BAB 55

Romance Series 93123

“SEMALAM, Luf call,”
Ziqri yang sibuk mengemaskan tali lehernya berhenti dan memandang Marsha yang masih seronok berbaring dengan telefonnya.
“Call sape?” tanya Ziqri. Dia kembali memandang cermin dan meneruskan kerjanya yang tertangguh itu.
“Phone you, but I answered it,” jawab Marsha sambil memandang Ziqri sekilas.
Ziqri mendengus perlahan. “Siapa izinkan you jawab panggilan untuk I?” Ziqri menyudahkan kerjanya lalu memusingkan tubuhnya menghadap Marsha.
“I tak perlu keizinan dari you, Ziq. Hak I nak jawab atau tak,” balas Marsha. Pandangan mereka bertemu.
“Hak? You nak bercakap pasal hak pula ke? Hak I macam mana?” sindir Ziqri. Kunci keretanya digapai kasar dan satu jelingan tajam dihadiahkan untuk Marsha.
“Kenapa I rasa… you dengan Luf, makin rapat?” tanya Marsha tanpa mengambil kisah sindiran itu.
Ziqri mendengus tawa. “Kalau you rasa macam tu, baguslah. I memang sedang cuba nak menangi hati dia,” selamba tanpa memikirkan perasaan Marsha.
Menyirap hati Marsha mendengar ayat lelaki itu. telefon di tangannya itu dicampak kasar ke atas katil dan dia bangun menghampiri Ziqri. “Don’t you ever try, Ziq,”
Ziqri ketawa sinis. Dia menuju ke sofa untuk m endapatkan beg kerjanya tanpa mempedulikan Marsha.
“You yang mulakan semuanya. Dan jangan terkejut, kalau I cakap yang I dah mula cintakan Lufya.” Beg kerjanya dicapai kasar. Sempat dia menghadiahkan pandangan mengejek pada Marsha sebelum berlalu meninggalkannya di situ.
Marsha merengus kasar. apa yang didengarnya itu, mencabar dirinya. Keegoannya tercalar. Rasa takut menggunung di hati. Apa yang dia pasti, dia sama sekali tidak akan berdiam diri, sekiranya perkara itu terjadi.

KERANA kata-kata Ziqri, Marsha memaksa dirinya untuk bertemu dengan Lufya.
“Marsha?” Lufya terkejut dengan kehadiran Marsha itu.
Marsha tidak menjawab, tapi dia terus duduk di kerusi yang berada di depan Lufya. Satu pandangan yang tidak mampu untuk Lufya tafsir itu, membuatkan Lufya gelisah.
“Dah berapa lama korang kahwin?” tanya Marsha dingin. Tidak seperti selalu. Kemesraannya hilang.
“Kau tahukan…”
“Aku nakkan jawapan Luf!”
Lufya mengeluh perlahan. Mindanya menghitung tempoh pernikahan mereka.
“Sebulan setengah,” jawab Lufya ringkas. Wajah Masha yang dingin itu dipandang sejenak.
“Takkan belum ada tanda nak mengandung?” soal Marsha dengan nada tidak puas hati.
Lufya kaget dengan soalan itu. “Mar, itu semua kerja Allah,”
“Tapi kau kena usaha! Selama ni… Ziq banyak luangkan masa dengan kau. Takkan tak lekat,” bidas Marsha meninggi.
Lufya terdiam. Dia menunduk seketika. Dia tiada jawapan untuk itu. Dia bukan tuhan.
“Mar… usahapun, kalau rezeki tu belum ada, I can’t do anything, Mar.”
“Alasan!” dengus Marsha.
Lufya berdecit perlahan. “Mar, look! Aku dah tolong kau dan aku Cuma minta kau bersabar untuk sikit masa je lagi. Kalau ada, itu baik tapi kalau takde, aku sendiri tak boleh nak buat apa-apa,”
Marsha berdecit. Takkan terlalu awal untuk dia bertanya. Habis, dia kena tunggu berapa lama untuk berkongsi kasih sayang dengan Lufya. Dia tidak kisah, kalau Ziqri tiada perasaan pada Lufya, tapi…
“Aku bagi masa sampai lima bulan. Lepas dari tu… kalau takde juga, aku nak kau dengan Ziqri…” Marsha berhenti berkata dan merenung Lufya, “Kena bercerai,” sambung Marsha dengan nada yang tegas.
Lufya mengangguk sahaja. Dia akur dengan keputusan Marsha. lagi cepat, lagi bagus. Dia tidak mahu terikat dengan Ziqri terlalu lama. Dia penat menjaga dirinya sendiri.
Nampaknya, keputusan Ziqri untuk menyediakan sebuah rumah untuk mereka tepat. Mungkin dengan cara itu, semuanya akan jadi lebih mudah. Untuk kali itu, Lufya bersetuju dengan kata-kata Ziqri untuk tinggal serumah. Dengan harapan, semua yang dirancang, akan berjalan dengan lancar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience