Bab 3

Romance Series 92840

LUFYA dan Damya melangkah masuk ke dalam bangunan milik Beauty and Health by Luf itu sambil menghadiahkan pandangan berserta senyuman. Semua pekerja yang melihat kehadiran Lufya dan Damya itu berdiri dan menyapa Lufya dengan penuh hormat.
“Hai, bos syantik,” sapa Kila sambil tersengih.
Yang lain tergelak.
Lufya turut tergelak mendengar perkataan ‘syantik’ yang keluar dari bibir Kila itu.
“Hai, semua. Mana Zarina?” tanya Lufya bertanya sambil memandang mereka satu persatu.
Syahrin, Mira, Kila, dan Munirah adalah pekerjanya, yang diserapkan ke bahagian pembungkusan. Lufya bersyukur dikurniakan pekerja yang bertanggungjawab seperti mereka. Mereka semua, telah bersamanya sejak tahun pertama syarikatnya itu dibangunkan.
“Zarina ada kat atas, bos.” Mira menjawab sambil tunduk meneruskan kerjanya membungkus parcel yang akan dihantar ke J&T.
Damya sudah melangkah meninggalkan mereka di situ. Dia perlu ke bilik pejabat Lufya, untuk mengemaskan dan membersihkan apa yang perlu dibersihkan.
Lufya hanya memerhatikan Damya kemudian mengalihkan pandangannya ke longgokan parcel yang berada di sudut ruangan pejabat itu. Dia tidak suka pemandangan itu. Kalaulah ada pelanggan yang tiba-tiba datang menjengah pusat operasi syarikat itu, pasti viral satu Malaysia yang Beauty and Health by Luf akan dikecam habis-habisan. Dia tidak mahu perkara itu terjadi. Reputasi mereka sebagai syarikat pengeluar produk kecantikan dan kesihatan perlu dijaga dengan baik.
“Hmmm… Mira, Kila,” panggil Lufya sambil melangkah ke arah longgokan parcel itu.
Kila dan Mira keluar dari meja masing-masing, lalu menuju ke arah Lufya yang sudah berdiri di tepi longokan itu. Dahi mereka berkerut bila melihat Lufya seakan sedang memikirkan sesuatu.
“Yang ni tak betul Kila, Mira. Kita tak patut buat barang pelanggan macam ni. Kalau ada pelanggan yang datang tiba-tiba, kita boleh viral satu Malaysia.” Lufya memandang mereka berdua silih berganti.
“Tapi bos, di sini je ruang tinggal. Kat belakang, penuh dengan stok,” jawab Kila serba salah.
Lufya berfikir sejenak. Tanpa berkata apa-apa, Lufya melangkah ke pintu yang menghubungkan pejabat itu dengan tempat penyimpanan stok. Kila dan Mira hanya berpandangan sambil mengangkat bahu masing-masing.
“Order banyak tak?” tanya Lufya sambil memulas tombol pintu tanpa memandang mereka berdua. Dia menjengukkan kepalanya ke dalam bilik itu.
Stok produk yang berkotak-kotak masih lagi belum disusun ke rak yang disediakan, kerana kekurangan ruang. Lufya melangkah masuk ke dalam ruangan itu sambil diekori oleh Kila dan Mira.
“Banyak bos. Empat orang tak dapat nak handle,” jawab Kila perlahan.
“Zul, Ikmal?” Wajah mereka berdua dipandang lagi.
“Zul dengan Ikmal tolong juga bungkus parcel… Tapi, itupun kalau cash and delivery tak banyak,” kata Kila lagi.
“Nak tambah pekerja tak?” tanya Lufya sambil memandang mereka berdua sekilas. Tangannya mencapai Orange Fibre by Luf itu sambil memeriksa tarik luput dan juga bekasnya. Cantik!
“Kami tak kisah, lagi banyak, lagi senang kerja jalan,” jawab Kila.
“Betul tu bos. Sekarang ni, produk bos ni hot item kat pasaran online. Ramai stokis yang restock lebih dua kali seminggu. Bangga pula kami,” kata Mira sambil menayangkan senyuman kegembiraan.
“Wow? Really?” Lufya mengangkat keningnya dan memandang mereka dengan riak yang tidak percaya.
“Betul bos. Produk ni bagus. Mak saya dah banyak kali repeat order dengan saya. Kalau dia yang bayar, takpelah juga. Ni, saya juga kena korban duit.” Cerita Kila sambil mengherot bibirnya ke tepi.
Lufya tergelak mendengar cerita Kila itu. “Ye ke? Mak Kila pakai produk apa?”
“Orange Fibre. Bagus untuk penghadaman. Perut mak pun dah kempis.” Laju Mira mencelah. Kila turut mengangguk mengiakan kata-kata Mira itu.
“Tak sangka pula mak Kila minum produk ni.” Lufya menyisip di belakang mereka berdua untuk keluar.
Kila dan Mira maju ke depan, memberi ruang pada Lufya. Mereka turut mengekori Lufya yang menuju ke pintu keluar.
“Sempit sangat ni.” Komen Lufya sebaik sahaja keluar dari bilik itu.
“Memang sempit bos. Ni stok banyak lagi, tambahlah kesempitan dia tu. Nak masukpun rimas,” jawab Mira sambil menutup pintu itu.
“Aircond berfungsi tak, dalam ni?” tanya Lufya.
“Berfungsi bos. Kalau tak berfungsi, bos pergi Singapore pun kami kejar. Seloroh Mira sambil melangkah ke mejanya.
“Nanti saya fikirkan macam mana cara nak ubah suai tempat kerja kita ni,” kata Lufya sambil melangkah menuju ke tangga.
“Baik bos!” kata Mira dan Kila serentak.
Lufya mendaki tangga itu menuju ke tingkat satu. Pasti Damya sibuk membersihan biliknya yang sudah seminggu tidak dijenguk oleh mereka. Sampai di hadapan bilik Zarina, dia berhenti. Terpampang nama Zarina Binti Zainal di pintu bilik itu. Zarina adalah Sale Manager yang ditugaskan oleh Lufya untuk menguruskan bahagian jualan sama ada melalui online ataupun offline. Dialah juga yang akan memberikan arahan kepada pekerja yang berada di bahagian pembungkusan parcel. Biasanya, sebelum mereka memproses semua pesanan pelanggan, Zarina dan seorang lagi pembantunya akan meneliti pesanan itu, kerana takut ada kesilapan penghantaran.
“Sunyi sepi je. Mana Zarina ni? Kata kat atas.” Lufya mengetuk pintu bilik Zarina.
“Masuk.” Sayup kedengaran suara Zarina dari dalam.
Lufya menolak pintu itu lalu menjengukkan kepalanya ke dalam.
“Busy?” Lufya melangkah masuk sambil matanya terkunci ke arah Zarina yang sibuk menaip sesuatu pada komputernya.
Zarina berhenti menaip kemudian memandangnya dengan sengihan. Pandangannya menyoroti tubuh Lufya yang sudah menghenyakkan punggungnya di kerusi yang berada di hadapannya.
“Takdelah busy sangat. Aku nak siapkan report ni. Kan dah hujung bulan,” kata Zarina. Fail di hadapannya itu ditolak kepada Lufya.
Lufya mencapai ring file hitam, yang ditolak ke arahnya.
“Dah hujung bulan ke?” Lufya memandang kalendar yang berada di sudut meja Zarina. Tangannya pula membuka fail itu sambil dahinya berkerut.
Berkerut dahi zarina sambil tertawa kecil. “Kau tak sedar ke?”
“Aku sibuklah, Zarina. Lately, si Marina asyik join fashion show je. Aku yang penat,” kata Lufya separuh merungut.
Zarina mengangguk tanda faham.
“Jangan kau lupa nak kira gaji kita orang dah lah.” Lufya tersengih mendengar kata-kata Zarina itu.
“Nasib baik kau cakap dah nak hujung bulan, kalau tak… Memang aku dah lupa dah,” kata Lufya lagi.
Ternganga Zarina mendengar kata-kata Lufya itu. Biar betul minah ni!
“Kau jangan Luf. Tak terfikir lagi aku nak makan pasir,” kata Zarina lagi.
“Kalau aku lupapun, apa salahnya kau ingatkan aku,” balas Lufya sambil menutup kembali fail di tangannya itu lalu diserahkan kepada Zarina.
“Yelah bos,” kata Zarina sambil mengusik.
Lufya mencebik.
“Attendance dah closekan? Report dah siap?” Lufya memandang wajah Zarina ingin tahu.
“Kalau dah siap, aku boleh transfer gaji hari ni. Malam nanti pula, kita keluar pergi makan nasi ayam dan shopping reward untuk pekerja. Rasanya dah lama kita tak makan sekali,” sambung Lufya tanpa sempat Zarina menjawab pertanyaannya.
“Are you sure bos? Bestnya.” Bersinar-sinar mata Zarina mendengarkata-kata Lufya itu.
“Amboi… Macam menang loteri,” perli Lufya.
Zarina mencebik kemudian tersengih.
“Haruslah! Happy kut. Orang nak belanja,” balas Zarina lagi.
“Aku keluar dulu. Jangan lupa hantar attendance report kat aku. Aku nak sebelum angka lima!”
“Baik bos!”
Lufya meninggalkan bilik Zarina itu menuju ke bilik utama, iaitu biliknya. Dalam erti kata lain, bilik CEO. Tapi layak ke dia di panggil CEO dengan syarikat yang kecil itu. Syarikat yang baru berapa tahun mencipta nama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience