BAB 64

Romance Series 93123

“LUF, nak ke mana?” tanya Ziqri sebaik melihat Lufya sedang bersiap dihadapan cermin.
Matanya tidak lepas memandang tubuh Lufya, yang hanya dibaluti Stripe jumpsuit, mendedahkan setiap inci bentuk tubuhnya. Dia tidak selesa melihat pakaian yang tersarung di tubuh Lufya itu. Dia mengeluh perlahan dan menghampiri Lufya.
“Luf, nak gi tengok stok sampai. Abang tak kisahkan?” Lufya berpaling pada Ziqri.
“Abang tak kisah, tapi abang kisah dengan pakaian Luf,” ujar Ziqri jujur.
“Hah?” Lufya menilik pakaiannya dari atas ke bawah. Hairan! Apa yang tak kena? Semua okay kut. Buang tabiat ke?
Ziqri memegang bahu Lufya, memaksa Lufya untuk menghadapnya. Lufya akur.
“Too sexy! I don’t like it!” tegas.
Lufya ketap bibir kuat. Wajah Ziqri dipandang seketika. “Abang nak, Luf tukar?”
“YES!”
Lufya diam dan menilik sekali lagi pakaiannya. Tidak sampai beberapa saat, dia mengangguk tanda akur. “Luf, tukar sekarang,” katanya sambil menuju ke almari.
Ziqri hanya menghantar pemergian Lufya dengan pandangan ekor mata. Kalau Marsha, pasti berjela kutukan yang diterimanya. Rasa syukur bertamu di dalam hati, untuk keterbukaan Lufya mengenai perkara itu. Dia membawa langkahnya ke katil mereka dan melabuhkan duduknya perlahan.
“Kena pergi ke?” tanya Ziqri lagi.
“Luf, cuma nak check, sebab Damya tengah cuti,” jawab Lufya. Dia kembali dengan pakaian yang lebih sopan. Jumpsuit yang berlengan, kali ini. “Kenapa?” tanya Lufya sambil memandang Ziqri.
“Abang ingat nak ajak, Luf, keluar,” kata Ziqri lembut.
Lufya jeda sejenak. Mindanya berfikir dan bibirnya mengutarakan pertanyaan pada Ziqri. “Nak ke mana?”
“Sunway. Lama tak pergi…” pandangan Ziqri menikam wajahnya.
Lufya berfikir lagi dan pandangannya diarahkan pada wajah Ziqri.
“Petang nanti?” cadang Lufya tanda setuju.
Ziqri tersenyum seketika. “Boleh? Luf, tak sibuk?” tanya Ziqri meminta kepastian.
“Tak sangat,” jawab Lufya dengan senyuman menghiasi bibirnya.
“Abang tak kerja ke?” tanya Lufya lagi. Hairan, bila lelaki itu mengajaknya keluar ketika hari kerja.
“Abang sengaja ambil cuti. Nak luangkan masa dengan Luf. Sementara Mar, takde…”
“Bila, Mar balik?” tanya Lufya. Kepalanya ditoleh pada Ziqri.
Ziqri angkat bahu. “Mar tak bagitahu. Suka hati Mar, bila dia nak balik. Abang tak kisah,” kata Ziqri.
Terangkat kening Lufya mendengar jawapan itu. Melalui wajah Ziqri, bagaikan ada sesuatu yang tersirat. Dan kata-kata Ziqri, bagaikan memaksudkan sesuatu. ‘Jangan-jangan…’ Lufya menolak andaian yang bermain difikirannya. Dia tidak mahu perkara negetf mempengaruhi fikirannya.
“Abang tak tanya?” soal Lufya lagi. Dengan nada yang tidak puas hati.
“Abang tanyapun, Mar takkan bagitahu punya.”
Lufya berdecit. Dia menuju kepada Ziqri dan mengambil tempat di sebelah lelaki itu.
“Abang nak biar je ke? Itu tanggungjawab abang,”
“Bukan abang tak tegurpun. Dah banyak kali tegur,”
Lufya diam. Untuk salahkan Ziqri, dia tiada hak. Hanya Ziqri yang tahu apa yang perlu dia lakukan.
“Pandai-pandailah abang. Luf nak pergi ni. Tengahari nanti Luf balik,” kata Lufya seraya menyalami lelaki itu.
“Abang hantar,” tawar Ziqri.
Lufya yang tadinya hendak berdiri, kembali duduk. Pandangannya menujah wajah Ziqri.
“Tak susahkan abang ke?”
Ziqri senyum dan mengelengkan kepalanya.
“Kalau macam tu, jom lah. Kang lambat pula Luf,” ajak Lufya lembut. Dia bangun mendahului Ziqri.
“Kalau Hakim ada, jangan layan!”
“Okay, abang!”
Ziqri senyum lagi.
“Bagus!”
“Memanglah, Luf, bagus. Dengar kata suami, taat pada suami… kan?” Lufya kenyitkan matanya nakal. Saja mahu mengusik Ziqri.
Ziqri tergelak mendengarnya.
“Yelah Puan Lufya Adelia Binti Hj Maliki.”
Lufya ketawa kecil. Beg tangannya dicapai lembut dan langkahnya di bawa ke pintu bilik mereka, meninggalkan Ziqri yang sedang menukar pakaiannya.

“JAGA diri,” pesan Ziqri sebaik Lufya membuka pintu kereta itu.
“Terima kasih,” ucap Lufya sambil menghadiahkan senyumannya.
“Abang sayang, Luf,” tutur Ziqri lembut.
Lufya yang sudah mengeluarkan sebelah kakinya kembali menoleh dengan kerutan didahi.
“Abang ni… menyempat juga,” bebel Lufya.
Ziqri mengenyitkan matanya. “I love you,” katanya nakal.
Zap! Jantung Lufya bagaikan terkena kejutan elektrik saat menerima kenyitan mata nakal dari lelaki itu. Degupan jantungnya mula laju. Pipinya membahang malu.
“Er…” Lufya segera keluar dan menutup pintu kereta itu.
Ziqri tersenyum sendiri, bila melihat Lufya yang menggelabah.
‘Your stole my heart from somebody else!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience