BAB 80

Romance Series 92840

LUFYA dan Damya tiba di majlis itu sebelum angka lapan malam. Ketika mereka berdua tiba di lobi hotel, pandangan Lufya terkunci pada sepasang suami isteri yang turut menghala ke arah mereka. Langkahnya terkunci dan pandangannya menyoroti kedua tubuh yang amat dikenalinya itu.
Senyuman yang terlakar di bibir Ziqri dan Marsha, bagaikan satu pemandangan yang menyakitkan matanya sendiri. Dengan keadaan Marsha memaut lengan kekar Ziqri, hati Lufya dipagut rasa sedih dan kecewa. ‘Kalaulah Mar adalah aku,’ desis hatinya.
‘Kau tak berhak untuk rasa apa-apa, Luf,” kata hatinya. Dia menyedarkan dirinya sendiri. Siapa dia dan untuk apa dia berada di antara mereka berdua.
“Luf, kau pandang siapa?” Pandangan Damya turut dihalakan ke arah pandangan Lufya dan spontan mulutnya ternganga. Perlahan dia memandang Lufya yang setia memandang pada pasangan itu.
Lufya terus memandang, sehinggalah Marsha dan Ziqri menyedari kehadiran mereka.
“Luf...” Riak wajah Ziqri berubah serta merta. Marsha yang berada di sampingnya itu dipandang sekilas.
Langkah mereka berdua berhenti serentak.
“Aik! Korangpun ada?” tanya Marsha. Sempat dia mengerling Ziqri yang kelihatan serba salah. Bibirnya diherot ke tepi. Sinis. ‘Baguslah. Boleh aku sakitkan hati minah ni,’ bisik hati Marsha.
Lufya tersenyum. Cuba untuk menenangkan dirinya sendiri.
“Hai, tak sangka jumpa kat sini,” tegur Lufya. Cuba berlagak tenang. Dia memusingkan tubuhnya untuk menghadap lif.
“Takkan kau lupa siapa Ziqri,” kata Marsha separuh menyindir. Dia mengeratkan lagi pautannya dan membawa Ziqri berdiri sebaris dengan Lufya dan Damya.
Lufya tersenyum kelat. Pandangan dia dan Ziqri bersatu sejenak.
“Tak lupa. Cuma tak sangka je,” jawab Damya selamba mencelah. Dia tidak suka cara Marsha menjawab pada Lufya. Pandangan sinis Marsha pada Lufya itu menyakitkan hati Damya. ‘Cucuk mata, baru tahu,’ bisiknya di dalam hati.
“Luf, buat apa kat sini?” tanya Ziqri. Lembut.
Marsha menjeling dia. Berbulu telinganya mendengar nada lembut Ziqri ketika bercakap dengan Lufya. Berbeza ketika bercakap dengannya. ‘Sial!’ kutuk hatinya. Sumpah, dia menyampah.
“Saja. Ada makan malam kat atas,” jawab Lufya. Lembut.
Pintu lif di hadapan mereka, akhirnya terbuka. Mereka berempat, masuk serentak.
Lufya mengambil tempat di belakang pasangan itu, tanda tidak mahu mengganggu mereka berdua. Mata Lufya sesekali memandang pautan Marsha pada lengan Ziqri. Api cemburunya bertandang di dalam hati. Wajahnya sedikit suram dengan keadaan itu.
“Are you okay, babe?” tanya Damya. Pandangannya menikam wajah Lufya.
Serentak Marsha dan Ziqri menoleh padanya, membuatkan dia menggelabah menerima pandangan itu. Marsha menayangkan senyuman sinis. Manakala Ziqri kelihatan rasa bersalah.
‘Minah ni…’ Lufya mengetap bibirnya kuat. Satu jelingan tajam di hadiahkan pada Damya. ‘Ada juga yang aku sekeh karang. Nak malukan aku ke ape…’ kata Lufya di dalam hatinya.
“Aku okay je. Kenapa pulak tak okay,” jawab Lufya tenang.
Damya tersengih mendengar jawapan itu. Melalui jelingan itu, dia tahulah yang Lufya tidak suka di soal sebegitu. Apatah lagi dengan kehadiran Ziqri dan juga Marsha di hadapan mereka.
“Aku salah soalan erkh?” usik Damya. Bagaikan sengaja mahu menimbulkan api kemarahan Lufya.
“Hmmm…” balas Lufya. Dingin. Dia menundukkan wajahnya.
Lif yang mereka naiki, akhirya berhenti di tingkat tiga.
Bila pintu lif terbuka, Lufya membiarkan Ziqri dan Marsha keluar terlebih dahulu. Lengan Damya sengaja dipegangnya kuat.
Damya menghadiahkan pandangan hairan dengan tindakan Lufya itu. Keningnya di angkat tanda bertanya.
“Tunggulah kejap. Biar diorang pergi dulu,” kata Lufya perlahan. Takut ada yang mendengar.
“Kau cemburu?” tuduh Damya.
Riak wajah Lufya berubah, mendengar tuduhan itu. Wajahnya membahang bila soalan itu diajukan padanya. Dia keluar dari lif itu. “Mana adalah!” dalih Lufya.
Damya tergelak mendengar kata-kata itu. Dia menyaingi langkah Lufya. “Yeke… aku nampaklah, Luf,” kata Damya separuh mengejek.
“Kau ingat… aku ni tak sedar diri ke? Nak cemburu bagai…” keluh Lufya.
“Kau ada hak nak cemburu. Kaupun isteri dia,” balas Damya.
“Isteri sementara,” balas Lufya.
Damya diam. Langkah mereka semakin menghampiri tempat itu dan akhirnya tiba di hadapan pintu.
“Beautiful lady…” Langkah Lufya dan Damya berhenti dan pandangan terus dibuang kepada suara garau itu.
Satu lagi kejutan. Hakim sedang berdiri di hadapan pintu sambil pandangannya dihalakan tepat pada mereka berdua.
Damya dan Lufya berpandangan dan dahi Lufya berkerut. Kali terakhir dia berjumpa dengan Hakim, adalah ketika lelaki itu meluahkan perasaan padanya. Selepas itu, lelaki itu menghilang tanpa dikesan. Perkara itu juga yang membuatkan Hakim menghantar orang lain untuk mengajar pekerja-pekerjanya,
“Hakim, lama tak jumpa. Buat apa kat sini?” Lufya berbasa basi.
“Haah… lama tak jumpa. Sibuk ke?” tanya Damya pula.
Hakim memandang mereka berdua silih berganti kemudian satu pandangan aneh dihadiahkan pada Lufya.
“Saya buat apa kat sini?” Hakim tersengih sambil mengangkat keningnya. “Saja datang atas jemputan…” jawab Hakim. Wajah Lufya terus-terusan dipandangnya penuh makna. Pandangannya tidak mungkin menipu. Lelaki yang bersama pasangannya sebentar tadi itu, amat dikenalinya.
Lufya mula rasa tidak selesa. Dia menarik tangan Damya menuju ke meja petugas itu, untuk menyerahkan tiket masuk. Baru selangkah ke hadapan…
“Luf, awak kahwin dengan suami orang ke?”
Langkah Lufya terhenti, dan dia mendengus tawa. Wajah Damya yang kelihatan tergamam itu di kerling sekilas. “Perlu ke awak tahu semua tu?”
Hakim mengeluh perlahan. Langkahnya dibuka untuk menghampiri Lufya.
“If I say yes?”
“None of you business!”
“You’re my business, Lufya Adelia!”
Lufya merengus kasar. Dengan kasar dia memusingkan tubuhnya ke kanan. Menghadap tubuh Hakim yang tinggi lampai itu.
“Jauhkan diri awak dari saya!”
“Kalau saya tak nak?”
Pandangan Hakim tepat pada wajah Lufya. Pandangan mereka bersatu.
“Awak layak untuk dapat yang lebih baik, Lufya. Awak cantik. Full package… tapi kenapa suami orang?” Hakim mempertikaikannya.
“Wait! Suami orang? Ape bende kau mengarut ni, Hakim?” soal Damya, dengan nada hairan. Wajah Hakim dipandang hairan dan beralih pada Lufya. “Lufya?”
Hakim mendengus tawa. Wajah Damya dipandang sejenak.
“Tak payah nak pura-puralah, Damya. Aku dah tahulah,” kata Hakim sinis.
“Luf?” Damya tayang riak tidak percaya.
Lufya berdecit. Kepalanya terasa pening menghadap situasi itu.
“Aku nak balik,” kata Lufya, seraya memusingkan tubuhnya untuk melangkah pergi.
“Hish!” Damya laju menarik lengan Lufya sambil menjeling Hakim.
“Lepaslah! Aku nak balik!” Lufya cuba merentap lengannya namun terhenti saat mendengar suara Hakim.
“Awak memang suka mengelak ye? Kenapa nak balik. Dah sampaikan? Masuk je lah. Hadapi kenyataan dengan berani,” sindir Hakim.
Lufya memandang Hakim dengan pandangan tajam.
“Saya memang dah lama terima kenyataan ni, Hakim. Memang dia suami orang. Tapi, itu bukan alasan untuk awak masuk campur urusan hidup saya!” kata Lufya tegas.
“Betul tu!” sampuk Damya.
Hakim mengeluh kasar.
“Saya sayangkan awak, Lufya. Saya boleh jaga awak…”
Lufya mengeluh kasar. Damya melopong ketika mendengar kata-kata Hakim itu.
“Saya tak layak untuk awak!” tegas Lufya. Dia tidak mahu mengambil peduli tentang Hakim. Biar apapun yang akan dikatakan oleh lelaki itu.
Hakim mengalah.
Langkahnya di atur menuju ke meja itu, dan tiket di dalam dompetnya dikelurkan dan diserahkan pada gadis itu. senyuman nipis dihadiahkan untuk gadis itu. Mereka beriringan masuk, meninggalkan Hakim yang berada disitu.

“KAU okay tak ni?” soal Damya, sebaik mereka mengambil tempat mereka.
Lufya membiarkan soalan itu berlalu bagai angin yang lalu di telinganya. Matanya ralit memerhati sepasang suami isteri yang sibuk beramah mesra dengan rakan-rakan semeja mereka. Dia tidak mampu menghalang api cemburunya yang mula beraja di hatinya. Melihat lelaki yang mula dicinta dan disayang, bersama dengan perempuan lain, hatinya dipagut rasa sedih. Hatinya mula kesal dan menyesal atas apa yang dilakukannya.
Marsha juga seolah sengaja memperlihatkan kemesraan mereka berdua. Tanpa segan silu, Marsha mencium dan memeluk Ziqri di hadapan semua orang. Menunjukkan betapa bahagianya mereka berdua. Senyuman manis yang terukir dibibir Ziqri, menggamit rasa terkilan dihatinya.
“Lufya…” panggil Damya, sambil menepuk bahunya membuatkan Lufya tersentak.
Lufya memandang Damya. “Kenapa?”
Damya memandang ke arah yang dipandang oleh Lufya sebentar tadi. Melihat kemesraan mereka berdua, membuatkan Damya mencebik tanda menyampah.
“Takde tempat lain ke nak bermanja? Kat sini juga dia buat. Sengaja nak sakitkan hati orang,” kutuk Damya. Selamba.
“Damya,” tegur Lufya. Pandangan tidak senang dihadiahkan pada Damya.
Damya tersengih.
“Takdelah. Aku Cuma menyampah tengok perangai kawan baik kau tu. Macam tak boleh nak bermanja kat rumah,” kata Damya.
“Biarlah dia. Itu hak dia…” kata Lufya.
Damya diam. Dia sudah masak dengan Lufya yang lebih suka bersikap professional daripada melayan perasaannya sendiri.
Majlis itu dimulakan dengan bacaan doa, kemudian tetamu mula dihidangkan dengan jamuan yang cukup menyelerakan. Walaubagaimanapun, Lufya tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya. Dia terganggu dengan kemesraan Marsha dan Ziqri. Jujur, hatinya mengharap Ziqri menghampirinya dan melayaninya sebagaimana Marsha menerima layanan itu. Tapi harapan itu hanyalah harapan semata. Tiada kesudahannya, sehinggalah majlis itu berakhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience