SENYUMAN sinis terukir di bibir Marsha.
‘Since kau baik dengan aku dan ambil berat tentang aku plus sayang bagai… aku akan gunakan kau sepenuhnya,’
Dahinya berkerut-kerut sambil tersenyum sendiri mengundang rasa hairan di hati Raisha.
“Babe!”
Panggilan Raisha itu berjaya membawa Marsha kembali ke dunia sebenar. Satu pandangan tajam, dihadiahkan pada Raisha dengan rengusan kasar, “Apa you ni! I nak beranganpun susah,”
Raisha tersengih. Rasa bersalah kerana mengganggu angan-angan kawan baiknya itu. “Maaflah. Dah I tanya, you buat bodoh je. Sebenarnya apa yang happy sangat?” tanya Raisha ingin tahu.
Marsha kemudian tersenyum sendiri tanpa mempedulikan Raisha.
Raisha merengus kasar. “Marsha!”
“Ish! Boleh diam tak!” bentak Marsha geram.
“Sape suruh. I tanya tak nak jawab,” kata Raisha memprotes.
Marsha merenung Raisha dan berkata, “I minta madu I datang sini. Boleh tumpang sekaki dengan dia,” dengan nada bangga dan yakin. ‘Haruslah yakin! Lufya tidak pernah menipunya,’
Melopong mulut Raisha bila mendengar kata-kata banga dan yakin Marsha.
“Seriously?”
“Tak lah… I gurau je. Seriuslah! You ingat I nak main-main benda macam ni,” balas Marsha geram.
“You nak buat apa dengan dia?”
“Mungkin nak berjoli dengan dia? Dia kan banyak duit. Nak tunggu Ziq, awal bulan lagi baru dapat…”
Raisha mengatup rapat bibirnya mendengar kata-kata Marsha itu. Dalam diam, dia tidak bersetuju dengan rancangan Marsha itu.
Melihat Raisha terdiam, Marsha kehairanan. Dia bertanya dengan riak wajah hairan, “Kenapa diam?
“Mar, apa yang you buat ni dah lebih tahu,” kata Raisha.
Marsha tergelak sendiri mendengar kata-kata Raisah dan bertambah kuat gelakannya bila melihat wajah Raisha yang serius itu.
“Sejak bila you kisah apa yang I buat. Kau tak nak untung ke? Rapat dengan Luf, banyak manfaatnya,” kata Marsha selamba.
Raisha mengeluh perlahan. Dia mungkin liar, tapi dia bukan jenis perempuan yang suka mengambil kesempatan seperti Marsha.
“You dah dikira mengambil kesempatan atas kebaikan madu you tu,” komen Raisha lagi sambil memandang tepat ke wajah Marsha.
Marsha mencebik bibir. Cappucino yang terhidang di hadapannya itu, dihirup perlahan dan kembali memandang Raisha dengan keningnya yang diangkat sinis.
“You kawan aku ke kawan Luf?” tanya Marsha.
Raisha berdecit perlahan. Pandangannya dibuang ke pintu masuk Starbuk itu, seraya meluahkan isi hatinya dengan nada sedih, “Memanglah kawan you… tapi, I cuma tak sangka yang you sanggup buat dia macam tu. Dia kawan you kot,”
Marsha tergelak sinis. Satu pandangan penuh makna dihadiahkan pada Raisha sambil keningnya dijongket sinis. “Kawan? You rasa, I betul-betul anggap dia kawan I ke?”
Raisha jeda. Dia mula dapat mengesan sisi Marsha yang sebenar. Adakah… “Maksud you?”
“Laa… tak faham lagi ke? Luf is like an object for me.” Wajah Marsha sinis memandang Raisha yang keliru di hadapannya. “Kebaikan dia mengundang perasaan ingin menggunakan sepenuhnya peluang yang ada, since I tahu yang dia sanggup buat apa sahaja demi sebuah persahabatan, termasuk meninggalkan bekas tunangnya yang entah apa-apa tu…”
Sesak nafas Raisha mendengar kenyataan yang keluar dari bibir Marsha. Dia tidak menyangka yang Marsha seteruk itu. Kalau dia tahu dari dulu, sumpah dia tidak akan mendekati Marsha.
“You buat I takut…” kata Raisha. Berlapis-lapis dahinya ketika mencerna maksud kata-kata Marsha itu.
Marsha tergelak.
“Takut? Kenapa nak takut? I bukannya makan orang,”
“You tak pergunakan I kan?” tanya Raisha inginkan kepastian.
“Ish, You ni. Kenapa pula I nak gunakan you. Kan you kawan I,”
Raisha mengeluh lega.
“Dengan Luf, you macam tu… tak mustahil I pun you buat macam tu,” kata Raisha.
“Tu Luf. Bukan you. You dengan dia, jauh beza kot,” balas Marsha lagi.
“Hmmm….” Belum sempat Raisha menjawab, Lufya muncul dengan senyuman di bibirnya.
“Hai Luf,” sapa Marsha dengan senyuman di bibirnya.
Lufya yang melihat mereka berdiri menyambut kehadirannya, hanya melambai mesra.
“Hai, Mar…” Lufya memandang Raisha dengan senyuman. Dia pernah melihat Raisha sekali.
“Ini Raisha. Kawan aku,” kata Marsha memperkenalkan Raisha padanya.
Lufya menghulurkan tangannya untuk bersalaman dan menyapa mesra, “Hai Raisha. Nice to see you,”
Raisha tersenyum sambil menjawab, “Hai juga. Nice to meet you also…”
“Duduklah. Boleh kita sembang-sembang,” kata Marsha mempelawa.
“Haah. Duduklah. Teringin juga I kenal madu Mar ni,” kata Raisha mencelah dengan nada usikannya.
Lufya tersengih dan melabuhkan punggungnya. “Terima kasih,” Lembut nada suara Lufya membuatkan Raisha mula kasihan dengan Lufya.
Setengah jam mereka menghabiskan masa di Starbuck dan akhirnya Marsha mengajak Lufya dan Raisha meninggalkan tempat itu. Nak cuci mata katanya. Dalam erti kata lain, Marsha sedang merancang untuk mengenakan Lufya habis-habisan.
“LAWANYA!” jerit Marsha bila pandangannya melekat pada satu barang kemas yang terpampang di almari pameran di dalam kedai barang kemas itu.
Langkah Raisha dan Lufya ikut terhenti bila Marsha berhenti tiba-tiba. Jeritan Marsha itu mengundang perhatian pengujung yang berada di situ. Raisha dan Lufya berpandangan sejenak lalu memandang ke arah almari pameran itu.
Terbeliak mata Raisha melihat set yang dimaksudkan oleh Marsha itu. Beg kertas yang berada di dalam pegangan Lufya itu dikerling oleh Raisha. Sedari tadi, Marsha asyik memborong barang yang dia sukai tanpa memikirkan perasaan Lufya. Sudah tu, bukannya Marsha yang membawa semua barang-barang itu. Lufya sendiri menawarkan dirinya untuk membawa sebahagiannya tapi Marsha bertindak melampau dengan memberikan semuanya pada Lufya.
“Lawakan?” tanya Marsha sambil mengangkat keningnya memandang wajah Raisha dan Lufya.
“Lawa,” jawab mereka serentak.
“Jangan you cakap yang itupun you nak,” kata Raisha sambil mencebik tanda meluat.
“Kalau nak?”
Terbeliak mata Raisha mendengarnya. Wajah Lufya yang tenang itu di pandang sekilas.
“Kau kata lupa wallet?” soal Raisha memprotes sikap Marsha yang keterlaluan itu. ‘Lupa dompet itu alasan zaman P.Ramlee,’ kutuk Raisha di dalam hatinya.
“Kalau nak, ambillah,” kata Lufya membuatkan Raisha tergamam.
‘Banyak gila duit minah ni,’ bisik Raisha sendiri.
“Apa dia?” tanya Lufya yang ternyata mendengar bisikan itu.
Marsha memandang wajah Raisha tanda dia juga ingin tahu apa yang Raisha bisikkan.
“Er… takde apa,” dalih Raisha sedikit kalut.
“Lain kali cakap biar jelas,” perli Marsha. Dia kembali menumpukan perhatian pada pemandangan yang memukau hatinya itu.
“Er… Dah lah Mar. Dah banyak yang you beli ni…” tegah Raisha. Dia memandang Lufya serba salah. Rasa malu menghuni jiwanya ketika itu. Dia tidak menyangka yang dia dikurnikan rakan seperti itu. ‘Dasar mata duitan pun dia, muka tak tahu malupun dia,’ kata Raisha sendiri di dalam hatinya. Dia tidak dapat menerima sikap Marsha terhadap Lufya yang sudah terlalu baik dengannya.
Lufya hanya tersenyum melihat pandangan serba salah Raisha itu. “Takpe,”
Marsha mencebik bibir kemudian menjeling Raisha. Satu senyuman terukir sinis di bibirnya. “Cemburu ke? Nak juga?” tanya Marsha selamba.
“Terima kasih je lah. I nak balik,” tegas Raisha.
Tanpa menunggu balasan dari Lufya dengan Marsha, Raisha meninggalkan mereka berdua di situ. Melopong Marsha bila melihat tindakan Raisha itu.
“Hei, Raisha! Kita tak habis lagi,” kata Marsha separuh melaung.
Raisha menoleh seraya menjawab, “You teruskan je lah aktiviti window shopping you tu. I tak nak terjebak,”
Marsha mencebik bibir. Niatnya untuk menunjuk pada Raisha, mati serta merta.
Mereka berpandangan seketika, dan Marsha tanpa berfikir panjang, membuka langkahnya untuk memasuki kedai barang kemas itu sambil diekori oleh Lufya. Lenguh tangannya menjinjit barang-barang Marsha, tapi dia mendiamkan dirinya. Dia tidak mahu mengulas tentangnya. Dia ikhlas dan akan sentiasa ikhlas dalam setiap perbuatan dan pemberiannya.
‘Berbuat sesuatu kebaikan, biarlah dengan keikhlasan yang lahir dari hati nurani kita. Tidak perlu mengharapkan apa-apa balasan, kerana Allah S.W.T tahu dan maha melihat segalanya,’
Share this novel