ZIQRI berdiri menghadap lautan yang luas itu. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek. Hatinya sarat dengan persoalan. Sesekali dia memandang pada Lufya yang sedang melayang kesedihan di pondok yang tersedia. Dia sengaja membawa Lufya ke situ, sebelum mereka berangkat balik ke Kuala Lumpur.
“Demi kemaafan,”
Kata-kata Lufya itu, bagaikan tidak lari dari mindanya. Dia terasa dirinya dipergunakan oleh Lufya. Dia berdecit perlahan.
‘Jadi, selama ini… dia tak pernah ikhlas nak berkahwin. Dia buat semuanya demi kemaafan. Dan aku… boleh percaya bulat-bulat kat dia? Bodohnya kau Ziqri!’
Hati Ziqri mula memberontak. Dia mahukan kebenaran. Kebenaran yang jujur dan ikhlas dari bibir Lufya. Dia mula mengatur langkah menghampiri pondok yang di duduki oleh Lufya.
“Betullah selama ni, Lufya tak ikhlas kahwin dengan abang?” tanya Ziqri sebaik dia melabuhkan duduknya di sebelah Lufya.
Lufya tersentak. Dia memandang wajah Ziqri yang serius. Tiada senyuman terukir di wajah itu.
“Kalau Lufya tak ikhlas, Lufya takkan kahwin dengan abang,” balas Lufya dengan suaranya yang sedikit serak.
“Ye? Habis, yang Luf bagitahu ibu tu salahlah?” soal Ziqri.
Sepi seketika.
“Tak salah,”
“Betullah tak ikhlaskan? Luf pergunakan abang,” tuduh Ziqri.
“Luf tak gunakan abang,” nafi Lufya.
“Tipu! Entah-entah Luf nak balas dendam kat Marshakan?” tuduh Ziqri lagi.
Lufya tersentak. Sekali lagi dia terpaksa berdepan dengan situasi yang sukar baginya.
“Balas dendam? Abang ingat Luf ni jahat sangat ke? Sampai nak balas dendam?”
“Kenapa tak? Lufya sendiri cakap kat ibu yang Luf kahwin sebab sebuah kemaafan. Luf tahu apa abang rasa sekarang? Rasa di pergunakan. Baru abang sedar yang Lufya tak ikhlas sayangkan abang. Tak ikhlas nak lahirkan zuriat abang,”
“Abang! Apa abang cakap ni? Hah?” Lufya memandang tepat pada wajah Ziqri.
“Demi sebuah kemaafan tak bermakna Lufya tak ikhlas dengan abang. Lufya ikhlas nak tolong abang. Rasa sayang dan rasa cinta Lufya untuk abang lebih dari ikhlas,”
Lufya menggelengkan kepalanya kecewa. Terasa berat untuk menanggung bebanan itu. Dia penat melaluinya sendiri. Dia bangun dan memandang Ziqri.
“Luf ni memang tak berguna langsung. Takde harga. Rasa tak bernilai. Luf cuba nak puaskan hati semua orang, tapi Luf dah tak mampu. Tahu tak macam mana sakitnya bila kita terpaksa mengemis kasih sayang dari orang tua sendiri. Di pinggirkan kerana fitnah yang tak tahu datang dari mana,”
Lufya menyeka air mata yang berjuraian di pipinya.
“Luf nak semua orang bahagia. Gembira. Kalau boleh, jangan ada satupun yang menangis. Sedih. Tapi… Luf bukan malaikat. Luf manusia biasa.” Lufya teresak seketika.
Ziqri terkesima. Pertama kali dia melihat Lufya yang rapuh dan semangatnya bagaikan hilang dibawa ombak. Dia menyesal kerana menimbulkan topik itu.
Lufya memusingkan tubuhnya menghadap laut dan mula membuka langkahnya menuju ke gigi air. Air mata di pipinya setia mengalir. Mengingatkan beban yang datang bertimpa-tinpa membuatkan dia hilang kekuatan.
“Maafkan Lufya, ayah. Lufya tak sengaja. Lufya tak terniatpun,” rintih Lufya penuh perasaan kecewa.
Langkah Lufya, akhirnya memijak gigi air. Ombak kecil yang menghempas kakinya itu, di abaikan. Dia terus melangkah dan melangkah sehinggalah air mencecah ke lututnya.
Pekara itu membuatkan Ziqri sedikit cemas. Dia bangun dan berlari mendapatkan Lufya.
“Lufya,” panggil Ziqri, tidak keruan.
Lufya tidak menoleh, apatah lagi menyahut. Dia leka melayan perasaannya, sambil melangkah maju ke hadapan.
“Sayang,” panggil Ziqri sambil mencapai lengan Lufya.
Langkah Lufya terhenti. Dia memandang Ziqri dengan senyuman, biarpun air matanya masih terus mengalir.
Ziqri terkesima.
“Sayang,”
“Lepaskan Luf. Luf nak jumpa ayah. Nak minta maaf dengan ayah,”
Meremang bulu roma Ziqri ketika mendengar kata-kata Lufya itu. Dia mula takut.
“Apa sayang cakap ni?” Ziqri tidak keruan.
“Lepaskan Lufya. Kalau Lufya mati mesti semua senang hatikan. Yelah… Lufya ni bawa masalah je dalam keluarga. Tak pernah bagi kegembiraanpun,”
Ziqri menarik Lufya dalam pelukannya. Dia nampak kekecewaan pada wajah itu. Dia dapat mengesan betapa terlukanya Lufya ketika itu.
“Sayang, abang ada kan? Abang akan sentiasa dengan sayang…”
“Abang tipu! Abang akan ceraikan sayang bila abang dah dapat apa abang nak. Abang akan tinggalkan sayang. Abang akan ben…”
“Tak sayang. Sumpah! Abang sumpah yang abang takkan tinggalkan sayang. Apapun jadi,” janji Ziqri.
Lufya menangis di dalam pelukan Ziqri.
“Sayang penat abang. Penat sangat. Boleh tak sayang rehat?” tanya Lufya dalam esakannya.
“Boleh. Jom balik. Kita rehat kat rumah ye?”
“Tak nak! Sayang nak rehat selamanya. Tak nak kena kacau dah,”
Ziqri tersentak. Sekali lagi, bulu romanya meremang.
“Apa cakap macam ni ni. Tak baik tahu. Kalau sayang nak rehat selamanya, siapa nak teman abang,” pujuk Ziqri, sambil menarik perlahan tubuh Lufya ke tepian.
“Marshakan ada. Marsha lebih layak untuk abang,”
“Marsha dengan Lufya berbeza. Abang nak Lufya. Bukan Marsha. Kita balik ye, sayang,” pujuk Ziqri.
Lufya menunduk seketika. Air matanya di seka perlahan.
“Nak ayah,” rintih Lufya.
Ziqri mengeluh perlahan. Pelukannya di eratkan. Dahi Lufya di kucup bertalu-talu.
“Kita balik,”
Mereka berlalu meninggalkan pantai itu. Tujuan hanya mahu kembali ke Kuala Lumpur.
Share this novel