BAB 87

Romance Series 93123

“DEWAN dah tempah?” tanya Lufya, pada Damya.
Dia risau, kalau persiapan untuk pelancaran produk baru syarikatnya itu, tidak cukup persediaan. Sudah banyak kos yang dia habiskan untuk perkara itu. Dalam keadaannya yang sedang bergelut dengan kesihatan sendiri, dia tetap menggagahkan tubuhnya. Demi sebuah lagi impian yang bakal tercipta.
“Dah. Depositpun dah bayar,” jawab Damya.
Lufya angguk. Fail perancangan yang berada di tangannya itu, dibuka berkali-kali.
“Katering?”
Damya angguk lagi.
“Tak payahlah kau nak risau. Semua dah okay. Dah set semuanya,” kata Zarina mencelah.
Lufya menghela nafas lega. Memang itu yang dia harapkan. Tambahan pula, pelancaran itu, tinggal lagi seminggu lebih. Dia tidak mahu nanti, ada masalah yang timbul.
“Terima kasih, Damya. Zarina,” ucap Lufya, diselangi dengan senyumannya.
“Dah kerja kami,” balas Damya dan Zarina serentak.
“Produk sampai bila?” tanya Lufya ingin tahu. Wajah Zarina dan Lufya dipandang sejenak.
“Hari isnin depan. Stok cukup-cukup je,” jawab Zarina.
Lufya mengangguk lagi.
Kecekapan mereka itu, mengagumkan hatinya.
“Baguslah macam tu. Aku tak nak nanti ada kekurangan. Majlis pelancaran kali ni, banyak stokis dengan VVIP yang datang. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar,”
Damya dan Zarina berpandangan dan mengangguk.
“Okay boss!” serentak mereka mengangkat tangan kanan seolah sedang melafazkan ikrar taat setia.
Lufya tergelak sendiri, melihat telatah mereka. Terhibur hatinya sejenak.

KETIKA mahu menninggalkan pejabat, Damya muncul dengan senyumannya. Berkerut dahi Lufya. Dia kembali duduk dan meletakkan beg tangannya itu ke atas meja.
“Dah nak balik ke?” tanya Damya. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi yang berada di hadapan Lufya.
“Hmmm…” balasnya ringkas.
“Ziqri masih stay dengan kau?” tanya Damya ingin tahu.
“Tak pastilah pula. Rasanya tak kot,”
Damya mengeluh perlahan.
“Kalau tak, kau baliklah kat rumah kita. Aku risau pula kat kau,” ajak Damya.
Lufya tersenyum. Sikap prihatin Damya itu mengharukan hatinya. Semenjak, Damya tahu tentang kehamilannya, tidak pernah sekalipun, Damya terlupa mengambil tahu tentang dirinya. Setiap malam, Damya pasti akan menghubunginya. Terasa dirinya disayangi seketika.
“Aku yang mengandung, kau yang risau,” usik Lufya.
Damya menjuihkan bibirnya. “Kau ingat kalau kau tak mengandung… aku nak kisah ke?”
Lufya tersengih mendengarnya.
“Alah! Selama aku tak mengandungpun, siapa yang tiap malam cari aku,”
Damya menceber bibir. “Perasan!”
“Mestilah aku perasan. Sebab aku ada perasaan. Kau ada?” balas Lufya, dengan nada selamba.
“Hamboi… pekena aku balik ye,”
Lufya ketawa kecil. Dia memandang wajah Damya sejenak. Dia banyak terhutang budi pada Damya selama ini.
“Terima kasih banyak, Damya. Kau dah buat aku rasa bernafas balik,” ucap Lufya, lembut.
Sepi seketika.
“Aku sayangkan kau. Kau kan kawan aku. Kalau bukan aku, siapa lagi yang nak kisah pasal kau,”
Lufya menunduk seketika.
“Aku sayang kau juga,” balas Lufya.
“Aku harap, kita akan terus berkawan. Sampai ke tua kerepot,”
Meletus ketawa Lufya, saat mendengar ayat terakhir Damya itu. Matanya terbuka luas.
“Kerepot kau kata…”
“Aik! Tak betul erkh? Betullah. Kita bukannya makin muda. Kau pun dah 27 tahun,” kata Damya lagi. Bergurau.
Lufya tergelak lagi.
“Hmmm… aku tak nak tua kerepot. Aku nak makin muda… ngeee…” sengih Lufya.
Damya memuncungkan mulutnya, tanda meluat.
“Banyak lawa muka kau. Nak makin muda konon…”
“Tak boleh ke?” Lufya menjongket keningnya nakal.
“Boleh! Kau pergi Korea, buat pembedahan plastik. Takpun Thailand. Ubah jantinapun boleh, kalau kau nak,” balas Damya. “Ada berani?” soalnya lagi.
Mata Lufya membulat mendengar kata-kata Damya itu.
“Haish! Tak nak aku kena laknat,”
“Tahu takut…”
Lufya mencebik bibir.
“Aku nak baliklah. Layan kau, bukan dapat apa…”
“Haah… waktu ni memanglah kau tak dapat ape. Tengok bila kau perlu aku.” Damya menjuih bibir.
Lufya menggelengkan kepalanya perlahan. Damya, Damya…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience