki itu.
“Kita enjoy!” Selamba Ziqri melakukan lagak Nora Danish dalam cerita Puteri. Siap dengan mimik yang dibuat-buat dan suara yang dihaluskan.
Lufya menjuihkan bibirnya.
“Luf tak bawa jaket, and I wear a sandal only. How can i…”
“Pasal tu, jangan risau. Abang dah bawa semuanya,” pintas Ziqri.
Lufya jeda. Mukanya keliru. Perlahan wajah Ziqri dipandang dan Ziqri hanya mengangkat keningnya nakal.
“Abang tak akan ajak Luf kalau abang tak buat persiapan,” kata Ziqri lembut.
“Oh! Okay! Impressive!”
“Mestilah,” balas Ziqri bangga mendabik dada.
Lufya mencebik. Banggalah tu!
Ziqri memusingkan tubuh ke belakang untuk mengambil sesuatu di dalam beg kertas yang besar. Dua helai jaket di keluarkan, dan satu kotak berisi kasut untuk Lufya.
“Ni baju dan kasut Luf,”
Lufya menyambutnya sambil merenung lelaki itu.
“Abang dah rancang semua ni, kan?”
“Ya,”
Ziqri tersengih menayang gigi.
Lufya sekadar menjongket bibirnya ke atas. Jaket yang sudah berada di tangannya itu, di pakai lambat-lambat dan kasutnya dikeluarkan dari dalam kotak. Semua yang Ziqri belikan untuknya, memenuhi citarasanya sebagai seorang perempuan. Untuk perkara itu, Lufya tidak perlu hairan. Ziqri sudah berkahwin sebelum dia mengenalinya dan tidak hairanlah dia tahu semua benda berkaitan dengan perempuan.
“Luncur ais nak?” tanya Ziqri.
Lufya geleng kepala, “Tak naklah,”
“Kenapa? Best tu. Boleh kita buat drama Hindustan kat situ,” kata Ziqri separuh bergurau.
“Ish! Buat malu kat orang je,” bidas Lufya lembut.
Ziqri tersengih mendengar kata-kata Lufya.
“Luf, ni serius sangatlah. Sesekali berseronok apa salahnya. Biarlah orang nak kata apa,”
Lufya terdiam. Di sudut hati, dia akui apa yang di katakan oleh Ziqri terhadapnya itu benar belaka.
Mereka berdua, turun serentak dari kereta itu dan masuk ke dalam kawasan SnoWalk i-city.
“Abang beli icard jap,” kata Ziqri dan berlalu ke kaunter pembelian icard.
Lufya hanya berdiri di tepi, sambil matanya melilau memandang sekeliling. Pengunjung yang datang, masing-masing mengenakan sarung tangan, jaket tebal dan kasut. Hatinya tertanya. Apa lagi kejutan yang akan di berikan oleh Ziqri padanya nanti.
“Here we go,” kata Ziqri tiba-tiba berdiri di sampingnya.
“Aik, cepatnya. Luf tengok tadi, barisan panjang je,”
Ziqri tersengih.
“Abangkan, tetamu kehormat. Mestilah di layan dulu,” kata Ziqri mengeluarkan ayat bangga dirinya.
Lufya mencebik. “Perasan sangatlah abang ni!”
“Tak perasan, tapi realiti. Cuba Luf tanya kat diorang. Semuanya kenal abang. Lagi-lagi perempuan. Sekali abang kenyit mata, semua berbaris nak nombor telefon,” kata Ziqri lagi. Bangga.
“Amboi! Tak sedar diri ye? Dah kahwin sibuk nak kenyit mata dengan perempuan.” Lufya Mencucuk perut Ziqri lembut.
Ziqri tergelak besar.
“Gurau je lah. Daripada kenyit mata kat diorang, baik kenyit mata dengan Luf,” kata Ziqri. Matanya dikenyitkan pada Lufya.
Serentak hati Lufya berdebar. Lelaki itu, tahu sahaja kelemahannya. Ish! Menyampah!
Ziqri menarik tangan Lufya lembut untuk masuk ke dalam. Sepanjang berada di dalam, Ziqri berusaha memujuk Lufya untuk bermain, namun Lufya menolak dengan baik ajakan itu.

“RUGILAH, Luf ni. Tak menikmati sumber yang ada,” komen Ziqri sebaik mereka keluar dari tempat itu.
Lufya hanya tersegih.
“Hidup ni bukan hanya untuk berseronok,” ujar Lufya perlahan.
“Sekali sekala je. Bukannya selalu,” balas Ziqri.
Mereka beriringan menuju ke tempat letak kereta.
“Lepas ni, abang nak ajak Luf pergi mana lagi?” tanya Lufya. Lembut nadanya.
Pandangan mereka bertemu sejenak.
“Pantai Morib,” jawab Ziqri.
Berkerut dahi Lufya mendengarnya. “Pantai Morib pula?” tanya Lufya minta kepastian.
“Ye sayang…” balas Ziqri dengan nada meleretnya.
“Ada apa kat Pantai Morib?” tanya Lufya ingin tahu. Tangannya membuka pintu kereta Lexus Ziqri.
“Pantailah sayang. Namapun Pantai Morib,” jawab Ziqri sambil ketawa. Langkahnya dibawa ke bahagian pintu pemandu.
Lufya mendengus perlahan. “Maksud Luf, apa yang menarik?” tanya Lufya sambil menutup pintu kereta itu sebaik dia masuk ke dalam perut kereta.
“Goal coast Morib Water Park…Bukit Jugra… seafood,”
“Water park again? Seriuslah abang…. Luf tak nak lah water park,” kata Lufya dengan nada tidak rela.
Ziqri memandang Lufya sekilas.
“Mandi air masin je lah sayang. Abangpun tak nak juga pergi water park tu. Yang penting, kita dapat luangkan masa bersama,” balas Ziqri.
“Hmmm…”
“Next week, masing-masing dah sibuk. Mar, mungkin balik hari ahad. Ini je masa yang kita ada. So, lets enjoy together,” kata Ziqri sambil menghidupkan enjin keretanya.
Lufya diam. Mengangguk tidak, menggeleng juga tidak. Mendengar nama Marsha, barulah dia tersedar akan sesuatu.
Melihat tidak ada balasan dari Lufya, Ziqri tersedar sesuatu. Rasa menyesal kerana menyebut nama Marsha di hadapan Lufya. Dia memandang Lufya kemudian mencapai tangan Lufya.
Lufya memandang Ziqri dengan wajah yang sedikit suram.
“Abang minta maaf,” pinta Ziqri. Rasa bersalah.
Lufya mengukir senyuman kelatnya.
“Kenapa nak minta maaf. Dia isteri abang juga,” balas Lufya. Cuba untuk tenang.
“Abang tau. Tapi, abang tak patut sebut nama dia,”
Lufya mengeluh perlahan. “Abang tak perlu risaukan Luf. Luf sedar siapa Luf, dalam hidup abang dengan Mar. Apa yang abang lakukan sekarangpun dah cukup untuk buat Luf bahagia dan gembira,” ucap Lufya lembut.
Untuk kali pertamanya dia merasakan kepedihan dan kesakitan di sudut hatinya, saat menuturkan dan mengakui perkara itu.
“Terima kasih banyak sebab buat semua ni untuk Luf,”
“Asalkan Luf bahagia… abang juga akan bahagia…”
Lufya tidak terkata apa-apa. Rasa terharu dengan kesungguhan Ziqri padanya.
Melihat Lufya diam, Ziqri memulakan pemanduan, meninggalkan tempat itu. Fikiran masing-masing sarat dengan seribu persoalan. Semuanya berkaitan dengan kesudahan hubungan mereka berdua. Marsha dan Lufya adalah dua nama yang bakal memberikan kesan yang mendalam pada Ziqri. Sampai bila dia akan hidup dengan didampini oleh dua perempuan yang berbeza perwatakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience