BAB 15

Romance Series 93123

“AKU dah pesan dengan kau, jauhkan diri daripada Marsha tak payahlah lagi kau nak ambil berat pasal dia. Takde kepentinganpun untuk kau,” bebel Damya sebaik mereka meninggalkan kedua lelaki itu.
Lufya berdecit perlahan. Dia bukan jenis manusia seperti itu.
“Marsha tu kawan aku tau. Kau nak suruh aku lupakan dia?” soal Lufya dengan riak tidak percaya. Dia jadi tidak faham dengan sikap Damya itu.
“Memang! Memang aku tahu yang Marsha tu kawan karib kau dari zaman sekolah. Tapi Luf, takkan kau dah lupa apa yang dia dah buat pada kau,” kata Damya dengan nada meninggi sehingga menarik perhatian sekeliling.
Lufya menghentikan langkahnya lalu menjengilkan mata ke arah Damya.
“Perlahan sikit boleh tak? Malu orang tengok. Kang suami Mar dengar, naya kita,” kata Lufya meneruskan langkah.
Damya diam sambil memandang sekeliling. “Ups! Sorry….”
“Lufya, kau tak ingat ke kenapa kau terpaksa datang KL, berjauhan dengan keluarga?” Damya menarik lengan Lufya.
Lufya mengeluh perlahan.
“Aku datang KL, tiada kaitan dengan Mar.” Dalih Lufya.
“Tapi dia rampas tunang kau Luf!” Damya berdecit perlahan. Dia tidak faham dengan sikap Lufya yang terlalu baik itu.
“Dia tak rampas. Dah tertulis antara aku dengan abang Riez takde jodoh.” Lufya melajukan langkahnya meninggalkan Damya yang terkedek-kedek di belakangnya mengalahkan itik.
“Tak faham aku perangai kau ni. Tak serik-serik,” kata Damya mengalah.
Langkah mereka berakhir dihadapan pintu bangunan Beauty And Health by Luf. Petang itu mereka ada mesyuarat untuk membincangkan mengenai hala tuju syarikat mereka. Dalam masa yang sama, mereka perlu membincangkan mengenai Hari Keluarga syarikat itu.
Selain pekerjanya, Lufya juga menjemput Hakim sebagai guru pemasaran talian syarikatnya. Mana tahu, Hakim ada idea yang lagi bernas bagi mengembangkan lagi perniagaan itu.
Kira-kira dua jam perbincangan itu berlangsung, Lufya memilih tempat percutian untuk hari keluarga syarikat kali ini di Langkawi. Pemilihan tempat itu dipersetujui oleh semua pekerja yang hadir termasuklah Hakim.
Selesai sahaja urusan di pejabat, Lufya dan Damya bergegas ke butik Versetyle Fashion untuk mencuba baju yang akan diperagakan. Itu adalah untuk percubaan kali terakhir sebelum mereka berangkat ke Singapura, hari jumaat ini.
“Okay ke?” tanya Marina sambil menilik Lufya dari atas ke bawah.
“Hmmm… bolehlah. Kalau aku cakap tak okaypun, bukan kau nak setujukan.” Lufya sengaja menghadiahkan perlian pada Marina.
“Kau tahukan, yang aku ni pentingkan perkembangan semasa. Apa guna aku jadi fashion designer kalau benda macam ni pun, aku tak alert. Kan Damya?” Marina sengaja memetik nama Damya membuatkan Damya mencebik dan mengherot bibirnya ke kanan tanda meluat melihat pakaian yang akan diperagakan oleh Lufya nanti.
“Pakaian yang you bagi Luf ni, dah macam sarung nangka I tengok. Tu satu. Yang keduanya, cuba you tengok belakang Lufya. Hampir separuh terbuka. Bahagian depan pula, MasyaAllah! Ternganga pak cik miang kalau nampak. Baik you suruh Luf bogel je alang-alang,” komen Damya pedas tanda tidak mahu menyokong pakaian itu.
“Ikut trend konon! Trend apa? Trend dosa? Maksiat?” sambung Damya tanpa perasaan.
Ternganga Lufya mendengar komen pedas yang dikeluarkan oleh Damya itu.
Marina mengetap rahangnya tanda geram mendengar kata-kata Damya yang tidak memandang sekeliling itu. Dia mencampakkan gunting yang berada ditangannya itu ke meja, kemudian bercekak pinggang menghadap Damya.
“Eh! Minah ni! You apa tahu pasal fashion. Yang you tahu, mengkritik je. Cuba you buat? Entah-entah belum siap dah kena reject jadi pengelap lantai,” balas Marina bengang.
Lufya menepuk dahinya perlahan. “Mula lagi!”
Mata Damya sudah terbeliak mendengar kata-kata Marina itu.
“Berani you cakap kat i macam tu?” soal Damya berang.
Marina tertawa sinis.
“You ingat I ni penakut ke?” soal Marina dengan nada sinis. Puas hatinya kerana berjaya membuat Damya sakit hati.
“Weii, dah lah Damya, Marina. Aku tak datang sini nak tengok kamu berdua bergaduh. Kalau macam ni, baik aku balik je. Kat rumah aku boleh rehat,” kata Lufya tegas.
“Dialah ni!” Masing-masing menuding jari ke wajah mereka.
Lufya mengelengkan kepalanya sambil memandang mereka berdua silih berganti.
“Nak teruskan atau tak?” soal Lufya meninggikan nada suaranya. Dia tahu, kalau dia tidak bertindak, Marina dan Damya tidak akan berhenti.
“Hmmmm… yelah,” kata Damya akhirnya mengalah.
Marina menayangkan senyuman kemenangan.
Damya berdecit perlahan dan menjelirkan lidah ke arah Marina. “Sukalah tu!”
Marina meneruskan kerjanya yang tergendala itu tanpa gangguan dari Damya lagi. Lima pasang baju, selesai di cuba oleh Lufya setelah dua jam berada di butik itu. Gelagat Damya dan Marina kadangkala mencuit hati namun adakalanya meresahkan Lufya. Sampai bila Damya akan melayan insan di sekelilingnya sinis seperti itu. Lufya tidak sukakan suasana itu.

SAMPAI sahaja di rumah, Lufya dan Damya berpisah menuju ke bilik masing-masing. Masing-masing berkejar untuk mandi dan bersolat. Setelah selesai solat maghrib, barulah mereka berdua menuju ke dapur untuk memasak seterusnya menjamu selera. Biarpun hidup mereka berdua agak sibuk, namun keduanya masih memilih untuk memasak dan menjamu selera di rumah.
“Kau nak masak apa ni?” tanya Damya bila melihat Lufya mengeluarkan nenas yang kelihatan ranum, seketul dada ayam, sayur kobis bunga serta beberapa rempah ratus dari dalam peti sejuk.
“Masak yang senang-senang je. Aku lapar,” jawab Lufya sambil menuju ke sink dapur.
Dia tidak memandang ke arah Damya yang bersenang lenang di island table itu.
“Apa yang aku boleh tolong?” tanya Damya lagi.
Tangan Lufya berhenti bergerak kemudian memandang Damya.
“Aku nak minta tolong kau, satu benda,” kata Lufya.
Wajah Damya direnung sambil memikirkan perkara yang bermain di mindanya ketika itu.
Dahi Damya berkerut kehairanan.
“Tolong apa?” tanya Damya ingin tahu.
Lufya mengeluh perlahan.”Tolong berhati-hati bila berkata-kata, Damya.
“Maksud kau?” soal Damya lagi. Fikirannya berputar ligat memikirkan maksud ayat Lufya itu.
“Maksud aku, jaga adab bila bercakap dengan orang. Tak kisahlah tua atau muda. Diorangpun manusia. Ada hati dan perasaan. Kadang-kadang aku jadi segan dengan orang sekeliling bila kau bercakap tanpa berfikir,” kata Lufya berterus terang dengan maksud ayatnya sebentar tadi.
Damya terdiam mendengar kata-kata Lufya itu.
“Aku bukan marah, tapi… ramai sangat dah yang kritik perangai kau yang satu ni. Aku tak nak ada yang kecil hati dengan kau. Aku pernah cakap kat kau benda ni kan,” kata Lufya. Pandangannya tepat ke wajah Damya.
Damya diam lagi. Dia tidak tahu kenapa hatinya terusik mendengar teguran Lufya itu. Mungkinkah itu membuktikan, apa yang dia katakan pada orang sekelilingnya selama ini membuatkan mereka berkecil hati.
“A…aku minta maaf Luf. Tapi kau kenalkan aku macam mana. Aku tak reti nak jaga hati orang,” kata Damya serba salah.
“Bukan kau tak reti, tapi kau yang tak nak cuba. Sebab tu lebih baik diam dari bercakap benda yang tak berfaedah. Cuba kau amalkan benda tu, aku yakin ramai yang suka bergaul dengan kau. Ni tak. Si Zarina pun kau bantai je. Lagi-lagi Marina,” kata Lufya lagi mengingatkan Damya tentang kata-kata pedasnya yang selalu dilontarkan terhadap Marina dan juga Zarina.
“Aku minta maaf Luf.” Ucap Damya sambil menunduk. Malu rasanya bila ditegur mengenai perkara itu. Bukan sekali dua Lufya menegur dia, tapi dia yang tak mampu mengawal mulutnya sendiri.
“Takpelah. Benda yang dah berlalu tu biarlah. Tapi lepas ni, tolong jangan buat lagi. Aku tak nak masuk campur kalau ada yang saman kau ke, baling kau dengan kasut ke. Lagi teruk gunting. Seram wei, aku tengok Marina tu campak gunting petang tadi. Tak kuat aku tengok, kalau dia rodok kau dengan gunting tu,” kata Lufya sambil membayangkan insiden Marina mencampakkan gunting di hadapan mereka petang tadi.
Berubah riak wajah Damya mendengar kata-kata Lufya itu. timbul rasa takut bila mengingatkan perkara itu.
“Kau jangan nak takutkan aku Luf,” kata Damya dengan nada takut.
Lufya tayang senyumannya.
“Tahu takut. Kalau kau takut, baik kau ubah mulut kau tu. Terlajak perahu boleh diundur, tapi kalau terlajak kata, boleh binasa tau.” Lufya mengulang kembali peribahasa yang pernah dinyatakan pada Damya itu.
Damya tersengih sambil mengangguk. “InsyaAllah!”
“Bagus! Tu yang aku nak dengar,” kata Lufya sambil tersenyum.
Lufya kembali meneruskan kerjanya yang tertangguh itu sambil diperhatikan oleh Damya.
Damya akui kecekapan Lufya dalam beberapa perkara. Antaranya masak.
“Untungnya lelaki yang dapat kau. Dah lah kaya, pandai masak. Baik hati pula tu,” komen Damya jujur.
“Tu kutuk ke puji?” Lufya menduga Damya.
“Mestilah puji. Nak kutuk buat apa. Dapat dosa je,” kata Damya menjawab.
Lufya tersengih. Dia tahu yang Damya jujur dalam memujinya. Bukan sekali dua Damya memuji dia. sudah berkali-kali, tapi dia yang tidak mahu mengambil kisah. Takut berubah menjadi bangga diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience