ZIQRI bergegas ke Hospital KPJ, sebaik menerima panggilan daripada Damya. Perasaan risau dan juga rasa bersalah menghantui dirinya. Pagi tadi, dia beria menyuruh Lufya duduk saja di rumah. Tapi, Lufya tetap berkeras mahu ke pejabat. Boring, katanya. Ada saja jawapan yang diberi oleh Lufya. Pening kepala!
Sebaik meletakkan keretanya, Ziqri terus saja menuju ke tempat yang diberitahu oleh Damya. Kerisauannya semakin menjadi-jadi. Selagi dia tidak melihat Lufya, selagi itulah dia akan risau dan takut. Dia tidak sanggup kehilangan isteri tercintanya itu.
“Damya,” panggilnya sebaik melihat Damya yang sedang berbual dengan Zarina di luar sebuah bilik.
Damya dan Zarina berpandangan dengan senyuman yang terukir di bibir masing-masing. Mereka menanti sehingga Ziqri berdiri di hadapan mereka berdua.
“Tahniah!” kata mereka serentak.
Bersinar mata Ziqri menerima ucapan itu.
“Dah siap ke?” tanya Ziqri teruja.
Damya angguk laju.
“Baby boy,”
“Mana dia?” tanya Ziqri teruja.
Damya menunjukkan pintu bilik yang berada di hadapan mereka.
Ziqri terus sahaja menuju ke pintu bilik itu, dan masuk ke dalam meninggalkan Damya dan Zarina.
Pandangan pertama Ziqri sungguh mengujakan.
“Sayang…” panggil Ziqri lembut.
Lufya yang sibuk menatap telefonnya, mengangkat wajah.
“Abang,” sengih Lufya.
Ziqri menggelengkan kepalanya menerima sengihan dari Lufya. Dia duduk di birai katil sambil menarik tubuh Lufya ke dalam pelukannya. Bibirnya singgah berkali-kali ke dahi dan pipi Lufya, membuatkan Lufya terjerit jerit kegelian.
“Sayang ni sakit ke tak? Main phone je. Orang baru lepas bersalin, patutnya rehat,” bebel Ziqri sambil merampas telefon Lufya.
Lufya mencebik.
“Tak naklah tidur. Luf, nak call diorang,” balas Lufya.
“Abang dah bagitahu dah. Tak payahlah nak susah-susah. Sayang tu penat. Dah pakai banyak tenaga,” ulas Ziqri sambil memandang sekeliling, mencari sesuatu. “Anak abang mana?”
Terangkat kening Lufya menerima soalan itu. “Anak abang? Anak sayang, okey!”
Ziqri tersenyum nakal mendengar kata-kata Lufya.
“Kita buat sama-sama kut. Tak ingat ke?”
Jatuh rahang Lufya. Malu menghujani diri.
“Abang…”
Ziqri tergelak. Sekali lagi Lufya menjadi mangsa usikan nakal Ziqri. Tubuh Lufya, di peluk erat. Penuh kasih sayang dan juga rasa cinta buat sang isteri.
Lufya tersenyum malu di dalam pelukan suaminya.
“Allah S.W.T takdirkan sayang untuk melalui banyak ujian, sampailah sayang bergelar isteri kedua abang. Jatuh bangun semuanya sendiri… tapi sekarang, sayang dah ada abang dan putera kita. Terima kasih atas kasih sayang yang abang dah bagi pada sayang. Terima kasih atas kebahagiaan ini, abang. sayang hargai sangat,” luah Lufya sambil menitiskan air mata terharunya.
Ziqri tersenyum. Mendengar ucapan itu membuatkan hatinya berbunga-bunga. Dia meleraikan pelukan, lalu menatap wajah Lufya.
“Pembetulan. Bukan isteri kedua. Kan abang dengan Marsha dah bercerai.” Kata Ziqri membetulkan kata-kata Lufya. Dia mengelus pipi Lufya yang lembut. “Lepas ni, abang tak nak sayang menangis lagi. Abang akan sentiasa ada untuk sayang… insya’Allah. Selamanya,”
Lufya senyum dalam terharu. Ya, bukan isteri kedua.
“Terima kasih, abang,” tutur Lufya sambil melentokkan kepalanya ke dada lelaki itu.
Itulah bahagia yang dia cari, setelah sekian lama melalui pelbagai keperitan. Betul kata orang, pelangi akan datang selepas hujan. Kehadiran Ziqri dan puteranya bagaikan satu sinar bahagia buatnya. Dia harap, sinar cahaya akan terus menerangi hidupnya, sampailah ke hujung nyawa.
Takdir kita tersusun indah, sebagaimana indahnya alam ciptaan Allah S.W.T. Apa yang berlaku, ada makna disebaliknya. Terpulang pada diri kita untuk menilainya. Negetif anggapan kita, begitu jugalah hasilnya. Tapi percayalah, Allah maha mengetahui segalanya.
-Tamat-
Guy's, serius tangan Eyfah kramp mengopy benda ni. Best ke tak? Jangan lupa komen tau. Cite ni dah lama. Tapi tak berani share. Takut kena kecam sebab Lufya Adelia baik sangat. Entah dari mana dapat idea buat watak sebaik ini. Haih... Eyfah pun meleleh air mata... Segala kekurangan, typo dan juga kesalahan bahasa english dan juga kesalahan tatabahasa, Eyfah minta maaf. Seperti yang Eyfah kata, Eyfah bukan sempurna. Thank You semua sebab sudi membaca apa yang Eyfah share kat sini Love You Guy's
Share this novel
Really nice story...
Tahniah...best sangat cerita ni...terus semangat utk cerita seterusnye...
tq.. best ceritanya