Get the app for full experience
TERKILAN! Ziqri benar-benar rasa terkilan, bila Marsha langsung tidak memberinya peluang untuk mendekati Lufya. Dia dapat mengesan kekecewaan pada wajah Lufya, ketika Marsha memeluk dan menciumnya tanpa perasaan malu. Dalam diam, dia mengutuk Marsha, yang bagaikan sengaja mahu menyakiti Lufya.
Melihat Lufya bangun untuk pergi, dia dapat meneka destinasi Lufya.
“I nak pergi washroom,” kata Ziqri perlahan.
Marsha mengangguk dan melepaskan pautannya pada lengan Ziqri.
Tanpa berfikir panjang, Ziqri berdiri dan terus melangkah menuju ke pintu keluar. Setiba di luar, langkahnya di atur pantas untuk mengejar langkah Lufya yang semakin menjauh. Dia mempercepatkan langkahnya dan lengan Lufya di tarik lembut membuatkan Lufya berhenti dan memandang padanya.
Lufya terbungkam melihat kehadirannya.
“Abang,” tutur Lufya perlahan.
Ziqri melorek senyumannya nipis.
“Luf, nak ke mana?” tanya Ziqri lembut.
“Nak pergi washroom,” jawab Lufya, sambil memulakan kembali langkahnya.
Ziqri ikut serta. Wajah Lufya yang suram dikerling sekilas.
“Abang minta maaf,” pinta Ziqri.
Lufya tergelak kecil. Menyembunyikan rasa kecewa dihatinya.
“Kenapa nak minta maaf. Abang tak buat salahpun,” balas Lufya. ‘Ya, abang tak salah,’ bisiknya meyakinkan hatinya sendiri.
“Apa yang berlaku hari ni, tak sepatutnya berlaku,” kata Ziqri lagi.
Lufya mengerling Ziqri sekilas.
“Kenapa tak patut? Dia isteri abang juga,” balas Lufya.
Ziqri berdecit. “Mar dah lama tak tunjuk perangai macam tu. Abang tahu, dia sengaja nak buat, Luf, sakit hati,”
“Luf, tak sakit hati,” dalih Lufya.
“Tapi hati abang sakit,” luah Ziqri.
Langkah mereka berdua berakhir di hadapan tandas. Lufya memandang Ziqri seketika.
“Luf, nak masuk ni. Abang pergilah balik. Karang, Mar fikir bukan-bukan pula,” kata Lufya.
Ziqri mengeluh. Kedua tangannya naik memegang bahu Lufya.
“Abang minta maaf, sayang. Abang sayangkan, Luf.” Lembut suara Ziqri membuatkan Lufya kaku di situ.
Dia tidak tahu apa yang perlu dia katakana lagi. Kemesraan Marsha dan Ziqri itu bermain di matanya. Kedua tangan Ziqri itu di tepis lembut.
“Abang pergilah dengan Mar,” suruh Lufya, sambil menatap wajah lelaki itu. “Kalau Mar tahu abang kat sini dengan Luf, mesti dia kecil hati,” ujarnya lagi.
Ziqri mengeluh. Tanpa berkata apa-apa, tubuh Lufya itu ditarik ke dalam pelukannya, dan bibirnya mendarat di dahi Lufya. Lembut. Hal itu menyebabkan Lufya di selubungi rasa sebak.
“Malam ni, abang jenguk Luf,” bisik Ziqri lembut, sambil melepaskan tubuh Lufya dan merenung tepat ke wajah Lufya.
Lufya hanya mengangguk perlahan.
Ziqri dengan berat hati meninggalkan Lufya di situ sendirian. Hatinya tidak rela.
“SANGGUP kau biarkan dia sendiri?” satu suara menegur Ziqri.
Berderau hati Ziqri melihat gerangan yang menegurnya itu. Dia berhenti melangkah dan mereka berdiri sambil merenung antara satu sama lain. Pandangan Hakim jelas menunjukkan kebencian yang menyelubungi hatinya ketika itu.
“Tak perlu nak sibuk urusan aku,” kata Ziqri dingin.
Hakim tertawa sinis. Wajah Ziqri dipandang tajam dan sinis. ‘Alang-alang dah ada peluang nak menyerang,’ katanya di dalam hati.
“Selagi kau sakiti dia, dia akan sentiasa jadi urusan aku,” kata Hakim selamba.
Ziqri merengus kasar. “Kau siapa?”
“Bakal lelaki yang akan menjaga hati dan perasaan seorang perempuan bernama Lufya Adelia… lebih baik dari kau,”
“Jangan nak beranganlah!”
Hakim ketawa lagi.
“Aku berangan?” Hakim sengaja menyangkan mimik muka kelucuan, menimbulkan rasa menyampah dihati Ziqri. “Aku tak berangan, Encik Ziqri. Tapi aku akan pastikan, Lufya jadi hak aku.”
“Jangan ganggu dia!” kata Ziqri dengan nada yang ditekan.
“Kalau aku nak juga?” Hakim sengaja membakar hati Ziqri dengan kata-katanya.
“Aku bunuh kau!” kata Ziqri memberi amaranya.
“Hahaha…” Hakim ketawa terbahak-bahak mendengar amaran itu. Riak wajahnya jelas sedang mempersendakan amaran itu. Hakim mengeleng sinis. “Kau ingat aku takut?” cabarnya lagi.
Ziqri menggenggam penumbuknya erat. Pandangannya tajam menikam wajah Hakim. Kolar baju Hakim direntap kasar membuatkan Hakim tergamam sejenak, namun laju dia mengawal riak wajahnya untuk tenang.
“Jangan pernah berangan nak ganggu hidup Lufya Adelia. Anything happen to her, I’ll never let you go!”
“Hei! Patutnya, aku yang cakap benda ni kat kau. Kau yang sakitkan hati dia. Isteri konon? Sayang konon? Kat dalam tu siapa?” soal Hakim, bengang.
“Siapa dia, itu bukan urusan kau!” jerkah Ziqri, sebal.
“Kebahagiaan Lufya, urusan aku,” kata Hakim. Dia tidak akan mengalah dengan mudah.
“Jangan pernah cuba!” Serentak itu, Ziqri melepaskan kolar baju Hakim dengan kasar. Dia tidak akan mengizinkan mana-mana lelaki menggangu Lufya. Itu adalah janjinya.
Ziqri meninggalkan Hakim di situ dengan perasaan bengang dan sebal. Dia mula rasa tercabar dengan keberanian Hakim untuk memunculkan diri di hadapannya. Memikirkan tentang perkara itu, api cemburunya meluap-luap.