SAMPAI di pejabat, Lufya dan Damya terkejut dengan kehadiran tiga orang wakil Media Prima di ruangan menunggu. Mereka berpandangan dengan kerutan di dahi.
Melihat kehadiran Lufya, mereka semua sebagai tanda menyambut kehadiran Lufya di situ.
“Hai, Cik Lufya?” sapa salah seorang dari mereka. Bibir mereka masng-masing menguntum senyuman.
Lufya turut tersenyum tanda hormat sambil membalas sapaan itu. “Hai juga,”
“Saya Imran. Penerbit rancangan Kaulah Juara kat TV 3. Ini Amira, pembantu saya dan yang di sebelah Amira tu Syah,” kata Imran mula memperkenalkan diri dan rakan-rakannya.
Lufya dan Damya berpandangan lalu mengangguk.
“Jemputlah duduk,” kata Lufya lembut. Dia dan Damya turut duduk di sofa yang bertentangan dengan mereka.
“Ada apa yang saya boleh bantu?” tanya Lufya sambil menatap wajah mereka satu persatu.
“Macam ni Cik…”
“Panggil Lufya, cukup. Cik ni, formal sangat,” pintas Lufya dengan senyuman di bibirnya. Biarpun dia tidak mengetahui tujuan mereka, dia tetap tersenyum.
“Maaf Lufya. Macam ni…. Kami sebenarnya sedang mencari penaja yang layak untuk program Kaulah Juara. Sebelum ini, pihak kami pernah menghantar email pada pihak kamu, tapi… tiada jawapan yang kami terima dari pihak kamu,” kata Imran penuh berhemah.
Kedua rakannya itu turut menganggukkan kepala mengiakan apa yang dinyatakan oleh Imran.
Lufya memandang Damya sambil menjongket kening meminta pendapat.
Damya mengangguk perlahan dan mula memberi perhatian pada mereka bertiga.
“Macam ni Encik Imra…” Damya memandang Lufya kemudian kembali memandang mereka bertiga silih berganti. “Bukan Cik Lufya tak nak menaja… tapi, sekarang dia terlalu sibuk. Lagipun, dia bukan selalu kat Malaysia. Ada masa, dia akan ke luar Negara untuk menyertai program fashion show. Tak mungkin dia ada masa untuk semua tu. Sebab tu, sampai sekarang tiada jawapan,”
Imran dan Amira berpandangan seketika.
“Pasal tu, kamu tak perlu risau. Pihak kamu boleh hantar wakil untuk selesaikan apa saja kemusykilan di pihak kami,” kata lelaki yang bernama Syah.
“Betul tu Cik Lufya. Kami berharap sangat yang Cik Lufya sudi nak taja program ni,” sambung Amira.
Lufya diam sambil berfikir.
Damya menyiku Lufya sambil bertanya, “Macam mana?”
Lufya mengeluh perlahan. Dia tidak pernah terfikir untuk menaja apa-apa program yang ditayangkan di kaca tv. Minatnya seakan belum sampai ke situ.
“Macam mana ye…” Lufya berfikir lagi.
Melihat riak wajah mereka yang mengharap itu, membuatkan Lufya merasa bersalah.
“Macam ni lah Encik Imran. Sebenarnya saya sibuk sikit minggu ni. Nak buat persiapan untuk ke New York. Encik Imran tinggalkan detail program tu, dan saya akan bagi jawapan sebelum saya ke New York. Lagipun, benda ni saya kena bincang juga dengan pekerja saya,” kata Lufya sedikit memujuk.
Mereka berpandangan sesama sendiri, lalu mengangguk tanda bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Lufya itu.
“Baiklah. Kalau itu yang kamu mahu, ini maklumat penuh tentang program, dan saya harap, jawapan dari pihak kamu tidak mengecewakan pihak kami. Lagipun, dengan menaja, pihak syarikat kamu juga akan dapat kelebihannya,” kata Imran sambil menghulurkan sebuah buku berbentuk folio.
Lufya menyambut buku itu dan mengangguk. “Insya’Allah,”
“KAU tak nak cuba ke Luf?” Damya bertanya sebaik sahaja Imran dan rakan-rakannya itu meninggalkan pejabat mereka.
“Nak tak nak, terpaksalah aku bagi persetujuan. Diorang dah datang sini. Tak baik hampakan perasaan orang,” jawab Lufya sambil mendaki tangga itu.
Damya mengekorinya dari belakang. Dia juga mengangguk sebaik mendengar jawapan yang diberikan oleh Damya itu.
“Aku tak sangka pula yang diorang boleh sampai kat sini,” keluh Lufya.
Damya tergelak kecil.
“Nak cari penaja, kena rajin. Kalau duduk je, mana ada yang tiba-tiba hulur persetujuan. Dah berbulan kot diorang hantar email. Kau yang tak balas,”
“Nak buat macam mana. Kau tahu aku sibuk,”
Damya diam. Dia tahu Lufya sibuk, tapi dia juga pernah timbulkan perkara itu pada Lufya. Lufya yang tidak mempedulikannya.
“Petang ni aku nak jumpa Ziqri,” beritahu Lufya sambil menolak pintu biliknya.
“Kenapa? Nak check in hotel lagi?” Damya jongket kedua keningnya sambil tertawa nakal. Teringat peristiwa beberapa hari lalu.
Wajah Lufya membahang bila mendengar soalan tidak bertapis dari Damya itu. Dia berdecit perlahan. Dia menuju ke mejanya dengan wajah yang masih merah padam.
“Kau ni…” Wajahnya dilarikan dari terus dipandang oleh Damya.
“Dah memang betulkan? Buat apa kau nak bermalam kat hotel. Bermalam je lah kat rumah. Dah ada tempat percuma, nak juga tempat special,”
“Ziqri yang tak nak. Aku kenalah hormat permintaan dia. lagipun, kesian kat kau yang kena pakai tudung pula dalam rumah,”
Damya mencebik. “Aku tak kisahpun semua tu,”
“Aku kisah! Itu semua untuk menjaga privacy kau,” balas Lufya sambil duduk.
“Terima kasihlah Luf. Aku tak perlu privacypun. Kamu yang perlukan privacy. Aku kenalah faham apa yang husband and wife buat dalam bilik…” kata Damya dengan nada meleret.
Lufya mengetap bibirnya menahan malu mendengar kata-kata Damya itu. “Kau ni kan…”
“Apa? Tak betul apa aku cakap?” Damya mengangkat keningnya nakal. Dia sengaja mahu mengusik Lufya yang sudah membahang menahan malu.
“Diamlah!”
Damya ketawa mengekek.
“Malulah tu!”
“Dah tu… kau ingat aku ni batu ke? Patung? Tak reti malu? Kau tu budak bawah umur. Apa kau tahu…”
“Kau kata aku budak bawah umur?” soal Damya dengan sisa ketawanya.
“Err… tak lah. Nenek kebayan sesat kat KL. Sah, sahlah kau tu bawa umur. Kahwinpun belum, ada hati nak cakap pasal laki bini. Mulut jangan nak celupar sangat Damya. Kau juga yang malu, kalau orang dengar.” Lufya mula berceramah.
Damya tersengih mengalahkan kerang busuk. Sedar kesilapannya itu.
“Hmm… yelah boss,” kata Damya mengalah.
Lufya cebik bibir.
Share this novel