DUA hari demam panas, Ziqri akhirnya kembali sihat seperti sediakala. Dia terhutang budi pada Lufya, yang telah menjaganya sepanjang dia demam. Marsha langsung tidak menghubunginya. Ini kerana, waktu itu adalah waktu yang telah ditetapkan oleh Marsha, untuk dia dan Lufya.
“Abang nak pergi dah?” tanya Lufya, muncul dari bilik air.
Ziqri menoleh seketika dan kembali memandang cermin, dihadapannya. “Ye. Ada benda abang kena uruskan tengahari ni,” balasnya.
Lufya mendekati tubuhnya, dan meraba dahi Ziqri. Panasnya sudah tiada. Dia hela nafas lega.
“Abang janganlah kerja kuat sangat. Kan dah sakit,” ujar Lufya. Teguran seikhlas hati untuk suaminya.
Teguran itu, membuatkan hati Ziqri berbunga-bunga. Kalau Marsha, bukannya dia dipedulikan. Minta duit, adalah. Menggeleng dia seketika.
“Macam mana tak kerja kuat. Abangkan ada bini dua,” balas Ziqri dengan nada meleret.
Lufya yang sudah menuju ke almari, kembali menoleh.
“Sebab ada dua binilah, jangan nak kerja kuat sangat. Kang sakit… siapa nak bagi makan kat kami bedua,” kata Lufya lagi. Langkahnya diteruskan.
“Cari makan sendirilah. Takpun, abang tumpang glamour, Luf.” Selamba Ziqri memberi pendapat yang tidak masuk akal.
Lufya ketawa kecil. “Boleh je. Asalkan, abang sanggup jadi supir,”
“Amboi… supir ye?”
“Mestilah. Namapun, nak tumpang glamour. Kan…”
Ziqri menjuihkan bibirnya.
“Banyak-banyak benda, supir juga yang Luf pilih. Takpelah. Supir, pun supirlah. Yang penting… Luf, sentiasa dengan abang,” balas Ziqri, dengan nada yang sengaja di leret-leretkan.
Lufya yang berada di ruangan almari, hanya menggeleng. “Ada saja…”
SEBELUM ke pejabat, Ziqri sempat menyinggah ke rumahnya bersama Marsha. Saja, mahu menjenguk Marsha yang menyepi sejak dua hari lepas. Semalam, Marsha hanya meninggalkan mesej untuk meminta duit belanja tambahan. Perkara itu memeningkan kepala Ziqri.
Sempat dia menyinggah di mesin pengeluaran duit, untuk mengeluarkan sejumlah duit yang dimahukan oleh Marsha dan meneruskan perjalanannya sehingga tiba di hadapan rumah mereka.
Tersenyum lebar, Marsha melihat kehadirannya di dalam bilik mereka. Dengan keadaan yang baru sahaja bangun dari tidur. Rambut masih kusut masai dan hanya gaun malam yang menampakkan kulit, menjadi penutup tubuh Marsha. Namun, Ziqri seakan sudah tidak terbuai dengan keindahan tubuh itu, setelah adanya Lufya.
“Baru bangun ke?” tanya Ziqri, berbasa basi tanpa ikhlas. Dia duduk di birai katil sambil memandang Marsha yang masih bermalas-malasan di atas katil.
Marsha menayang sengihannya. “Macamlah you tak biasa,” jawabnya selamba.
“Dah biasa sangat. Sampai dah malas nak ambil tahu,” balas Ziqri. Malas.
Marsha menyengetkan bibirnya. Menyampah. “You ada bawa tak duit I?” tanya Marsha sedikit tinggi.
“You buat apa duit banyak tu?” tanya Ziqri, ingin tahu.
Marsha berdecit. Dia tidak suka tujuannya dipersoalkan, bila perkara itu, berkaitan dengan duit.
“I nak shopping,” jawab Marsha, acuh tak acuh.
Ziqri mendengus kasar. “Lagi-lagi shopping. Kalau bukan shopping, bercuti. Takde aktiviti yang tak membazir duit ke?” soal Ziqri dengan nada tidak puas hati.
“Nothing! Ini je, yang I tahu buat,” balas Marsha, tanpa memikirkan perasaan Ziqri.
“Semua yang you tahu ni, tak berfaedah langsung. Perabis duit je. Bukan dapat apa-apa,” komen Ziqri.
Marsha merengus kasar. “Dah ini je yang I suka buat. You nak I buat apa?” Sedikit kasar.
Ziqri berdiri dan mengambil dompetnya di poket belakang, lalu mengeluarkan sejumlah duit bernilai seribu ringgit.
“Ini je, I dapat bagi kat you. Lagipun, bulan ni belanja you dah banyak sangat. Isteri I bukan you seorang.” Ziqri menghulurkan duit itu pada Marsha.
Marsha menarik muka masam, sebaik Ziqri menghulurkan duit itu. Satu dengusan kasar dilepaskannya.
“Cammonlah Ziq. Takkan ini je. Mana nak cukup,” rungut Marsha kasar. Dia tidak menyambut huluran itu.
Berkerut dahi Ziqri. Duit yang berada di tangannya itu, diletakkan di hadapan Marsha.
“Tak cukup, you cukupkan,” balas Ziqri sambil menutup kembali beg duitnya.
Marsha merengus lagi. “Ish! You ni….” Marsha menghempas kasar tangannya ke tilam. “Luf, tak perlu duit dari you lah. Duit dia lagi banyak dari you,” sambung Marsha sedikit membentak.
Ziqri menjeling tajam.
“Dia memang tak perlu duit, tapi dia dalam tanggungan I. Tak belajar hukum ke? Nak I tolong cari kat google? Ke… upah ustaz untuk ceramahkan you?” sindir Ziqri.
Marsha mengetap bibirnya. Terasa mendenngar sindiran itu.
“Tapi, you dengan dia kan kahwin sekejap je. Buat apa nak tunaikan semua tanggungjawab tu?” bantah Marsha pula.
Ziqri menggelengkan kepalanya. Betullah, Marsha terlalu buta.
“Lebih baik buta penglihatan, daripada buta ilmu,” sindir Ziqri lagi. Dia membuka langkah menuju ke pintu bilik dan menoleh pada Marsha sambil menjongket keningnya sinis. “Sebelum you nak pergi shopping pakaian, kasut, barang kemas atau makeup, you better check your wardrobe. Dah penuh dengan barang yang belum terpakai lagi. Kalau I dah malas nak tengok… I buka booth kat depan, angkut semua barang you dan buat garage sale. Jual seringgitpun, dapat juga hasilnya… kan?”
Cerlungan mata Marsha itu, tidak dipedulikan. Ziqri meninggalkan, Marsha yang kelihatan bengang, mendengar kata-katanya itu. Bibirnya di herot ke tepi. Sinis dan puas hati.
Share this novel