BAB 34

Romance Series 93123

“HAI, Luf,”
Terdongak Lufya saat mendengar gemersik suara Marsha menghiasi pendengarannya. Tangannya yang sibuk menaip juga terhenti dan pandangannya terkunci di sebatang tubuh seksi, sedang berdiri dihadapannya. Kelihatan Marsha sedang berdiri dengan sengihan di bibirnya.
“Hai.” Berkerut dahi Lufya sambil mengalihkan pandangan matanya ke pintu. ‘Bila masa dia masuk? Tak dengarpun,’ bisik Lufya di dalam hati.
Tanpa berfikir panjang, Marsha mengambil temmpat di hadapan Lufya sambil memandang wajah Lufya. “Macam mana hidup kau?”
Hati Lufya mula berdebar. Apa lagi kali ini? Pasti Marsha ada tujuan bila tiba-tiba muncul di pejabatnya.
“Macam biasalah Mar. Macam yang kau tengah tengok sekarang ni,” jawab Lufya. Papan kekunci komputer itu ditolak ke tepi dan kedua tangannya dinaikkan ke atas meja. Lufya mula menumpukan perhatian pada Marsha.
“Bukan itu maksud aku…” kata Marsha. Jejarinya gigih memintal tangkai beg tangannya sambil memikirkan sesuatu.
“Habis tu?” Lufya memandang tepat ke wajah Marsha.
Marsha sengih. Segaris senyuman diukir untuk Lufya. “Maksud aku, hidup kau dengan Ziq. Atau lebih tepat suami kita…” Nadanya sengaja dileretkan dan pandangannya tepat ke wajah Lufya.
“Biasa je. Semuanya macam yang kau mahu,” kata Lufya sambil mengangkat kedua belah keningnya.
Marsha ketawa kecil. Sebelah keningnya dijongket dan pandangannya berubah menjadi pandangan yang mahukan kepastian. “Kau dah tidur dengan dia?”
Wajah Lufya membahang sebaik Marsha menanyakan soalan tanpa tapisan itu.
“Apa soalan kau ni Mar,” rungut Lufya. Dia memandang ke arah pintu masuk. Malu mendengar soalan itu.
Meletus ketawa Marsha yang lebih kuat. “Alaa… relaxlah. Bukannya orang lain. Madu kau juga,”
Lufya diam. Tanganya sibuk bermain pen yang berada di atas mejanya. Mindanya berputar ligat dan sesekali dia mencuri pandang pada Marsha yang setia menunggu jawapannya. Dia tidak tahu sama ada dia perlu menjawab soalan itu ataupun tidak. Baginya soalan itu terlalu bersifat peribadi.
Melihat Lufya diam, Marsha mula tidak puas hati. Apa yang dia mahukan adalah kepastian. Dia mahu semua rancangannya berjalan dengan lancar. “Lufya, aku nak kau kahwin dengan Ziq, supaya dia dapat zuriat. Bukannya kahwin saja-saja tahu,”
Lufya mengeluh. “Semua yang kau mahu tu, aku dah buat Mar.” Wajah Marsha ditatapnya meminta pengertian.
Marsha tersenyum senget. “Baguslah macam tu, tapi…” Marsha mengangkat jari telunjuknya ke atas, setara dengan wajahnya. “Pastikan kau mengangdung dalam masa terdekat ni,” sambungnya lagi.
Lufya mengetap bibirnya.
“Aku tak janji Mar…”
“Mesti Luf! Aku tak kisahlah kau nak berusaha macam mana sekalipun, tapi aku nak as soon as possible! Aku tak nak berkongsi suami lama-lama,” kata Marsha tegas.
“Mar…” Lufya berhenti sekejap untuk menyusn ayatnya. “Aku bukan tuhan Mar,” Wajah Marsha dipandang lagi.
Marsha mengeluh kasar.
“Kau kan founder produk kesihatan dengan kecantikan. Mustahil kau tak tahu apa yang boleh kau guna untuk mempercepatkan usaha kau tu,” rungut Marsha lagi.
“Memanglah aku ni founder. Tapi… takkan kau nak suruh aku amal semua produk yang belum tentu keberkesanannya,” balas Lufya bengan dengan rungutan Marsha itu.
Marsha mencebik. “Takkanlah produk kau ni tak berkesan?”
“Bukan itu yang aku maksudkan Mar. Berkesan tu memang berkesan, tapi semua tu bergantung pada penerimaan tubuh masing-masing. Takkan tupun aku kena bagitahu kau. Cuba kau buat research. Semua sama Mar,”
Marsha garu kepala yang tidak gatal.
“Aku tak kisahlah Lufya. Yang penting aku nak kau cepat. Jangan pula kau cakap nanti kau jatuh cinta dengan Ziqri. Siap kau aku kerjakan,” kata Marsha separuh memberi amaran.
“Tahulah aku nak uruskan benda ni,” balas Lufya.
“Aku nak jadual period kau,” pinta Marsha.
Sekali lagi dahi Lufya berkerut seribu. Keningnya diangkat hairan dan pandangannya menikam wajah Marsha.
“Kau nak buat apa dengan jadual period aku. Kau ingat aku ada masa ke nak buat semua tu,” balas Lufya separuh merungut. ‘Ini dah lebih ni!’ getus hati Lufya.
Marsha memandang tajam wajah Lufya.
“Takkan kau tak tahu bila kau period? Macam mana nak mengandung kalau jadual periodpun takde,” kata Marsha sedikit memprotes penjelasan Lufya itu.
“Mar, aku ni sibuk tahu. Banyak benda lagi aku nak kena fikir selain tu,” bebel Lufya. Tangannya naik ke belakang tengkuk dan perlahan mengurut tengkuknya lembut.
Marsha berdecit.
“Luf, kau kena tahu semua tu. Waktu subur kaupun kena kira tahu. Takkan tu pun aku kena ajar kau,” bebel Marsha.
Lufya mencebik. “Yelah puan Marsha,”
“Make sure!”
“Hmmm…”
“Minum jom?” ajak Marsha. Keningnya dijongket pada Lufya.
“Kat mana?” tanya Lufya.
“Adalah…” Marsha berdiri dan mula melangkah tapi pandangannya masih tidak dilepaskan dari memandang Lufya.
Lufya berfikir sejenak. Komputer itu dipandang beberapa saat kemudian mengangguk tanda setuju. Telefon dan beg tangannya itu dicapai lalu bangun menghampiri Marsha.
Mereka beriringan turun dari pejabat Lufya sambil bergelak ketawa dan diperhatikan oleh beberapa pasang mata termasuk Damya.
Gelak ketawa itu memiliki maknanya. Mungkin ini kali terakhir mereka bergelak ketawa bersama, ataupun masih ada hari seterusnya. Tiada siapa tahu tentang rahsia penciptanya. Sama ada Lufya mahupun Marsha redha ataupun tidak, mereka harus melaluinya bersama. Kerana mereka berkongsi hidup dengan lelaki yang sama.

Share this novel

Rohani Hussin
2024-02-28 19:51:17 

bodoh betul la lufya ni..baik x bertempat


NovelPlus Premium

The best ads free experience