BAB 84

Romance Series 93123

“LUFYA mengandung,” kata Ziqri, ketika dia sedang berduaan dengan Marsha di ruang tamu.
Marsha terkedu mendengar berita itu. Tumpuannya pada laman sosial Instagramnya terganggu. Dia sudah tidak pasti, sama ada itu berita gembira ataupun bukan. Wajah Ziqri di pandang sejenak.
“Baguslah,” jawab Marsha ringkas. Buat-buat tidak kisah.
Ziqri mengeluh kasar dengan reaksi Marsha. “Dia perlukan perhatian, Mar,” ujarnya, dengan nada mengharap. Mengharap kalau Marsha memahami keadaannya sebagai suami kepada dua orang wanita.
Marsha merengus kasar.
“Perhatian apa lagi, Ziq. Selama ni… I dah mengalah banyak kali dengan kamu berdua,” kata Marsha dengan nada meninggi.
Ziqri berdecit kasar. “Mar, tolonglah faham. Dia pregnant! Patutnya, I ada dengan dia sekarang. Bukan dengan you,”
Marsha berdecit.
“Hell no! You dah lupa ke? Kalau Luf dah mengandung, itu bermakna… you kena jauhkan diri dari dia,” bantah Marsha. Tegas.
Terbeliak mata Ziqri mendengar kata-kata Marsha.“Allahuakbar! You memang tak ada perikemanusiaan ke, Mar. sampai hati you biar dia tanggung semuanya sendiri. Selepas you heret dia dalam hubungan kita?” soal Ziqri dengan riak wajah tidak percaya.
Marsha tayang muka menyampah. Bibirnya diherot sinis.
“Sejak bila you kisah tentang dia? you dah ada apa yang you nak kan? Ke… you dah jatuh cinta kat dia pula?”
Ziqri meramas rambutnya kasar. Wajah Marsha ditenung tajam. Rasa macam nak membaham mangsa. Tapi, Marsha sengaja buat bodoh. Tak kisah langsung!
“I memang kisah dengan dia. You tu je… pentingkan diri. Macam you seorang nak hidup,” sindir Ziqri. Pedas.
Marsha mendengus tawa. “Penting diri?” soalnya sambil menjongket kening sinis pada Ziqri.
Ziqri mengetap bibirnya. Sikap Marsha itu, seolah-olah dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.
“Yes, you’re!” tuduh Ziqri keras.
Marsha menutup kasar majalah di tangannya dan menegakkan tubuh menghadap Ziqri yang sedang duduk di sofa bertentangan.
“I dah tunaikan impian you, Ziq. You masih boleh kata, I ni penting diri? Huh?”
“Memang you pentingkan diri sendiri, Mar. Kalau betul, you nak tunaikan impian I… Lufya, tak akan wujud antara kita. You sedar ke tak?”
“Hei,” Marsha mencampakkan majalah yang berada di tangannya itu ke atas meja dan bangun berdiri. “You jangan nak ungkit benda-benda tu ye. I buat semua tu untuk memenuhi impian you. You sendiri yang setuju. Lufyapun sama!”
Ziqri bangun sama. Mereka berbalas pandangan tajam. Masing-masing tidak mahu mengalah.
“You lupa? Hah?” Ziqri menjongket bibirnya sinis. “You yang merayu dengan Lufya. Siap nak melutut bagai. You gunakan dia, Mar! Kelemahan dia jadi kelebihan you!”
Marsha berdecit. Dia menghempas duduk dengan kasar.
“You jangan nak tuduh I macam-macam. I tak pernah terfikir nak gunakan dia,” balas Marsha.
Ziqri ketawa sinis.
“Ye?” keningnya di jongket. Dia bercekak pinggang di hadapan Marsha. Matanya mencerlung tajam pada Marsha. “You bawa dia shopping sini sana. Biar dia bayar semuanya. Apa maknanya tu?”
“Dah dia yang baik hati,” dalih Marsha.
“Baik hati?” soal Ziqri sinis. “Memang dia baik hati. Dia sangat baik sampai you sanggup jadikan dia sebagai alat kepuasan you. Macam tu kan?”
Marsha merengus kasar. Dia membalas pandangan Ziqri dan kembali berdiri.
“You nak bela sangat dia kenapa? Dia Cuma pemuas nafsu you je kan? Tak payahlah nak lebih-lebih,”
Terbeliak mata Ziqri mendengar ayat kejam Marsha terhadap Lufya.
“Pemuas nafsu? You dah gila ke?”
“I nak dia kahwin dengan you untuk tolong I puaskan nafsu you tu. Sekaligus lahirkan anak you. Memang I gunakan dia. Sepenuhnya!” kata Marsha sinis. “ Dan… selagi I boleh gunakan dia… I akan gunakan dia untuk kepentingan I,” sambung Marsha lagi.
Ziqri tergamam. Kata-kata Marsha itu jelas pada pendengarannya. Wajah Marsha yang kelihatan sinis dipandang sedalamnya. Tajam menikam wajah Marsha. Benarlah telahan yang bermain di fikirannya selama ini.
“You memang tak berhati perut!”
Marsha ketawa. “I tak kisahpunlah!”
Ziqri mengatur langkah kasar, meninggalkan Marsha di situ sendirian. Mendengar setiap ayat yang terbit dari bibir Marsha, hatinya sakit. Siapa sebenarnya Marsha.
“Dasar perempuan gila!” gerutu Ziqri sebaik masuk ke dalam keretanya.
Destinasinya hanya satu. Nama Lufya semakin sebati dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience