BAB 56

Romance Series 93123

KEMUNCULAN Lufya mengejutkan Ziqri. Satu kerutan didahi menjadi santapan mata Lufya saat dia masuk ke dalam bilik Ziqri.
Tanpa menunggu kata-kata Ziqri, Lufya menuju ke arah Ziqri yang masih terkejut. Satu senyuman manis dihadiahkan untuk lelaki itu dan selamba dia mencapai tangan Ziqri lalu menyalaminya.
Lidah Ziqri kelu. Menepis kebaikan Lufya ketika rajuknya masih beraja dihati? Tak mungkin! Dia sukakan sesi itu. Terserlah kelembutan pada wajah Lufya, sekaligus melenyapkan rajuk di hatinya. Damn it!
“Luf minta maaf, abang,” pinta Lufya lembut. Dia berdiri di tepi meja Ziqri sambil memandang Ziqri dengan harapan lelaki itu sudi memaafkannya.
Ziqri tidak berkata apa-apa, tapi dia tetap bangun dan menarik Lufya ke sofa yang tersedia di situ dan memaksa Lufya untuk duduk. Dia kemudian mengambil tempat di samping Lufya sambil memandang wajah Lufya yang mula keresahan. Tetap cantik dengan caranya sendiri.
“Kenapa cari abang sampai ke sini?” tanya Ziqri perlahan.
Lufya menunduk kemudian mendongak untuk menatap wajah lelaki itu.
“Luf, tahu yang abang kecil hati dengan Luf. Luf tak tenang bila ingat muka abang, sewaktu abang tinggalkan Luf kat bilik pagi tu,”ujar Lufya.
Ziqri mengeluh perlahan. Ternyata sikapnya itu memberi kesan pada Lufya. Dia menyandarkan tubuhnya ke sofa. Dia mengaku, yang dia tidak mampu menepis rajuknya tempoh hari. Ya, dia ada perasaan.
“Abang tak marahpun,” kata Ziqri lembut. Dia memandang Lufya sekilas.
“Tapi… abang pergi camtu je,” kata Lufya.
Sempat dia menilik tubuh Ziqri yang segak dengan kotnya.
“Mungkin abang kecil hati, tapi… takdelah sampai nak marah, Luf,” akui Ziqri.
Lufya mencapai jejari Ziqri sambil memusingkan tubuhnya untuk menghadap lelaki itu. “Luf, minta maaf. Luf, tak berniatpun nak menyinggung perasaan abang.” Lufya berdecit perlahan dan menunduk. “Luf, callpun, abang tak jawab. Mesej tak balas… Hati Luf tak tenang,” kata Lufya. Bibirnya diketap.
Ziqri sembunyi senyum. Dia sengaja mengabaikan panggilan dan mesej Lufya. Teringgin nak tengok tindakan Lufya. “Ni datang nak minta maaf je ke… atau ada agenda lain?” Ziqri menyengetkan bibirnya.
“Luf, setuju pasal rumah tu,” kata Lufya pantas.
Kali ini, Ziqri, tidak dapat menahan senyumannya dari terukir dibibir.
“Apa yang buat Luf setuju?” Ziqri menjongket keningnya.
“Demi sebuah impian,” balas Lufya. Dia kembali menatap wajah lelaki itu.
“Impian apa dan impian siapa?” soal Ziqri hairan.
“Impian abang dengan Mar untuk ada zuriat,” jawab Lufya tenang.
Ziqri diam. Lagi, lagi Marsha!
“Boleh tak kalau abang minta Luf satu perkara?” tanya Ziqri lembut. Pandangan lembut dihadiahkan pada Lufya.
Terangkat kening Lufya mendengar soalan itu.
“Tolong bagi abang rasa, apa itu hidup berumah tangga. Bukan kerana Marsha ataupun abang. Lakukan kerana kita berdua…dan berhenti fikirkan tentang kebahagiaan orang lain. Abang janji, Luf akan bahagia.” Mendengar kata-kata Ziqri itu. Lufya kaget.
“Abang…” tutur Lufya setelah beberapa saat membisu. “Luf, tak pasti dengan permintaan abang. Luf, tak nak khianat kepercayaan Mar,” sambung Lufya.
“Abang tahu tu. Tapi, Luf… kita boleh jalani hidup seperti itu sementara kita masih pasangan suami isterikan?” Ziqri menggenggam jejari Lufya dan menatap anak mata Lufya dengan penuh harapan.
“Tapi…,”
“Lufya, itu saja yang abang mahukan dari Luf. Dengan Mar, abang tak rasa semua tu. Bila dengan Luf, abang tahu apa rasanya dihormati oleh seorang isteri. Abang tak paksa, Luf, untuk sayangi atau cintakan abang. Kalau Luf kata, Luf nak jaga hati semua orang, bahagiakan semua orang… tolong bahagiakan abang juga,” pinta Ziqri lagi. Wajah Lufa ditatap lembut.
Lufya kaku mendengar permintaan itu. Mindanya membeku.
“Tolong….” Sekali lagi Lufya dalam dilema.
Perkara itu tidak mudah. Semunya melibatkan perasaan. Perasaan antara lelaki dan wanita. Bukan seorang wanita, tapi dua orang. Lebih merumitkan, mereka bersahabat baik. Melaksanakan permintaan itu sama saja mengkhianati rakannya. Tapi, Ziqri adalah suami.
“Luf, cuba…”
“Thank’s a lot sayang… I promise, you will be happy with me… Biarpun hanya sekejap…”
Saat melafazkan itu, Ziqri tidak tahu, perkara itu akan menjadi masalah paling utama dalam perhubungannya bersama Marsha. Keinginannya, hanya untuk merasai nikmat rumah tangga yang sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience