SEKEMBALINYA mereka ke Kuala Lumpur, Ziqri terus mengajak Lufya ke rumah keluarganya.
“Apa khabar pengantin baru?” usik Syura dengan perut yang memboyot sebaik terpandang wajah mereka berdua muncul dihadapan pintu rumah.
“Siapa sayang?” muncul Zakri di belakang Syura.
“Pengantin baru…” Meleret nada suara Zakri tanda mengusik.
Ziqri tersengih dan Lufya tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Syura dan Zakri.
Selepas bersalaman Syura dan Zakri melangkah beriringan sambil mempelawa mereka masuk. “Masuklah,”
“Umi dengan abah, mana?” tanya Ziqri sambil melangkah memasuki rumah itu.
Lufya mengekori dari belakang.
“Umi kat dapur, abah kat bilik bacaan. Yang lain tak balik lagi,” jawab Syura lembut.
“Budak-budak?” tanya Ziqri bila teringatkan Alif dan Ayla.
“Ada kat rumah opah dia,” jawab Zakri pula.
“Oh!” Ziqri angguk kepala.
“Kamu ni baru sampai ke? Dah jumpa Mar?” tanya Syura sambil menghentikan langkahnya dan menghadap mereka berdua setelah tiba di ruang tamu.
Zakri turut berhenti dan menghenyak punggungnya sambil menarik lembut tubuh Syura untuk duduk di sebelahnya.
Ziqri mengambil tempat di sofa yang berdepan dengan Zakri. Tangannya menggamit Lufya untuk turut duduk di sebelahnya. Lufya tersenyum sambil menghampiri Ziqri lalu menghenyak pungungnya.
“Baru sampailah kak. Umi minta Ziq ajak Luf bermalam kat sini,” jawab Ziqri.
Syura dan Zakri mengangguk faham. Pandangan mereka beralih pada Lufya yang membisu.
Menerima pandangan itu, membuatkan Lufya serba salah. Dia tidak tahu apa makna disebalik pandangan mereka itu.
“Akak dah berapa bulan?” Lufya bertanya dengan senyuman janggal.
Syura yang melihat kejanggalan itu tergelak sendiri. “Alhamdulillah, tinggal tunggu hari je ni,”
Lufya angguk kepala. Senyumannya tidak lekang dari bibirnya.
“Tak lama lagi, Ziq pun merasalah nak ada anak sendirikan,” kata Zakri.
Ziqri tersenyum dan mengangguk. “Insya’Allah,”
Lufya dan Syura berpandangan seketika kemudian Lufya memandang Ziqri.
“Dapur kat mana?” tanya Lufya.
“Belakang sana. Kenapa?” Ziqri mengerutkan dahinya.
“Luf nak jumpa umi,” pinta Lufya sambil memandang mereka bertiga lalu tersenyum.
“Pergilah,” izin Ziqri.
Lufya bangun dan meninggalkan mereka bertiga untuk menuju ke dapur. Bunyi orang memasak itu, kedengaran dari lorong yang menghubungkan ruang tamu, ruang makan dan akhirnya dapur.
“Assalamualaikum, umi,” sapa Lufya lembut.
Puan Kirana yang sedang sibuk menggaul sayuran di kuali menoleh pantas.
“Lufya!” seru Puan Kirana dengan pandangan bersinar.
Sekejap saja mereka sudah berpelukan di tengah dapur itu.
“Apa khabar pengantin baru?” tanya Puan Kirana. Dia meleraikan pelukannya dan menatap wajah Lufya.
Lufya senyum sambil menuju ke arah sink.
“Baik, Alhamdulillah. Umi dengan abah, apa khabar?” tanya Lufya sambil menjengukkan kepalanya ke dalam sink. Dua ekor ikan kerapu segar menarik pandangan Lufya.
“Baik je,” jawab Puan Kirana, kembali menghampiri dapur kualinya.
“Umi masak apa ni? Ada yang Luf boleh tolong?” tanya Lufya lembut. Dia masih tidak berganjak dari tepi sink itu.
Puan Kirana menoleh ke arahnya sekilas. “Boleh ke?”
Lufya tertawa kecil. “Boleh. Luf siang ikan ni ke?” Lufya jongket keningnya pada Puan Kirana.
Puan Kirana tersenyum kecil mendengar tawaran menantu barunya itu. “Alang-alang Luf nak tolong, apa salahnya. Umi nak je…”
Lufya sengih. Lengan bajunya yang panjang itu dilipat sehingga ke siku dan Lufya mula menumpukan perhatian pada ikan-ikan itu.
Puan Kirana tersenyum sendiri. Dia tidak menyangka yang akhirnya, isteri Ziqri sudi menyertainya didapur, tapi sayangnya, itu bukanlah Marsha. Marsha, jangankan dapur, kalau boleh rumah itupun dia tidak mahu masuk. Sungguh jauh berbeza dengan Lufya.
“Umi nak masak apa, ikan ni?” tanya Lufyamengejutkan Puan Kirana yang leka memikirkan tentang Marsha.
Puan Kirana diam sejenak.
“Umi…” panggil Lufya sambil memandang ke arah Puan Kirana.
“Err… tiga rasa kot,” jawab Puan Kirana tersengih.
Lufya tergelak. “Mengelamun?” Lufya hanya angkat bahu dan meneruskan kerjanya.
“Lufya, masak ye umi. Umi duduk je,” kata Lufya lembut.
Terangkat kening Puan Kirana mendengarnya. Biar betul? “Betul ke ni, Luf? Umi boleh duduk?”
Lufya ketawa lagi. Hatinya tercuit dengan kata-kata Puan Kirana itu.
“Betullah umi. Duduk je kat sana tu. Biar Luf buat semua,” kata Lufya lagi meyakinkan Puan Kirana.
Puan Kirana tersenyum sendiri. Hatinya sudah terpaut dengan keperibadian Lufya.
UNTUK pertama kalinya, Lufya duduk dan menjamu selera bersama ahli keluarga Ziqri selepas dia dan Ziqri berkahwin. Suasana sunyi sepi menyelubungi mereka. Yang kedengaran hanyalah bunyi sudu dan pinggan berlaga.
“Sedap tak?” tanya Puan Kirana memecah kekhusyukan mereka menjamu selera.
Ziana mengangkat ibu jarinya tanda sedap, Zizi angguk kepala, Ziqri dan Zakri juga berpandangan sebelum mengangguk manakala Syura dan Tuan Hafiz hanya tersenyum.
Melihat reaksi yang ditunjukkan oleh mereka semua, Puan Kirana memandang Lufya sambil menjongket keningnya. Lufya tersengih malu.
“Luf memang pandai masak ye?” tanya Puan Kirana lembut membuatkan semua mata terarah ke wajah Lufya.
Gulp! Lufya terus menunduk bila menerima pandangan itu. Malu menghuni jiwanya seketika.
“Err… ye umi. Luf suka masak,” jawab Lufya sambil menyembunyikan wajahnya.
Ziqri sembunyi senyum.
“Untunglah Ziq…” usik Ziana sambil menyiku Ziqri.
Ziqri menayangkan wajah bangga. Siapa tidak bangga bila isterinya itu tahu serba serbi kerja di dalam rumah.
“Makan dulu, baru berbual. Tak baik berbual depan rezeki,” tegur Tuan Hafiz.
Semua diam. Masing-masing gigih menyudahkan makanan masing-masing.
“PENAT?”
Ziqri yang sudah melabuhkan punggungnya di sofa biliknya itu mengangguk malas. Tubuhnya keletihan setelah memandu lama. Kalau boleh, dia mahu terus berehat. Tubuhnya disandar malas.
“Mandilah dulu, baru tidur. Nanti Luf siapkan pakaian abang,” kata Lufya.
Lufya menuju ke ruangan almari sambil membawa beg pakaian yang berisi pakaian mereka. Sebaik membuka pintu almari itu, dahi Lufya berkerut. Dia tidak melihat satupun pakaian Marsha di dalam almari itu.
“Mustahil Marsha tidak pernah bermalam dirumah itu,” Lufya berbisik sendiri.
Dia mengabaikan persoalan yang mula bermain di fikirannya saat itu. dia mengingatkan dirinya yang dia sama sekali tidak berhak untuk masuk campur urusan hidup Ziqri dan Marsha.
Setelah menyelesaikan kerjanya, Lufya kembali ke ruangan tidur. Matanya terkunci pada Ziqri yang sudah terlena di sofa itu. Lufya tersenyum sendiri. “Penat sangatlah tu…”
Share this novel