BAB 43

Romance Series 92840

MEREKA bertiga melangkah keluar dari balai ketibaan dengan senyuman keletihan. Masing-masing tidak sabar untuk pulang ke rumah.
Lufya memandang di sekeliling cuba untuk mencari kelibat Ziqri. Janji Ziqri untuk menjemputnya malam itu. Tapi kelibatnya langsung tidak kelihatan.
“Luf, kau betul tak nak ikut kitaorang? Driver Marina dah sampai tu,” kata Damya bertanya sebaik mereka berhenti di luar pintu masuk KLIA itu.
“Tak kot. Aku dah janji nak tunggu Ziqri,” jawab Lufya dengan senyumannya.
Marina dan Damya berpandangan kemudian memandang sekeliling. Tiada kelibat Ziqri kelihatan.
“Tapi Luf, aku tak nampakpun laki kau,” kata Damya hairan.
Lufya melihat telefonnya kalau ada mesej yang dihantar oleh Ziqri. Tiada.
“Mungkin lambat sikit kot,” kata Lufya lagi.
“Kalau macam tu, kami gerak dululah. Apa-apa bagitahu,” pesan Damya sebelum menyusul Marina untuk masuk ke dalam kereta.
Lufya mengangguk sambil memandang mereka berdua masuk kedalam perut kereta itu. Sebaik mereka berdua menutup pintu kereta, kereta itu meluncur meninggalkan Lufya yang keseorangan tanpa peneman di situ
Lufya masuk kembali ke dalam untuk mencari tempat duduk sementara menanti kedatangan Ziqri. Sebaik menemui kerusi, Lufya membuka laman Instagramnya untuk melihat status terbaru rakan-rakannya.
Gambar Marsha dengan Ziqri adalah gambar pertama yang menjengah penglihatannya. Laju matanya melihat waktu status itu dimuatnaik.
Two minutes ago…
‘Bermakna…’ Tanpa berfikir panjang, Lufya bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke pintu keluar.
‘Kenapa nak janji kalau tak dapat nak tunaikan… atau mungkin dia lupa? Keep positive! Lagipun, dia cuma persinggahan,’

“KENAPA naik teksi?”
Itulah soalan yang dilontarkan oleh Damya sebaik Lufya tiba di rumah. Lufya hanya menayangkan sengihan bila mendengar soalan itu. Dia tidak mungkin akan menceritakan perkara sebenar pada Damya. Dia tidak mahu Damya tersalah anggap pada Ziqri mahupun Marsha.
“Ziqri ada urusan,” dalih Lufya ringkas. Dia melintasi Damya untuk naik ke bilik.
Damya mencebik bibir. Pandangannya mengekorin langkah Lufya. “Ada urusan ke…”
“Yelah. Kami dah jumpapun tadi,” balas Lufya lagi.
Dia terus masuk ke biliknya tanpa mempedulikan Damya. Dia mahu berehat dari semua perkara yang sedang mengulit perasaannya kini. Dari janji Ziqri untuk mennjemputnya dan juga gambar Ziqri dan Marsha yang berulang kali memenuhi mindanya.
Ada satu perasaan yang terbit dihatinya ketika melihat gambar itu. dia sendiri tidak tahu, apakah perasaan itu. Yang pasti, dia tidak mahu perasaan itu mengganggu kosentrasinya dalam menjalani kehidupan hariannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience