SEPANJANG perjalanan balik, Ziqri membisu. Kata-kata Puan Kirana dan Tuan Hafiz, ketika berada di bilik bacaan bersamanya, membuatkan dia berfikir.
“Apa dah jadi dengan hubungan Ziq pada Marsha?” tanya Puan Kirana prihatin.
Ziqri mengeluh perlahan. “Entahlah…umi, abah,”
“Apa maksud Ziq dengan ‘entah’?” Tuan Hafiz memandang tepat wajah Ziqri.
“Nothing,” balas Ziqri. Dia tidak mahu mengaibkan Marsha.
“Ziq… kalau satu hari nanti, Ziq perlu memilih antara Lufya dengan Marsha, abah dengan umi harap sangat yang, Ziq akan pilih Luf,”
Ziqri mengeluh perlahan. Kata-kata yang penuh dengan harapan. Jelas sekali, mereka berdua menyimpan harapan tinggi pada hubungannya pada Lufya, berbanding dengan Marsha. Apa lagi yang dia harapkan dari kedua orang tuanya. Bukankah, itu juga sudah menjadi harapan hatinya.
“Abang, fikir apa?” suara Lufya membawa Ziqri keluar dari memorinya beberapa jam lepas.
Ziqri mengelengkan kepalanya. “Nothing.” Dia tidak berniat untuk berkongsi cerita itu pada Lufya. Dia tahu, Lufya akan membantah bila dia mendengar tentang cerita itu.
Jalan yang dilalui oleh mereka itu, membuatkan Lufya kehairanan. Ke mana saja, lelaki itu mahu membawanya selewat itu. Dahinya berkerut seribu dan dia mengerling Ziqri sekilas.
“Abang nak ke mana?” tanya Lufya hairan. Itu bukan jalan ke rumah dia, mahupun rumah Ziqri.
“Rumah kita,” jawab Ziqri ringkas.
Berfikir Lufya. Bukankah rumah itu masih dalam proses pembaikan. Kenapa perlu ke rumah itu, kalau belum siap sepenuhnya.
Bagaikan tahu, apa yang bermain di fikiran Lufya. “Rumah tu dah siap semalam. Kontraktor dah telefon pagi tadi,” ujarnya perlahan.
Lufya mengerling lelaki itu, kemudian mengangguk dengan kerutan di dahinya.
“Nak stay malam ni ke?” tanya Lufya.
Mendengar pertanyaan itu, Ziqri menjongket keningnya. “Kenapa? Luf, tak nak?”
“Bukan macam tu, tapi Luf, tak ada pakaian. Takkan nak pakai baju ni sampai esok. Tak naklah…” kata Lufya dengan nada meleret.
Ziqri tersenyum. Itu ke yang dirisaukan oleh Lufya. Dia mengelengkan kepalanya, seraya berkata, “Everything’s okay Mrs. Ziqri,”
“What do you mean?” tanya Lufya hairan.
Ziqri memandang Lufya sekilas. “Abang dah sediakan semuanya untuk Lufya. Termasuk pakaian dan makanan,”
Lufya ternganga seketika. Pantas saja kepalanya berpusing enam puluh darjah memandang Ziqri. Biar betul? Bermakna, lelaki itu sudah lama merancang untuk perkara itu.
“Kenapa pandang abang macam tu? Tak percaya?”
“Luf tak cakap lagi dengan Damya,” kata Lufya risau.
“Jangan risau, abang dah uruskan,”
Sekali lagi Lufya memandng Ziqri dengan kerutan di dahinya. “Maksud abang?”
Ziqri ketawa dan wajahnya berubah nakal. “Untuk dapatkan sesuatu, kita kena usaha. Untuk tunaikan sesuatu, kita kena cari jalan…. Tak gitu Mrs. Ziqri?”
“Jangan cakap, yang abang jumpa Damya.” Lufya memandang Ziqri dari tepi dengan wajah penuh tanda tanya.
“Abang tak jumpa dia, tapi abang call minta izin,” balas Ziqri selamba.
“Hah?” Wajah Lufya berubah keliru. “Minta izin dari siapa, dan untuk siapa?” tanya Lufya lagi.
“Untuk Luf,” kata Ziqri selamba.
Lufya menghela nafas lemah. Apalah anggapan Damya padanya. Baru saja dia mengatakan pada Damya, yang hubungan dia dengan Ziqri hanya sekejap, tapi sekarang…
“Abang ni…,” Lufya juih bibir.
“Kenapa?” Ziqri menjongket bibirnya.
“Takde apalah,” jawab Lufya.
Dia memilih untuk membisu seketika. Apa lagi yang mahu dia katakana. Lelaki itu sudah membuat keputusan bagi pihaknya. Rasa tidak puas hatinya, disimpan rapi di dalam hati. Dia tidak mahu merosakkan mood lelaki itu. Dia juga tidak mahu lelaki itu, merasa dirinya tidak dipedulikan.
“SO, this is our home….”
Ziqri mendepakan tangannya sambil memandang Lufya. Kelihatan senyuman gembira di wajahnya sebaik mereka masuk ke dalam apartment mewah itu. Sesuai sekali dengan diri Ziqri yang berkerjaya sebagai Pengarah Urusan.
Lufya melangkah sambil melihat segenap isi rumah itu dengan pandangan kagum. Dalam diam, dia akui yang citarasa dia dan Ziqri hampir sama.
“Suka tak?” tanya Ziqri selamba merangkul pinggang Lufya dari belakang membuatkan Lufya tersentak. Terasa dagu suaminya dibahu.
“Suka… cantik,” jawab Lufya.
Ziqri tersenyum. Selamba telinga Lufya dikucupnya. “Tak payah lagi nak bermalam kat hotel,”
Lufya tergelak mendengarnya. Dia menyandarkan tubuhnya pada Ziqri. Hatinya senang dengan pelukan itu.
“Abang je yang beria nak bermalam kat hotel, selama ni. Luf, okay je kat rumah,” balas Lufya.
“Nak buat macam mana, sayang. Abang tak nak Damya jelous tengok ‘drama’ romantik kita. Malu,”
Lufya menceber bibir. “Alasan!”
“Betullah sayang…,” kata Ziqri. Dia mencubit pipi Lufya, membuatkan Lufya menjerit kecil sambil menampar tangan Ziqri.
“Sakitlah!”
Ziqri ketawa mengekek. “Sakit erkh? Meh abang cium sikit,” kata Ziqri nakal, lalu mencium pipi Lufya bertalu-talu membuatkan Lufya ketawa kegelian.
“Abang…” meleret nada Lufya sambil cuba melepaskan dirinya, dari pelukan lelaki itu.
Namun Ziqri sengaja mengeratkan lagi pelukannya.
“Abang…” rengek Lufya.
Ziqri tersengih dan melepaskan pelukannya. “Mari, abang tunjukkan bilik kita,” kata Ziqri dengan nada lembut. Jejari Lufya, dicapai dan ditarik meninggalkan ruangan tengah itu menuju ke sebuah bilik.
Lufya hanya mengekori langkah suaminya itu dengan perasaan yang ingin tahu. Sekali lagi, Lufya kagum dengan persiapan yang telah dilakukan oleh lelaki itu, sebelum mengambil keputusan untuk membawanya ke rumah itu. Semuanya tersusun rapi dan bersih. Ianya mencerminkan diri Ziqri yang sebenar.
Bilik yang bertemakan warna purple lembut, perabot yang berwarna krim, dan sebuah potret ketika mereka bernikah juga tergantung indah di dinding bilik, membuatkan Lufya terharu. Bukankah, itu salah satu tanda yang lelaki itu betul-betul mengimpikan kebahagiaan dalam hubungan mereka?
“Cantiknya…”
Ziqri tersenyum mendengar pujian itu.
“Untuk Luf, abang sanggup buat apa saja.” Tanpa sedar, Ziqri mengukir janji.
Air muka Lufya berubah. Kata-kata Ziqri itu menunjukkan yang dia terlupa pada Marsha. Pemilik sebenar dirinya.
“Mar pergi bercuti, berapa lama?” Lufya bertanya. Sengaja mengubah topik perbualan mereka.
Ziqri diam mendengar nama Marsha. Dia mengeluh dan membawa langkahnya ke katil. Satu pandangan redup dihadiahkan pada Lufya dan dia menggamit Lufya yang masih berdiri di tengah bilik itu untuk duduk di sebelahnya.
Lufya akur.
Ziqri duduk mengiring, menghadap Lufya dan jejari Lufya dicapainya.
“Abang minta tolong sangat… tolong jangan sebut nama Mar, bila kita berdua…,” kata Ziqri penuh harapan. Anak matanya mencari anak mata Lufya. Dia sangat berharap, kalau Lufya mahu memahami permintaannya yang satu itu.
“Mar, isteri abang,” kata Lufya mengingatkan Ziqri hakikat itu.
“Luf juga isteri abang,” bidas Ziqri.
“Isteri sementara. Luf taka de hak untuk semua ni. Kehadiran Luf hanya unt…”
“Sementara ataupun tidak, Luf tetap isteri abangkan?” soal Ziqri, memintas kata-kata Lufya.
Lufya terdiam dan menunduk.
Ziqri mengeluh kasar. Dagu Lufya dipaut, agar Lufya mendongak untuk memandangnya. Dia mahu Lufya tahu apa yang dia mahukan dan apa yang dia harapkan dalam hubungan mereka. Dia tidak mahu lagi menyimpan harapan dalam hubungannya bersama Marsha. Apatah lagi, setelah adanya Lufya di anatara mereka.
Bukankah itu kejam buat Marsha? Tapi Marshalah yang memulakan semuanya. Marsha tidak boleh menyalahkan mereka, sekiranya wujud perasaan itu.
“Bahagiakan abang, sepertimana Luf bahagiakan yang lain. Jaga hati abang, sebagaimana Luf menjaga hati yang lain,”
Ziqri meninggalkan Lufya sebaik habis berkata-kata.
Share this novel