BAB 73

Romance Series 93123

MENGUCAP panjang Lufya, bila terpandang akan Ziqri yang terlena di sofa berangkai tiga di ruang tamu itu. Sempat tangannya naik ke dada kanan, untuk menenangkan dirinya yang terkejut dengan kehadiran Ziqri itu.
Dia menutup pintu apartment itu, dan menghampiri Ziqri yang masih lengkap dengan kemejanya, dan kakinya juga masih mengenakan stoking. Beg yang berada di tangannya itu, di letakkan di atas meja. Matanya terus memerhatikan lelaki yang terlena itu.
“Penat sangat ni,” kata Lufya sendiri. Sempat matanya melihat pada jam yang diletakkan di dalam kabinet tv.
Dia menuju ke hujung kaki Ziqri dan melutut di situ. Dengan penuh cermat, stoking yang membaluti kaki Ziqri itu di tanggalkan dengan harapan, Ziqri tidak terganggu.
Ziqri langsung tidak terkesan.
Berkerut dahi Lufya, sambil berbisik sendiri, ‘Tak tidur ke malam tadi. Aku buat apapun, tak sedar langsung,’
Kruk…kruk…. Bunyi itu hadir dari perut Ziqri, membuatkan bibir Lufya menguntum senyuman.
Tak makan ke? Lufya bangun dan membawa batang tubuhnya itu ke dapur. Nampaknya, dia perlu memasak untuk lelaki itu. Sepanjang dia melakukan kerjanya, hati sarat dengan persoalan. Kemunculan tiba-tiba, dengan keadaannya yang agak menghairankan.

SELESAI memasak, Lufya kembali ke ruang tamu. Ziqri masih lagi dengan lenanya. Niatnya untuk tidak mengganggu lena lelaki itu, tidak kesampaian bila mengingatkan tentang bunyi yang dia dengar tadi.
Lufya mengeluh perlahan. Dia akhirnya duduk bersimpuh di tepi kepala Ziqri. Dengan ragu-ragu, tangannya menggoncang tubuh Ziqri.
Berkerut dahi Lufya, bila terasa bahang kepanasan tubuh itu. Pantas saja, tapak tangannya itu mendarat ke dahi Ziqri. Panas. Beralih pula pada leher. Lebih panas.
“Demam panas ni,” getus Lufya. Rasa risau menjengah hatinya.
Dia bangun dan masuk ke bilik untuk mendapatkan tuala bersih, kemudian keluar dari bilik untuk ke dapur.
Sebuah besen kecil, dicapainya untuk diisi air. Sesudah kerjanya itu selesai, Lufya dengan pantas menatang besen itu menuju ke ruang tamu. Tuala yang dibawanya itu, di basahkan dan diletakkan ke dahi Ziqri, dengan harapan, panas akan berkurang sebentar lagi.
Setelah itu, Lufya sekali lagi kembali ke dapur. Dia mahu menyiapkan bubur untuk Ziqri. Dia pasti, selera Ziqri tidak sebaik seperti selalu. Lidahnya mungkin tawar, kerana kesan demam itu. Selesai menyiapkan semuanya, Lufya membawa bubur itu ke depan, bersama sebiji ubat dan segelas air.
“Abang,” panggil Lufya lembut. Tangannya mengambil kesempatan untuk mendemah dahi Ziqri. Panasnya sedikit berkurang, tapi masih di tahap membimbangkan hatinya.
Tiada jawapan. Lufya tidak berputus asa.

“Abang,” panggil Lufya sekali lagi.
“Hmmm…” Ziqri menyahut lemah. Matanya sedikit terbuka.
“Bangun jap. Makan dulu,” kata Lufya lembut.
Mendengar suara lembut itu, Ziqri membuka luas matanya. Wajah Lufya menghiasi pandangan matanya, membuatkan dia bingkas bangun dan tubuh Lufya ditarik ke daam pelukannya.
“Sayang… abang rindu, Luf,” bisik Ziqri. Suaranya lemah.
Lufya tergamam dengan tindakan tidak diduga itu. lambat-lambat, dia membalas pelukan itu dan Ziqri mengeratkan pelukannya.
“Abang rindu sangat kat, Luf,” luah Ziqri sekali lagi.
Lufya melorek senyuman. Bahagia dan gembira, mendengar luahan ikhlas itu.
“Abang… makan dulu. Abang demam ni.” Lufya meleraikan pelukannya dan wajah Ziqri ditatap mesra.
“Abang tak selera nak makan. Boleh tak, kalau Luf terus peluk abang,” pinta Ziqri.
“Tak boleh. Abang kena makan dulu,” balas Lufya tegas.
Ziqri menjuihkan bibirnya. “Alaa…” merajuk.
Lufya mengambil tempat di sebelah Ziqri dan tangannya mencapai mangkuk berisi bubu itu.
“Abang kena makan. Lepas makan, kena makan ubat. Kalau tak, macam mana nak sembuh,” kata Lufya lembut.
“Tak naklah sayang… abang tak lapar,” dalih Ziqri.
“Tak lapar amendenya abang. tadi, Luf sendiri dengar perut abang tu bunyi-bunyi. Jangan nak mengada,” bidas Lufya.
Ziqri berdecit. Sebenarnya, dia malu mengaku yang dia tidak suka makan ubat.
“Tapi…”
“Sudah! Makan! Luf suapkan,” kata Lufya. Tegas, membuatkan Ziqri terpaksa akur.
“Buka mulut tu,” arah Lufya sambil menyuakan sudu yang berisi bubur itu.
Lambat-lambat Ziqri membuka mulut, membuatkan Lufya berdecit.
“Abang! Janganlah main-main. Buka mulut tu besar-besar,” arah Lufya lebih tegas.
“Hmmm… yelah, yelah,”
Lufya sembunyi senyum.
“Macam tu lah…”
Ziqri menjuihkan bibir, manakala matanya terus menatap wajah Lufya. Pucat?
“Luf tak sihat juga ke?” tanya Ziqri lembut. Tangannya naik ke wajah Lufya.
Lufya mendengus perlahan. Jejari Ziqri yang menjalar di wajahnya itu, di tangkap dan dijatuhkannya ke bawah. Pertanyaan Ziqri itu tidak dijawabnya.
“Boleh tak simpan tangan tu? Asyik nak mengusik je,”
Ziqri tayang sengihan. “Bukan mengusiklah sayang. Abang rindu nak menatap muka Luf yang cantik tu,” kata Ziqri. Hidung mancng Lufya itu dicuit dengan hujung jari telunjuknya.
“Nak menatap tu, tunggu sembuh dulu. Ni tak padam dengan demam,”
“Tak bolehlah macam tu. Dah lah nak jumpapun susah. Tu yang demam tu. Tak dapat nak tengok muka, Luf,”
Lufya menjuihkan bibirnya. Bodek!
“Tak payah nak bodek Luf. kalau nak jumpa, boleh je jumpa kat luarkan,” kata Lufya geram.
Terangkat kening Ziqri mendengar jawapan balas itu. “Luf, marah abang?”
“Tak lah. Kenapa nak marah. Luf, sedar siapa, Luf,” jawab Lufya seakan berjauh hati.
Ziqri sembunyi senyum. Dia cuba untuk menatap mata Lufya, tapi Lufya sengaja melarikan matanya dari terus ditatap oleh lelaki itu. Melihat tindakan Lufya itu, Ziqri mencapai mangkuk yang berada di tangan Lufya, lalu meletaknya kembali ke atas dulang. Kedua tangannya memegang bahu Lufya dan mereka duduk bertentangan.
“Kenapa ni?” tanya Ziqri lembut.
“Nothing,” Jawab Lufya ringkas.
“Luf, bagitahulah. Ada yang tak kena ke?” tanya Ziqri. Lembut menampar pendengaran Lufya.
Lufya mengeluh perlahan. Dia kemudian membalas pandangan Ziqri. Dia tidak tahu, sama ada lelaki itu patut tahu tentang berita yang dia baru dapat dari doktor yang memeriksanya petang tadi. dia mengetap bibirnya kuat. Mengingatkan tentang perjanjian yang pernah termaterai antara mereka, membuatkan hatinya mula ragu. Dia tidak menyangka, secepat itu.
“Luf, minta maaf. Luf tak patut fikir perkara yang boleh buat abang rasa bersalah.” Lufya akhirnya memilih untuk merahsiakannya buat sementara waktu.
Ziqri tersenyum kecil.
“Makan ubat ni,” kata Lufya, sambil tangannya mencapai ubat yang berada di atas meja.
Berkerut dahi Ziqri, melihat ubat itu.
“Kena ke?” tanya Ziqri gusar.
“Mesti. Kalau abang tak makan, Luf panggil Mar, jemput abang kat sini,” kata Lufya, separuh mengugut.
Terangkat kening Ziqri mendengar ugutan itu.
“Ugut nampak,”
“Tak ugut. Tapi, Luf akan buat berul-betul,”
“Hmmm… yelah,” kata Ziqri.
Terpaksa mengalah dengan arahan yang diberikan oleh Lufya. Bukannya dia boleh lari dari semua itu. Dia yakin yang Lufya tidak akan berhenti, selagi dia tidak memakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience