BAB 70

Romance Series 93123

HAMPIR dua minggu bersendirian di apartment itu, membuatkan Lufya merasa kosong dan sepi. Jiwanya, dihantui dengan perasaan rindu yang mendalam pada Ziqri. Untuk menghubungi Ziqri,tidak mungkin sama sekali. Keadaan itu, membawa Lufya kepada Damya. Nasib baiklah, Damya sudah balik dari bercuti.
Ternyata kehadirannya di rumah itu mengejutkan Damya. Dahinya berkerut seribu sebaik terpandang wajah Lufya dihadapan rumah.
“Aik! Tak cukup jumpa kat pejabat, di sini nak jumpa juga,” usik Damya sambil membuka pintu rumah itu bagi memberi laluan pada Lufya untuk masuk.
Lufya menghadiahkan jelingan pada Damya. Dia membawa langkahnya menuju ke ruang tamu dengan diekori oleh Damya.
“Kenapa pula nak rindu kat kau,” balas Lufya selamba. Dia menghenyakkan punggungnya ke sofa keramat mereka berdua.
Damya ceber bibir dan turut duduk sama.
“Manalah tahu. Kitakan partner in crime,”
Lufya tertawa mendengar kata-kata Damya itu.
“Partner in crime ye? Mana kau cekau ayat tu?”
Damya ketawa tayang gigi. Pandangannya menyoroti wajah Lufya yang kelihatan pucat. Hati tertanya. Apa yang membuatkan Lufya sammpai ke situ ketika waktu sudah terlalu lewat.
“Luf, kau ada masalah dengan Ziq, ke?” tanya Damya. Penuh keprihatin sebagai sahabatnya.
Lufya melorek senyuman kemudian menggelengkan kepalanya.
“Tiada. Kami okay je,” jawab Lufya.
“Ziqri, balik rumah Mar erkh?”
Lufya menganggukkan kepalanya tanda mengiakannya. Dia menyandarkan tubuhnya sambil mengurut tengkuknya. Matanya di pejamkan seketika.
“Kau tak sihat ke? Dah berapa hari ni, aku tengok pucat je memanjang,” tegur Damya. Hairan.
“Aku sihat. Cuma penat sangat kot. Yelah, kita kan tengah sibuk pasal pelancaran produk baru,” jawab Lufya. Dengan nada yang malas.
Sejujurnya tidak. Dia tidak sesihat yang dia katakan. Kebelakangan ini, dia kerap merasa pening dan tubuhnya seakan lemah. Mungkin kerana kekurangan rehat. Dia sendiri tidak tahu.
“Betul ke ni?” Damya ragu-ragu dengan jawapan itu. apatah lagi melihat tingkah laku Lufya.
Lufya membuka matanya dan memandang Damya lagi.
“Aku sihat. Tak payahlah nak risau pasal aku,” jawab Lufya, cuba meyakinkan Damya.
Dia tahu, Damya sentiasa risaukan dirinya.
Damya berdecit. Pandangannya tajam menikam wajah Lufya. “Kau tak sihat, Luf. Aku tahu!” tegas Damya.
“Suka hati kaulah, nak kata apa,” kata Lufya. Dia menegakkan tubuhnya dan bangun dari duduknya. Pandangan mereka bertemu seketika. “Aku tidur sini, malam ni,” sambung Lufya, lalu mencapai beg tangannya untuk naik ke atas.
“Aduhailah kau ni. Kenapa na minta izin kat aku. Rumah ni, rumah kau kot,” balas Damya.
Lufya tayang sengihan. “Lupa,” katanya lemah.
“Muda-muda lagi dah lupa. Kalau dah tua, tak tahulah macam mana pula,” kata Damya separuh mengejek.
Lufya tidak mempedulikan kata-kata Damya itu, sebaliknya dia meninggalkan Damya sendirian di situ. Dia hanya mahu berehat seketika, untuk menghilangkan rasa tidak sedap badannya.
Sampai sahaja di biliknya, dia terus menghempas malas tubuhnya ke tilam. Matanya cuba dipejam seeratnya. Dia mahu segera melelapkan matanya, tapi rasa kantuknya seakan hilang dibawa angin malam.
Wajah Ziqri, bagaikan menari-nari di matanya. Perasaan rindu didakap oleh lelaki itu, bagaikan menjadi kudis padanya. Dia merenung siling.
“Rindunya!” bentaknya sendiri.
Beg tangannya di capai kasar dan telefon kesayangannya di cari. Sebaik bertemu dengan telefonnya, nombor Ziqr di dail. Keinginan untuk mendengar suara lelaki itu, membuak-buak di hati. Tapi…
“Argh! Karang… Mar, pula mengamuk kat aku,” kata Lufya sendirian.. akhirnya telefon itu dicampakkan ke atas tilam. Dia berdecit.
“But, I miss him so much!”
Rasa tidak mampu lagi untuk menanggung perasaan yang terbuku itu, Lufya akhirnya memilih untuk meninggalkan mesej buat Ziqri.
“I miss you”
Dia sendiri tidak pasti, sama ada Ziqri membaca mesej itu. Atau di biarkan saja olehnya.
Lufya mengetap bibirnya. Cuba untuk bersabar dan akhirnya dia terlelap dengan penuh harapan. Harapan, agar Ziqri membaca mesej itu dan membalas mesej itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience