BAB 6

Romance Series 92840

SEMUA yang berada di meja makan itu, membisu seribu bahasa, sebaik Ziqri muncul tanpa Marsha. Mereka sedia maklum yang Marsha sudahpun balik tanpa menunggu makan malam itu.
“Duduklah Ziqri. Usah dikenang orang yang tak sudi beramah mesra dengan keluarga kita,” Zakri abangnya yang sulung mempelawa sambil menunjukkan kerusi disebelahnya.
Ziqri akur lalu mengambil tempat di sebelah Zakri. Ziana yang duduk di hadapannya menghadiahkan pandangan simpati. Puan Kirana pula cuba untuk memaniskan senyumannya. Dia tahu apa yang dirasakan oleh Ziqri ketika itu. dia tidak mahu menambahkan lagi kesedihan pada wajah itu.
Ziqri memandang mereka dengan senyuman kelat. Dia malu dengan apa yang berlaku. Mahu sahaja dia menyorokkan wajahnya di bawah meja. Apatah lagi mengingatkan kesungguhannya satu ketika dahulu untuk mempertahankan Marsha. Ternyata apa yang ditunjukkan oleh Marsha sebelum mereka berkahwin itu hanyalah kepuraan semata-mata. Penyesalan yang tidak mungkin akan hilang begitu sahaja. Untuk menceraikan Marsha juga tidak mungkin untuk dia lakukan. Ini kerana, seteruk apapun sikap Marsha, dia masih cintakan isterinya itu.
Sehabis makan, Ziqri meninggalkan ruang makan itu, menuju ke belakang rumah. Gazebo yang di kelilingi bunga ros merah dan kuning itu di tujunya. Perasaannya yang bergelodak sebentar tadi mula kembali tenang. Telefonnya di keluarkan dari poket seluarnya lalu melabuhkan duduknya di kerusi.
Menu instagramnya dibuka. Dia tahu, Marsha tidak akan balik ke rumah. Tiga tahun serumah dengan Marsha, cukup untuk dia hafal tindak tanduk Marsha. Dengan jam yang baru menginjak ke angka Sembilan, pastinya Marsha akan ke rumah Marina. Kalau rumah Marina tiada, itu bermakna Marsha bersama Raisha ada di mana-mana pusat hiburan terkemuka di Kuala Lumpur itu.
Tepat sangkaannya, bila gambar Marsha dan Raisha sedang meneguk minuman keras terpampang memenuhi skrin telefonnya. Ziqri menggigit bibirnya kuat. Sikap Marsha yang tanpa segan silu memuat naik gambar sebegitu, menimbulkan rasa malu yang mengggunung di hatinya. Bukan dia tidak tahu yang isterinya itu menjadi bahan bualan dikalangan kawan-kawan sekerjanya. Lebih memalukan, dia adalah pengarah kepada salah satu syarikat penerbangan di Malaysia. Akan ada yang membicarakan tentang kemampuannya mengemudi sebuah syarikat besar dan seorang isteri. Bukankah itu memalukan?
“Jauh termenung,” Suara Tuan Hafiz itu mengejutkan Ziqri. Telefon di tangannya itu dibawa kebelakangnya.
Tuan Hafiz tergelak kecil melihat kekalutan Ziqri menyembunyikan telefonnya itu. Bukan dia tidak sempat melihat apa yang direnung oleh Ziqri. Dia sendiripun mengucap di dalam hati bila melihat gambar itu. dia mengambil tempat di hadapan Ziqri.
“Ziqri, abah minta maaf,” kata Tuan Hafiz lembut.
Berkerut dahi Ziqri mendengar permintaan maaf itu. Wajah Tuan Hafiz itu dipandang seketika kemudian dia tersenyum hambar.
“Ziq yang sepatutnya minta maaf. Ziq dah banyak abaikan umi dengan abah,” luah Ziqri kesal.
“Ziq bukannya abaikan abah dengan umi. Ziq cuma terlebih menunaikan tanggungjawab pada Mar,” kata Tuan Hafiz untuk menyenangkan hati Ziqri.
“Ziq minta maaf juga pasal, Mar. Ziq tak sangka yang dia berani tinggikan suara pada abah,” kata Ziqri kesal.
Tuan Hafiz tersenyum mendengar ayat yang meluncur keluar dari bibir Ziqri. Mereka berbalas pandangan kemudian Ziqri tersengih.
“Ziq tahu kenapa abah beria bantah keputusan Ziq dulu?” tanya Tuan Hafiz sambil memandang tepat ke wajah Ziqri.
Ziqri menunduk menerima pandangan dan pertanyaan itu. Ya! Dia mula faham makna disebalik bantahan mereka. Untuk menjawab, dia malu. Sudah terlalu banyak yang berlaku sejak dia dan Marsha berkahwin. Dia sedar semua itu.
“Abah nak anak-anak lelaki abah dihormati oleh pasangan masing-masing. Sebab itu abah serapkan segala ilmu dan petua untuk jadi ketua keluarga yang baik. Abah ajar kamu semua, cara untuk membina keluarga yang sempurna. Mungkin kesempurnaan itu tidaklah sepenuhnya, tapi saling melengkapi antara satu sama lain itu penting.” Tuan Hafiz berhenti berkata sejenak. Pandangannya utuh pada wajah Ziqri yang kelihatan suram itu. dia tidak mahu menekan anaknya itu. dia cuma mahu anaknya itu memikirkan nasihatnya.
“Abah tak kata abah benci Mar. Tapi, abah tak suka bila Ziqri makin terpengaruh dengan sikap dia. Seolah-olah, Mar yang jadi ketua keluarga. Apa yang berlaku tu tak betul Ziq,” sambung Tuan Hafiz lagi.
Ziqri diam. Kata-kata Tuan Hafiz itu meresap jauh ke dalam hati Ziqri.
“Apa lagi yang kurang abah? Ziq dah penuhi semua kehendak dia. Mewahpun dah cukup mewah. Keluarga dia, Ziq jaga sehabis baik, tapi…” Luah Ziqri tanpa menghabiskan ayatnya. Dia yakin Tuan Hafiz faham maksud ayatnya yang tidak habis itu.
“Keperluan Ziq?” Tebak Tuan Hafiz.
“Ziqri ternganga dan wajahnya berubah menjadi merah padam.
Meletus ketawa Tuan Hafiz melihat wajah Ziqri yang sudah membahang itu. “Ziq tak payah nak buat muka macam tu lah,”
Ziqri tersengih malu. Apa yang dikatakan oleh Tan Sri Mukhriz itu, terlalu sensitif dan peribadi baginya. “Abah ni, malu Ziq,”
“Nak malu apenye? Kita sama-sama lelaki Ziq,” kata Tuan Hafiz lagi.
Ziqri ketap bibir. “Takkanlah nak cerita hal peribadi macam tu?”
“Dah berapa lama Ziq tak sentuh, Mar?” soal Tuan Hafiz.
Sekali lagi Ziqri melopong mendengar soalan tidak bertapis itu. “Abah ni...”
Tuan Hafiz tergelak kuat melihat wajah Ziqri yang menahan malu. Silapnya juga kerana bertanya tanpa tapisan.
“Nak umi yang tanya ke?” usik Tuan Hafiz.
“Eii… tak nak lah. Malulah nak cakap benda macam tu dengan umi. Karang bukan umi tolong, tapi dia gelakkan Ziqri,” balas Ziqri sambil menjuihkan bibirnya.
“Baik Ziq jawab soalan abah tu,” kata Tuan Hafiz lagi.
Ziqri berdecit perlahan. “Perlu ke?”
“Perlulah. Abahpun nak tahu juga dah berapa lama ‘bil air’ Ziq tertunggak,” Tuan Hafiz ketawa besar saat melafazkan ayatnya itu. Dia sendiri tidak menyangka yang dia boleh bertanya tentang perkara itu pada anaknya.
“Abah.” Ziqri menjuihkan bibirnya. Malu mendengar soalan itu.
“Tak nak jawab ke? Abah nak bagi tips pikat isteri kat tempat tidur ni,” kata Tuan Hafiz mengumpan Ziqri.
Ziqri diam. Dia tertarik bila mendengar perkataan tips itu.
“Setahun,” jawab Ziqri akhirnya membuka satu-satunya rahsia yang lama dipendam sendiri.
Tuan Hafiz terdiam seketika. Wajah Ziqri yang suram itu dipandang penuh simpati. Untuk apa pernikahan kalau tanggungjawab itupun, tidak terlaksana.
“Abah yang jadi tak tahu nak kata apa,” luah Tuan Hafiz. Dia benar-benar kehilangan kata-kata untuk perkara itu. Selama ini, dia banyak mendengar kisah seorang isteri yang tidak menunaikan nafkah batin suaminya, tapi kini perkara itu terjadi pada anaknya sendiri.
“Mar yang tak nak abah. Dia takut mengandung,” luah Ziqri sambil membuang pandangan ke arah kolam renang.
“Ziq biarkan macam tu aje?” soal Tuan Hafiz hairan.
Ziqri mengangguk sambil memandang wajah Tuan Hafiz. “Apa lagi yang Ziq boleh buat. Takkan nak paksa,”
Tuan Hafiz mengeluh kasar. “Ziq tahu kenapa abah cakap pasal bahtera?”
“Tahu abah. Ziq faham maksud abah tu, cuma Ziq yang dah tak tahu nak buat apa. Ziq buntu,” jawab Ziqri sambil menunduk.
“Dalam hubungan suami isteri, Ziq adalah kapten kapalnya. Isteri adalah penolong. Macam Ziq kat pejabat juga. Ziq, CEO dan pembantu peribadi adalah isteri. Sebab isteri akan tolong sediakan semua keperluan, Ziq.” Tuan Hafiz terus memandang wajah Ziqri.
“Ziq faham abah. Terima kasih sebab sudi ambil berat pasal Ziq,” ucap Ziqri sambil menghadiahkan senyumannya.
“Sama-sama kasih. Itu je mampu abah tolong. Lebih dari tu memang tak dapat,” jawab Tuan Hafiz lagi.
“Itupun dah cukup tenangkan Ziq, abah,” kata Ziqri lagi sambil memandang wajah Tuan Hafiz.
“Ziq balik tak malam ni? Kalau nak balik, pinjam je Honda abah tu. Abah tak pakaipun,” kata Tuan Hafiz sambil bangun dari kerusi itu.
“Balik abah. Kesian pula, Mar,” kata Ziqri menjawab.
“Eloklah tu. Macam manapun dia biadab, tapi dia masih isteri Ziq. Cubalah bawa berbincang dengan Mar tu. Sampai bila kamu nak duduk berdua.” Sempat Tuan Hafiz memberikan nasihatnya kepada Ziqri.
“Ye abah,” kata Ziqri.
“Abah nak masuk ni. Ziq tak nak masuk lagi ke?” tanya Tuan Hafiz sambil melangkah mahu meninggalkan gazebo itu.
“Nak masuk dah ni,” jawab Ziqri sambil bangun.
Langkah Tuan Hafiz itu diekorinya sehinggalah ke dalam rumah.
Masuk sahaja ke dalam rumah, Tuan Hafiz menuju ke rak penyimpanan kunci yang terletak di tepi pintu. Kunci kereta Honda Accord itu dicapai lalu di suakan kepada Ziqri.
Ziqri menyambut kunci itu. “Terima kasih, abah,” ucap Ziqri.
“Bila dah habis pakai, jangan lupa kembalikan pada abah. Abah sayang kereta ni,” pesan Tuan Hafiz sebelum menghilang ke atas.
Ziqri tersengih sendiri kemudian, langkahnya diatur menuju ke ruang tamu, di mana Puan Kirana, Ziana dan Zakri sedang duduk berbual.
“Balik dah Ziq?” tanya Zakri sambil memandang Ziqri.
“Ye,” jawab Ziqri ringkas. Bibirnya menguntum senyuman.
“Umi, Ziq balik dulu. Ziq, minta maaf, kalau Ziq dah sakitkan hati umi,” Pohon Ziqri sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Ye, umi faham. Rajin-rajinlah singgah rumah ni. Umi rindu tahu,” kata Puan Kirana lembut.
“Angah sibuk dengan bini dia yang over tu. Mana ada nak ingat kita,” perli Ziana. Selamba tanpa memikirkan perasaan abangnya itu.
Ziqri berdecit perlahan. “Mana adelah,”
“Yelah tu,” bidas Ziana lagi.
“Zie…” Puakn Kirana menegur lembut.
Ziana menjuihkan bibirnya.
“Yelah…”
“Tak baik cakap macam tu. Kita doakan yang baik-baik je untuk diorang,” kata Zakri menegah sikap Ziana itu.
Ziqri tersenyum kemenangan.
“Dengar tu? Doa yang baik-baik,” kata Ziqri sambil terseyum mengejek.
“Yelah, cik abang handsome,” kata Ziana dengan nada mengusik.
Ziqri menjungkit keningnya sambil menayangkan riak bangganya.
“Tak payah nak bangga sangatlah, angah. Kau handsomepun, kalau bini mengalahkan perangai hantu, sama je. Satu je along nak pesan, kalau satu masa nanti si Mar tu datang, pastu buat perangai lagi, along takkan biar dia. Dia dah berani tinggi suara ngan abah.” Zakri memberi amarannya mengundang cebikan pada bibir Ziqri.
Mahu atau tidak dia terpaksa menerima kenyataan yang isterinya kurang disenangi oleh keluarganya sendiri.
“Yelah,” jawab Ziqri perlahan.
Setelah selesai bersalaman dengan Puan Kirana, Ziana dan Zakri, Ziqri terus pulang ke rumahnya dengan harapan, Marsha sudah balik ke rumah. Meluncur laju Honda Accord milik Tuan Hafiz, yang dipandunya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience