BAB 72

Romance Series 92840

SEORANG budak penghantar bunga muncul di pejabat Lufya dengan membawa sejambak bunga ros merah. Wangiannya memenuhi biliknya. Kad yang terselit pada bunga itu, di capai malas oleh Lufya.
“Siapa pula, rajin hantar benda alah ni?” tanya Lufya sendirian.
Sebaik membuka kad itu, bibir Lufya menguntum senyuman bahagia. Kata-kata manis yang menghiasi kad itu, membuatkan hatinya berbunga-bunga.
“Abang, abang…” kata Lufya sendiri. Kepalanya di gelengkan seketika.
Tidak sampai beberapa saat, telefonnya berbunyi. Semakin lebarlah, senyuman Lufya, bila melihat nama pemanggil itu. laju saja telefon itu dicapainya dan panggilan dari Ziqri itu di jawab.
“I miss you to, sayang,” kata Ziqri, sebaik dia menjawab dan melekapkan telefon itu ke telinganya.
Lufya tersenyum mendengarnya. Terasa di awing-awangan, bila mendengarnya.
“Baru Luf nak merajuk. Ingatkan abang dah lupa kat Luf,” kata Lufya lembut.
Ziqri tergelak kecil. “Gila nak lupa. Macam mana abang nak lupa, kalau muka Luf ada je kat mana-mana. Dah serupa hantu abang rasa. Menghantui hidup abang… tahu?”
Lufya tergelak. “Abang kata, Luf hantu?”
“Hantu dalam hidup abang. yang paling lawa, paling baik… buat abang tak lena tidur. Twenty four seven asyik, Luf je dalam kepala abang,”
Lufya mengetap bibirny. Malu bukan kepalang.
“Abang ni… buat malu Luf je lah..”
“Nak malu apanya. Suami Luf jugak,”
Lufya tersenyum sendiri mendengar kata-kata Ziqri itu.
“Bila abang nak balik kat rumah kita?” tanya Lufya. Lembut dan penuh mengharap.
Ziqri berfikir sejenak. “Tak tahulah sayang. Mar tu… dah macam spy pula. Mana-mana abang pergi, dia tanya,” jawab Ziqri dengan nada serba salah.
Lufya diam. Mendengar nama Marsha, tahulah dia yang Marsha tidak mahu Ziqri menermuinya, selagi masa yang Marsha jadualkan itu tiba. Memikirkan tentang jadual itu, Lufya baru sedar sesuatu.
“Luf,” panggil Ziqri lembut.
“Hmmm…” jawab Lufya ringkas. Mindanya masih memikirkan tentang satu perkara.
“Luf, marah abang ke?” tanya Ziqri. Risau.
“Er… tak lah. Luf okay je,” jawab Lufya, menafikan perkara itu.
“Kenapa diam?” tanya Ziqri. Hairan bila, Lufya tiba-tiba membisu.
“Takde apa…. Abang sihat?” tanya Lufya lembut.
Ziqri tersenyum sendiri. “Alhamdulillah! Sihat je. Luf?”
“Luf pun sama,” jawab Lufya.
“Baguslah macam tu. Abang risau juga, kalau Luf tak sihat,” kata Ziqri.
Lufya merenung komputernya sambil tersenyum.
“Tak payahlah nak risau pasal, Luf. Luf okay je ni.” Lufya memberi jaminannya.
“Senang hati abang dengar. Abang rindu sangat dengan Luf. Nanti kita jumpa ye,” kata Ziqri lembut.
“Insya’Allah,” jawab Lufya lagi.
Perbualan mereka tidak mengambil masa yang lama, bila Ziqri terpaksa meminta diri, kerana kerjanya. Lufya terpaksa merelakannya.
‘Yang penting, rindu itu… terubat bila dengar suara abang,’

“WEI, Marina call. Dia nak, kita datang butik, pukul lapan nanti,” kata Damya termengah-mengah, kerana penat berlari mendaki tangga.
“Aik. Kenapa tiba-tiba?” tanya Lufya kehairanan.
Damya mengangkat kedua bahunya tanda tidak tahu.
“Malam pula tu. Baru, aku ingat nak rehat. Hurm…” luah Lufya, malas.
“Nak atau tak, kita kena pergi jugalah. Memandangkan kontrak kau pun, tak lama lagi nak habis.. ikutkan je apa yang dia nak,”
Lufya diam. Kontrak itu akan berakhir lagi dua bulan dan selepas itu, dia akan bebas sepenuhnya. Dia berharap, selepas ini, tiada lagi perkara-perkara yang mengganggu aktiviti sehariannya. Dia mahu menumpukan perhatian pada perniagaannya itu. Kalau boleh, dia mahu bersara dari dunia peragaan.

“MISS you so much,”
Tubuh Lufya dirangkul mesra, oleh Marina. Lufya sungging seyum dan membalas rangkulan itu, kemudian berganti pula dengan Damya.
“Apa khabar?” tanya Lufya, seraya melabuhkan punggungnya bersama Damya.
Marina mengambil tempat di hadapan mereka berdua. Pandangannya dihalakan pada wajah Lufya. Satu senyuman nipis, menghiasi bibirnya.
“Aku nak lancarkan design baru, sebelum kontrak kau habis. Tapi… aku nak kerjasama dari kau,” kata Marina, menjelaskan niatnya yang sebenar.
Damya dan Lufya berpandangan. Masing-masing mengerutkan dahi mereka.
Melihat reaksi mereka berdua, Marina tersenyum lagi seraya menyambung kata-katanya, “Aku nak lancarkan design yang ada nama kau,”
“Kenapa tiba-tiba ni?” tanya Lufya. Hairan. Setelah sekian lama, baru Marina menyatakan hasrat itu, membuatkan Lufya hairan.
“Itu tandanya, aku hargai kau sepanjang kau ada dengan aku. Yelah,” jawab Marina, sambil memandang tepat ke wajah Lufya. “Selama ni, kau tak pernah susahkan aku. Kau dah tolong aku naikkan brand aku sendiri. Jadi, aku rasa… dah sampai masa aku buat semua ni, untuk kau,” sambungnya lagi.
Lufya mengetap bibirnya. Dia tidak menyangka, sampai begitu sekali, Marina mahu menghargainya. Selama ini, dia bukan lakukan semua itu tanpa bayaran. Semuanya berbayar.
“Aku tak minta semua ni, Marina. Aku ikhlas buat semua tu. Bukan kau tak bayar gaji aku, selama ni,” bantah Lufya, tidak senang dengan cadangan Marina itu.
Marina berdecit. “Luf, aku cuma tak nak kehilangan kau. Aku tahu, lepas ni… kau tak nak sambung kontrak dah kan? Kau ada perniagaan yang kau nak jaga. Aku tak nak hubungan kita berakhir macam ni je,” kata Marina dengan wajah sedihnya.
Lufya tersenyum mendengar ayat sedih yang dikeluarkan oleh Marina. Sejak bila pula, Marina berubah jadi minah sensitif? Nampak pelik.
“Apasal kau sensitif sangat ni? Siapa kata, aku habis kontrak, aku tak layan kau dah? Ada kau dengar?” Lufya mengangkat keningnya. Hairan!
Marina sengih. “Bukan macam tu… tapi… kau kan sibuk je memanjang. Dah kahwin pula. Mana ada masa lagi nak lepak kat butik aku yang tak seberapa ni,” kata Marina, sambil memandang sekeliling butik itu.
Lufya memandang Damya sambil mencebik bibir kelucuan. Damya turut tertawa kecil mendengar luahan kerisauan Marina.
“Marina, kau ni overlah. Mana boleh aku lupa kat kau. Kat butik kau. Butik kau ni… yang dah banyak tolong aku. janganlah nak risau benda mengarut macam tu.” Lufya menatap wajah Marina.
“Yelah. Siapa tahukan…”
“Alah, kalau Luf lupa kat you… I kan ada,” celah Damya mengusik.
Marina herot bibirnya ke tepi. “You? Asyik nak gaduh dengan I je. Baik tak payah,” balas Marina.
Terangkat kening Damya, melihat reaksi Marina itu. Dia menjuihkan bibirnya dan menjongketnya ke atas, tanda menyampah. “You ni lah…. Geram je I tengok,”
Marina menceber bibir. “I lagi geram kat you,”
Lufya menggelengkan kepalanya, melihat kedua rakannya itu. Sungguh dia tidak faham dengan sikap keduanya itu. Kadang mereka baik, kadang bergaduh. Yang menjadi punca pergaduhan pula, hanyalah perkara-perkara kecil.
“Boleh ke, Luf?” tanya Marina, sekali lagi.
Demi menjaga hubungan mereka, Lufya akhirnya menyatakan persetujuannya. Kalau itu, boleh menyenangkan hati Marina, dia sedia bekerjasama. Manalah tahu, satu masa nanti, dia juga dapat mencipta reka bentuk miliknya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience