BAB 90

Romance Series 92840

MARSHA mundar mandir di hadapan Arif. Fikirannya ligat berputar. Mula mencari cara untuk memisahkan Lufya dan Ziqri. Kata-kata Ziqri semalam, bagaikan satu tamparan hebat buatnya. Sistem sarafnya bagaikan tidak mampu berfungsi setiap kali mengingatkan pengakuan Ziqri.
“Sayang!” Arif menarik lengan Marsha, membuatkan Marsha terduduk di atas ribaan lelaki itu.
“Bie!” bentak Marsha geram.
Arif tersengih. Leher Marsha dikucup tanpa amaran.
“Bie rindulah…” bisik Arif sambil jejarinya menjalar di peha Marsha.
Marsha merengus kasar, lalu berdiri.
“Tepilah! I ada banyak benda lagi kena fikir selain benda ni, tahu,”
Terangkat kening Arif melihat ketegangan Marsha.
“Sayang… apa je you fikir? Pasal Ziqri lagi ke? Bie dah cakapkan. Tinggalkan je Ziqri tu. Kita kahwin. Senang cerita.”
Marsha berdecit. “You tak faham lagi apa yang I nak ke? I nak, Lufya menderita. Sama macam dulu. Bukan nak biar dia bahagia dengan Ziqri,”
Arif merenung Marsha. Dia tertanya sendiri.
“Kenapa you nak dia menderita? Apa yang dia dah buat pada you?” tanya Arif ingin tahu.
Marsha diam. Dia membuang pandangan ke tingkap apartment Arif. Nak cakap apa? Takkan nak bagitahu yang dia bencikan Lufya kerana kelebihan yang dimiliki oleh Lufya? Hish! Memalukan je!
“Mar.” panggil Arif.
Marsha mengeluh kasar. Dia mengambil tempat di samping Arif. Wajahnya diraup kasar. Terasa dirinya terperangkap dengan permainan yang diciptanya sendiri.
“I hate her damn much!”
“Kenapa?”
“Yang you sibuk nak tahu, kenapa? Bukan urusan you,”
“Urusan you, urusan I juga!”
Marsha mengeluh kasar. Dengan berat hati, Marsha merungkai kisah disebalik setiap perkara yang melibatkan dia dan juga Lufya. Bagaimana dia mula membenci Lufya, dan bagaimana dia melaksanakan semua rancangan rapinya. Arif hanya menadah telinganya untuk mendengar.

BALIK dari kediaman Arif, Marsha terus melencong ke butik Marina. Ketika tiba di lampu isyarat menuju ke butik Marina, pandangannya terkunci pada kereta Lexus milik Ziqri, di lorong kanan. Dia terus melihat jam yang berada di dashboard kereta.
“Mana saja mamat ni pergi. Baru jam tiga kot…” gumam Marsha.
Dia membatalkan hasratnya untuk ke butik Marina, sebaliknya dia mengekori kereta Ziqri dari belakang. Setelah beberapa minit mengekori Ziqri, pemanduannya berakhir di sebuah kawasan apartment mewah.
“Aik! Kenapa dia sampai sini? Dia ada rumah lain ke?” soal Marsha sendiri.
Kerana perasaan ingin tahu, Marsha memandu keretanya itu memasuki ruangan letak kereta, dan meletakkan kereta kesayangannya itu selang beberapa buah kereta. Sempat dia menangkap kelibat Ziqri keluar dari kereta. Dia membiarkan, Ziqri menghilang di sebalik pintu lobi.
Setelah yakin yang Ziqri sudah berlalu, Marsha terus mencapai beg tangannya dan menuju ke lobi. Matanya memandang ke arah nombor terakhir yang tertera di atas pintu lif.
Marsha mendengus kasar. “Unbelieveble!”
Dia menekan butang lif itu. Kasar. Sebaik pintu lif terbuka, pantas juga Marsha memasuki lif itu. Dia mahu tahu, apa yang ada di tingkat empat.
Sepanjang berada di dalam lif, pelbagai andaian bermain di minda. Hatinya mula membara, bila memikirkan andaian itu. Kalaulah betul, Ziqri membeli rumah selain dari yang mereka duduki sekarang, ternyata Ziqri berjaya memperbodohkan dirinya. Dan perkara itu menyakitkan hatinya. Terasa diabaikan.
“How dare you, Ziqri Amsyar!” Hatinya mula mendongkol geram.
Keluar dari lif, dia terus keluar dari lobi. Satu persatu pintu rumah yang berada di situ, di tiliknya. Langkah Marsha, akhirnya terhenti di hadapan sebuah rumah, yang mana kasut Ziqri tersusun elok di hadapan rumah. Di sebelah kasut Ziqri, ialah sepasang kasut milik wanita. Marsha yakin, itu adalah milik Lufya.
Dia balik dengan perasaan yang bercampur baur. Rasa tetipu dan diperbodohkan. Dia tidak menyangka yang Ziqri boleh melakukan sesuatu perkara tanpa berbincang dan memberitahu dia.
“Sial kau Ziqri! Berani kau langgar perjanjian kita!”
Marsha memekik sambil memukul stering kereta itu. Dia tidak pernah merasa sesakit itu. Mulutnya tidak berhenti memaki hamun Ziqri dengan Lufya.
“Aku benci kau, Lufya. Aku akan pastikan, kau menderita!”

Share this novel

Siti Rohani Idris
2024-04-07 09:23:19 

this kind of people pun ada


NovelPlus Premium

The best ads free experience