BAB 40

Romance Series 93123

KETIKA dalam perjalanan untuk ke KLIA, Lufya memilih untuk membisu. Fikirannya menerawang mengingatkan peristiwa beberapa hari lepas. Ziqri tiada menghubunginya ataupun menghantar mesej padanya. Itu menandakan yang Ziqri juga tidak berminat untuk mengambil tahu tentangnya. Tiba-tiba hatinya terusik.
‘Kau cuma isteri sementara yang akan diceraikan,’ bisik hati Lufya mengingatkan dirinya sendiri.
Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh memikirkan perkara itu, sedangkan dia sudah berjanji pada dirinya untuk tidak meminta perhatian dari lelaki itu. Dan dia tahu, Marsha tidak akan biarkan perkara itu berlaku. Tambahan pula, Marsha sudah mendapatkan jadual kesuburannya semalam melalui WhatsApp.
Apa yang bermain di fikirannya ketika ini, bersediakah dia untuk apa yang telah dirancang itu? Mengandung, melahirkan anak dan akhirnya anak yang dilahirkan itu akan diserahkan pada orang lain. Kuatkah dia mealuinya?
“Kau fikir apa Luf?” Marina menepuk peha Lufya membuatkan Lufya tersentak. Dia duduk dengan diapit oleh Marina dan Damya. Dua pasang mata memandang wajahnya dengan penuh tanda tanya.
Lufya mengeleng sambil, bibirnya melorek senyuman nipis untuk mereka berdua.
“Tak fikir apa-apa,” jawab Lufya menjawab pertanyaan itu.
Marina dan Damya berpandangan. Kemudian pandangan mereka jatuh pada jejari Lufya yang saling saling bertembung menunjukkan betapa gelisahnya dia ketika itu.
“Tangan yang tak reti duduk diam tu,” tegur Marina membuatkan Lufya laju menghentikan pergerakan jejarinya sambil menayangkan sengihannya.
Marina mengeluh perlahan kemudian bertanya dengan nada lembut, “Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau nak kahwin?” Lufya jeda.
“You dah tahu?” tanya Damya hairan. Dahinya berkerut bila mendengar pertanyaan Marina itu. ‘Bukankah Luf kahwin senyap-senyap?’ soal hati Damya sendiri.
“Tahu dari Mar,” jawab Marina.
Lufya hanya diam. Dia tidak tahu apa jawapan dan penjelasan yang boleh dia berikan pada Marina. Mungkinkah dia sudah melanggar kontrak, tapi bukankah itu hanya untuk tahun pertama selepas menandatangani kontrak bersama syarikat Marina. Dia tidak pasti.
“Kau kenal Mar?” tanya Damya dengan kerutan di dahinya.
Marina mengangguk laju dan menjawab, “Lebih dari kenal,”
Damya diam. Dia tidak menyangka yang Marina dan Marsha saling mengenali. ‘Macam ada yang tak kena je,’ bisik hati Damya sambil dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Jangan-jangan…
“Kalau kau kenal, kenapa kami tak pernah terserempak dia dengan kau?” soal Damya ingin tahu. Lufya yang membisu itu dipandang sejenak.
Lufya tidak memberikan reaksinya. Mindanya masih beku untuk memikirkan perkara itu. Lagipun, dia tidak perlu tahu degan siapa Marsha berkawan. Yang dia tahu, Marsha adalah kawannya sendiri.
Melihat Lufya membisu, Marina dan Damya mengambil keputusam untuk membisu. Masing-masing sibuk memikirkan tentang apa yang sedang terjadi dan bakal terjadi.

“BOLEH tanya sesuatu?”
Suara Marina meminta izin itu membuatkan Lufya menoleh laju sambil keningnya dijongket.
“Tanya apa?” tanya Lufya hairan.
“Kenapa kau nak korbankan diri kau untuk bahagia orang lain?” tanya Marina. Pandangannya meliar melihat suasana dalam pesawat yang mula penuh dengan penumpang pelbagai bangsa.
Lufya ketawa kecil mendengar soalan itu. Damya yang sibuk dengan telefonnya itu dikerling sekilas dan kembali memandang wajah Marina yang masih menumpukan perhatian padanya.
“Hidup ini singkat Marina. Sama ada kita memilih untuk bahagia sendiri ataupun bahagia bila melihat insan yang kita sayang bahagia. Aku memilih untuk membahagiakan insan yang saya sayang kerana saya tahu saya akan bahagia,”
“Kalau sebaliknya?”
“Tidak ada istilah sebaliknya selagi kita ikhlas dalam perbuatan kita,” kata Lufya lagi.
Marina jeda. Baginya, pendirian Lufya itu agak kejam untuk dirinya sendiri. Mana perginya bahagia diri sendiri, kalau asyik mahu memikirkan tentang orang lain. Marina jadi tidak faham dengan pendirian Lufya itu.
“Maknanya, kau bahagia bila Mar buat kau macam ni?” soal Marina meminta penjelasan.
Lufya senyum sebaris.
“Mar minta tolong dan saya pilih untuk tolong dia. Ikhlas.” Kata Lufya lagi. Pandangannya dibuang ke luar tingkap.
“Kau tak rasa dia mempergunakan kau?”
Lufya ketawa kecil mendengar kata-kata Marina itu.
“Tidak sama sekali. Kalaupun dia mempergunakan aku, satu masa nanti Allah akan bagi kesedaran pada dia. Yang aku pasti, niat aku untuk bantu dia tu ikhlas,”
Sekali lagi Marina terdiam. Dia tidak pasti sama ada Lufya terlalu baik ataupun dia terlalu lurus, tapi kata-kata Lufya itu menunjukkan yang betapa matangnya dirinya.
“Sejauh mana kau anggap Mar tu kawan kau?” tanya Marina lagi.
“Kalau dia terluka, aku akan terluka. Kalau dia bahagia, aku akan lebih bahagia… biarpun, mungkin ada kesakitan di awal kebahagiaan dia. Mungkin macam tu…”
Marina ternganga sebentar. Rasa kagum merantai hatinya dengan pengakuan Lufya. Tapi apa yang dengar dari bibir Marsha berbeza.
‘Ya Allah, kau berikanlah kebahagiaan pada sahabatku Lufya,’ Marina berbisik dihatinya.
Dia harap satu masa nanti, hati Lufya akan terbuka untuk mencari kebahagiaannya sendiri. Dia tidak mahu ada orang yang terus mengambil kesempatan atas kebaikan Lufya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience