BAB 91

Romance Series 93123

ZIQRI menjenguk Lufya yang sibuk menyediakan hidangan makan malam.
“Masak apa ni?” tanya Ziqri lembut. “Kan abang dah suruh rehat… tak payah masak,” kata Ziqri lagi. Membebel.
Lufya menoleh. Senyuman nipis diberikan pada Ziqri.
“Masak untuk abanglah. Bukannya susahpun,”
“Abang nak Luf rehat. Karang, Luf juga penat. Luf tu bukannya sihat sangat,” ujar Ziqri, dengan nada risau.
“Abang, jangan nak risau sangat boleh? Lagipun, Luf suka macam ni. Berdikari.” Balas Lufya.
“Susah juga dapat bini berdikari ni. Jenuh nak larang. Cian kat baby dapat mummy degil,”
Lufya menjuihkan bibirnya bila mendengar ayat Ziqri.
“Kalau abang tinggalkan Luf, siapa yang nak tolong Luf? Luf juga yang buatkan?”
Ziqri terdiam. Lufya yang sibuk memotong sayur dipandang seketika. Hatinya sedikit terkesan dengan kata-kata itu. Dia tidak suka berbicara tentang perkara yang dia tidak ingin terjadi.
“Apa Luf cakap ni? Takkanlah abang nak tinggal buah hati abang ni,”
Lufya diam. Dia tidak pasti sama ada jawapan itu menyenangkan hatinya, ataupun tidak.
Belum sempat Lufya bersuara kembali, bunyi telefon Ziqri kedengaran.
Ziqri bergegas ke ruang tamu untuk mendapatkan telefonnya. Nama Marsha terpampang di skrin telefon itu.
“Assalam…” Ziqri tidak sempat menghabiskan ucapan salamnya, bila Marsha terlebih dahulu berkata.
“I nak you balik sekarang!” kata Marsha. Nadanya berbaur kemarahan.
Berkerut dahi Ziqri. ‘Dah kenapa?’
“Kenapa dengan you ni? Apa lagi yang tak kena?”
“Tak payah nak tunjuk prihatin sangatlah Ziqri. I nak you balik sekarang. Ada benda yang kita kena selesaikan hari ni juga!” kata Marsha berang.
Ziqri mengeluh.
“Malam ni I kena bawa Lufya kel…”
“Pergi mampus dengan Lufya. I tak kira, I nak you balik sekarang. Ke you nak I serang Lufya kat pejabat dia?” ugut Marsha.
Ziqri berdecit. “Jangan nak libatkan Lufya dalam masalah kita, Marsha!” Suara Ziqri meninggi.
Marsha ketawa. “You ingat I kisah ke? You tak balik sekarang, tahulah I apa yang I nak buat. Ingat Ziq, I do everything!”
“You jangan nak buat gila, Mar!”
“Kalau you tak nak I buat gila… balik sekarang. I give you half an hour!”
Ziqri berdecit kasar.
“Marsha!” tapi sayang. Panggilan sudah di akhiri oleh Marsha. Dia berang dengan sikap suka mengarah Marsha.
Terpaksalah dia berdepan dengan Lufya untuk memberitahu tentang perkara itu.
“Abang kena jumpa Mar,” luah Ziqri sebaik dia menjejakkan kakinya ke ruangan dapur.
Riak wajah Lufya sedikit terkilan mendengar kata-kata itu, namun laju dia memujuk hatinya. ‘Takpe…’
“Yeke… takpelah kalau macam tu,” kata Lufya. Cuba untuk menenangkan hatinya.
Ziqri menarik Lufya ke dalam pelukannya dan mencium dahi Lufya sejenak.
“Abang minta maaf. Kalau dapat, malam ni juga abang balik sini teman Luf,”
Lufya meleraikan pelukan itu dan menatap wajah Ziqri.
“Lufya okay. Pergi je. Mar perlukan abang,” tutur Lufya, meyakinkan Ziqri.
“Macam mana abang tak risau. Luf tu pregnant. Berat hati abang ni,” luah Ziqri.
Lufya tersenyum mendengar luahan itu. Rasa terhari, bila Ziqri tidak pernah berhenti memikirkannya. Tapi, apakan daya. Bukan dia seorang sahaja isteri Ziqri.
“Pergilah abang. Luf okay je kat sini,” kata Lufya lagi.
“Kalau ada apa-apa, call abang terus ye,”
Lufya mengangguk. Tangan Ziqri dicapai. “Jangan risau. Luangkan masa dengan Marsha, sebaiknya. Jangan layan sangat perasaan marah tu. Tak bagus untuk abang,” pesan Lufya, sambil menyalami tangan Ziqri dan menciumnya.
Ziqri mengangguk. Sekali lagi, tubuh Lufya dipeluk erat dan bibirnya singgah di dahi Lufya.
“Take care… I love you,”
Dengan berat hati, Ziqri meninggalkan Marsha sendiri di rumah itu. Biarpun dia tahu yang semuanya akan baik-baik sahaja, tapi hatinya tidak dapat menolak perkara-perkara negetif yang bermain di fikirannya ketika itu. Tambah-tambah lagi, Lufya dalam keadaan berbadan dua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience