BAB 121

Romance Series 93123

LUFYA kehilangan arah tujuan di tengah jalan raya yang terbentang luas. Dia yakin, yang wajahnya sudah menjadi topik perbualan hangat di seluruh Malaysia. Perasaan malu bertamu di hati. Dia langsung tidak menyangka pengakhirannya sebegitu rupa. Kereta yang dipandunya itu dibawa ke bahu jalan.
Tidak mampu untuk terus menahan perasaan.
“Argh!” jeritnya perlahan. Kedua tangannya memukul stereng kereta itu berkali-kali disertai dengan air mata yang merembes keluar. Dia langsung tidak terasa sakitnya ketika itu.
“It hurting me a lot!” Lufya menyembamkan wajahnya pada stereng kereta setelah puas memukulnya.
Kecewa. Sedih. Terkilan. Paling penting, dia rasa dirinya dikhianati. Terasa dirinya langsung tidak berharga pada semua. Wajah insan-insan yang dia sayangi, satu persatu muncul di benaknya. Tangan kanannya juga turun ke perutnya yang sudah mula terbentuk.
“Maafkan mama sayang…” bisik Lufya di dalam hatinya.
Kali ini dia tekad. Apa sahaja yang terjadi, dia dan Ziqri harus berpisah. Tak kisahlah apa yang terjadi sekalipun. Kalau dia masih meneruskan hubungannya dengan Ziqri, dia adalah perampas. Dia yang merosakkan hubungan Ziqri dan Marsha. Dia yang membuatkan mereka berdua berpisah. Dia tidak mahu berbahagia di atas penderitaan sahabatnya sendiri. Tapi kuatkah dia?
“Aku cintakan dia… tapi aku tak boleh bersama dengan dia. Dia milik Marsha. Aku kena pergi! Ya, aku mesti pergi jauh,” tekad Lufya.
Air matanya di kesat kasar. Dia tekad untuk menamatkan hubungannya antara dia dan juga Ziqri.
“Maafkan Lufya, abang,” getusnya.
Dia kembali memulakan pemanduannya, untuk kembali ke pejabat.

SETIBA di Beauty and Health by Luf, sekali lagi Lufya menerima kejutan. Beberapa orang wartawan gosip kelihatan sedang berdiri di hadapan bangunan itu. Masing-masing terjenguk ke dalam.
Lufya meletakkan keretanya di sebelah kanan bangunan dan mencapai telefonnya untuk menghubungi Damya. Hanya deringan pertama, Damya sudah menjawab panggilannya.
“Weii… kau kat mana? Kalau kau nak balik pejabat, aku rasa baik kau batalkan. Wani bagitahu yang wartawan tengah tunggu kau,” kata Damya cemas.
“Aku tahu. Aku ada kat tepi bangunan ni,” ujar Lufya.
Kedengaran keluhan lega dari Damya.
“Kau balik je. Biar aku dengan Zarina uruskan semua tu. Apa-apa aku bagitahu. Tapi… janji dengan aku yang kau akan okey,” pinta Damya.
Lufya mengetap bibirnya kuat. Rasa terharu mengisi ruang hatinya. Perhatian yang mereka berikan padanya membuatkan dia rasa disayangi.
“Aku janji… terima kasih Damya. Aku terhutang budi kat kamu berdua,” ujar Lufya sedikit bergetar.
“Hish! Kau ni. Kitakan kawan sampai syurga,”
Lufya mula menitiskan kembali air matanya. Alhamdulillah! Masih ada lagi yang menganggap dia kawan.
“Aku tiba-tiba rasa diri aku tak layak untuk semua tu, Damya. Aku ni perampas…”
“Lufya! Kita berdua tahu apa yang dah jadi. Tak payah nak salahkan diri sangat. Adapun yang perlu salahkan diri… itu Marsha. Bukan kau,” pintas Damya dengan nada yang sedih.
Lufya diam seketika. Patutkah dia salahkan Marsha? Tidak!
“Kau balik, rehat. Aku tahu kau letih. Jaga diri, jaga kandungan kau. Kau tak boleh tertekan sangat. Karang cian kat baby,” sambung Damya lagi, memberi pesanan.
“Terima kasih Damya,” ucap Lufya lembut.
“Anything for you!”
Lufya mengeluh perlahan, selepas talian di tamatkan. Sepatutnya dia bersyukur kerana masih ada yang sudi berdiri bersamanya dan mempertahankan dirinya. Kebaikan yang ditonjolkan oleh Damya dan juga Zarina, cukup untuk membuat dia terharu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience