BAB 65

Romance Series 93123

SEPERTI yang dijanjikan oleh Ziqri, mereka berdua akhirnya tiba di hadapan Sunway Lagoon. Masuk sahaja ke dalam, wajah Lufya berubah pucat bila melihat semua jenis permainan yang ada di dalam taman tema itu.
“Abang…” Lufya menarik lengan Ziqri penuh resah.
Ziqri menghadiahkan pandangan hairan. Keningnya di angkat sambil menilik wajah pucat Lufya.
“Why?” tanya Ziqri lembut. Genggaman tangan Lufya menunjukkan betapa resahnya dia ketika itu.
“Luf, tak naklah main semua ni,” bisik Lufya bimbang.
Ziqri ketawa seketika.
Lufya memandangnya dengan wajah geram. “Abang!” bentak Lufya manja.
Ziqri berhenti melangkah dan menghadap tubuh Lufya.
“Tenanglah sayang… tak matipun, main benda ni. Tengok budak-budak tu okay je,” pujuk Ziqri.
Lufya menarik muka masamnya.
“Tak naklah…” rengek Lufya. Dia gayat pada benda-benda seperti itu.
“Kita main sekali je. Lepas tu, kita tengok-tengok je…” pujuk Ziqri.
“Luf, gayatlah…”
“Takkanlah, Luf, tak pernah datang sini?” Ziqri memandangnya hairan.
Lufya geleng kepala. “Tak,”
Ziqri ketawa lagi. Biar betul? “Langsung tak pernah?”
Lufya cebik bibir dan mengeleng lagi.
“Hah? Peliknya Luf ni…” komen Ziqri dengan nada meleret.
“Abang…”
“Okay! Kita main sekali je. Abang janji,” kata Ziqri sambil mengangkat tangan kanannya tanda berjanji.
“Tak naklah abang! Jomlah kita balik…” rengek Lufya lagi.
“Sayang, takkan nak balik camtu je? Abang nak juga rasa,”
“Kalau macam tu, abang je lah pergi,”
“Mana boleh! Kita pergi berdua,”
Lufya mengetap bibirnya. Malulah dia kalau terjerit-jerit nanti.
“Sekejap je. Please!”
“Alah…”
“Please… sayang,”
Lufya menarik nafasnya dan menghembus kasar. Wajah penuh harapan lelaki itu dipandang seketika.
“Hmmm…” Lufya akhirnya terpaksa bersetuju, bila Ziqri terus memandangnya penuh harapan. Tidak sanggup untuk menghampakan perasaan lelaki itu.
Bersinar wajah Ziqri melihat persetujuan tidak ikhlas Lufya itu.
“Don’t worry, okay?”
Lufya angguk lambat-lambat. Tipulah, kalau dia tidak risau. Sejujurnya, dia tidak pernah berniat untuk ke tempat itu, tapi kali ini dia mengalah dengan mudah pada lelaki yang bergelar suaminya,

JERITAN Lufya kedengaran, sepanjang berada di atas vuvuzela, iaitu salah satu luncur air yang tertingi dan terbesar di dunia. Kegilaan apakah ini? Tidak pernah dia terfikir untuk menaiki benda alah itu. Nyawanya seakan melayang, sepanjang berada di situ. Nafasnya tersekat dan pegangan pada lengan Ziqri semakin kuat. Jantungnya berdegup kencang, sekencang pergerakan luncuran itu.
“Abang! Luf, nak turun.” Lufya mengongoi menangis. Ketakutan!
Sebaik tiba di hujung luncuran itu, Lufya memukul lembut bahu Ziqri kegeraman. Airmatanya meleleh dek kerana perasaan takut. Wajahnya pucat lesi.
Ziqri ketawa besar melihat ketakutan yang terpancar pada wajah Lufya itu.
“Bencilah abang ni!” bentak Lufya sebaik mereka keluar dari kawasan itu. Bibirnya memuncung panjang ke depan kerana sakit hati. Tangannya memeluk tubuhnya yang basah kuyup.
Tercuit hati Ziqri melihat telatah Lufya. Segera dia memeluk bahu Lufya selamba dan menghadiahkan ciuman pada dahi Lufya.
“Hidup ini bukan tentang menunggu badai pergi, tetapi belajar menari di dalam hujan,” tutur Ziqri lembut. Penuh dengan makna.
Lufya menjeling Ziqri. Masih masam.
“Abang tak payah nak berkias dengan Luf sekarang. Luf, dah senarai hitam nama abang dalam hati, Sampai hati abang buat Luf macam ni,” kata Lufya dengan nada geram.
Ziqri tergelak. Hidung Lufya dicuit lembut. Kata-kata Lufya itu tidak merisaukan dia. “Senarai hitam ke? Luf tak mampu nak senarai hitam nama abang…” kata Ziqri. Sengaja dia mengenyitkan matanya pada Lufya membuatkan Lufya mencebbik.
“Abang!” Lufya membentak geram.
Ziqri berhenti melangkah dan menarik lembut tubuh Lufya untuk berhadapan dengannya tanpa menghiraukan pengunjung yang lain.
“Luf, hidup kita penuh dengan ujian. Sebab tu, kita perlu cari keseronokan. Bukan keseronokan yang melalaikan, tapi keseronokan yang boleh mengubat hati kita. Macam yang abang cakap, hidup bukan tentang menunggu badai berlalu, tapi kita juga kena belajar menari dalam hujan. Macam Shahrukhan dengan Mahduri Dixit dalam cerita Dil to pagal hai. Diorang menari dalam hujankan?” kata Ziqri lembut.
“Tahu apa maksud dil to pagal hai? Hati yang tergila-gila. Macam Shahrukhan gila kat Mahduri Dixit,” kata Ziqri seraya melepaskan pegangannya pada bahu Lufya, lalu bergelek dengan gerakan kayu. “Dom dom cha… dom dom cha…” Nyanyinya sambil terus bergelek. Pengunjung yang memandang dengan wajah hairan, tidak dipedulikan olehnya.
Melopong Lufya dengan tindakan Ziqri itu. Rahangnya jatuh serta merta. Mamat ni dah kenapa? Gila ke, menari tengah-tengah orang ramai macam ni?
“Padan tak abang jadi Shahrukhan? Nak tengok yang lagi hebat?” Selamba Ziqri mengenyitkan matanya sambil mengangkat tangan kanannya dan tangan kirinya dibiarkan dibawah sambil menari seolah-olah berada di dalam filem Hindustan yang disebutnya sebentar tadi.
“Jom kita menari sekali. Tak naklah abang je,” kata Ziqri. Selamba tangan Lufya ditarik membuatkan Lufya terdorong padanya.
“Abang… apa ni? Lepaslah! Lufya tak nak menarilah…”
“Alah… gelek je lah. Bukannya susahpun,” kata Ziqri sambil sebelah tangannya memaut pinggang Lufya manakala sebelah lagi diangkat mengundang perhatian ramai pengunjung lalu lalang.
Menerima pandangan mereka, wajah Lufya memerah menahan malu. Sedaya upaya, dia menolak tubuh Ziqri namun gagal.
“Abang… malulah orang tengok,”
Ziqri memerhati sekeliling.
“Apa tengok-tengok? Aku nak menari dengan bini aku ni. Tarian kat filem dil to pagal hai lakonan Shahrukhan dengan Mahduri Dixit. Pernah tengok? Kalau tak pernah, meh aku bagitahu korang. Aku sebagai Shahrukhan, bini aku pula Mahduri Dixit. Dil to pagal hai kalau di terjemah dalam bahasa melayu jadi ‘hati yang gila’. So, aku tukar tajuk dia pergi ‘hati yang gila pada Lufya Adelia’,” kata Ziqri selamba melepaskan pautan pada pinggang Lufya dan melutut dihadapan Lufya.
Jatuh lagi rahang Lufya dengan kelakuan lelaki itu. beberapa orang pengunjung kelihatan tersenyum memandang pada mereka membuatkan Lufya semakin malu.
“Abang…” rengek Lufya sambil menarik Ziqri bangun.
Ziqri menangkap jejari Lufya lalu mengucupnya lembut sambil mengucapkan, “I love you, sayang,” dengan nada meleret.
Makin membahanglah wajah Lufya, bila mendengar ayat yang diucapkan oleh lelaki itu. Berbeza dengan hatinya. Hatinya berbunga-bunga, mendengar ucapan itu. bibirnya dikatup rapat.
Dia memusingkan tubuhnya untuk meninggalkan lelaki itu, namun langkahnya terhenti ketika Ziqri menarik lembut tangannya.
“Jangan pernah pergi dari abang, Luf,” bisik Ziqri tiba-tiba berhampiran dengan telinganya.
Lufya berpusing kembali dan,
Cup! Pipinya dicium tiba-tiba.
“Abang!” Malu tidak terkata. Kenapa lelaki tu terlalu terbuka.
Ziqri menjongket kening nakal dan tangannya dinaikkan melingkari bahu Lufya.
“Ye sayang….” Nadanya sengaja dileretkan.
“Er… malaslah nak layan abang ni,” kata Lufya dengan nada malas. Lengan kekar Ziqri itu ditolaknya dan dia melajukan langkah ke hadapan, meninggalkan Ziqri di situ.
“Sayang!” jerit Ziqri perlahan mengejar langkah Lufya. Dia segera berlari ke hadapan Lufya dan mendepakan tangannya seraya berhenti.
Lufya berhenti melangkah dan mendengus perlahan.
“Abang, Luf nak tukar bajulah. Basah dah ni. Abanglah ni!” rungut Lufya geram.
“Kita pergi sekalilah. Takkan nak tinggal abang kat sini. Sampai hati,”
Lufya mencebik. Bibirnya dijongket tanda menyampah.
“Pergilah menari kat situ. Kali ni, menarilah pula tarian Shahrukhan dengan Kajol. Kuch kuch ho ta hai. Boleh? Tak boleh, biar Luf ajar,” kata Lufya, seraya menggelekkan tubuhnya.
Terbeliak mata Ziqri melihat lentik tubuh Lufya bergelek. Sempat dia melihat pandangan penuh makna tersirat dari pengunjung lelaki yang melepasi mereka.
“Er…no!” Ziqri mecapai tangan Lufya lalu mengheret lembut pergi menghentikan gelekan Lufya.
“Aik, Luf, tak boleh menari ke?”
Ziqri cebik bibir. Tak mungkin dia biarkan tubuh Lufya jadi tontonan lelaki yang berada disitu. Cemburu merantai hatinya bila melihat pandangan lelaki-lelaki itu.
“Tak naklah. Bahaya!” kata Ziqri. Bibirnya dijuihkan.
Lufya senbunyi senyum. Akal nakalnya muncul. Tangannya yang berada di dalam gengagaman lelaki itu, direntap lembut.
“Luf, nak juga,” kata Lufya sengaja menunjukkan keras kepalanya.
Langkah Ziqri terhenti. Matanya membulat kepada Lufya.
“Jangan nak mengada. Nak gelek, gelek depan abang je. Bukan depan diorang ni,” kata Ziqri. Tangan Lufya itu dicapai lagi dan dibawa menuju ke tempat persalinan pakaian.
Dalam diam, Lufya akui yang hatinya terhibur dengan telatah lelaki itu. Hatinya terusik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience