Get the app for full experience
SELEPAS mereka kembali dari Pantai Morib, Ziqri terus sahaja balik ke rumah Marsha, setelah menghantar Lufya, ke apartment mereka. Berkali-kali juga, Ziqri meminta maaf, kerana terpaksa meninggalkan Lufya bersendirian di situ. Nasib baik, Lufya memahaminya.
“Ziq! I miss you so much!” luah Marsha. Tubuh Ziqri dipeluknya.
Berkerut dahi Ziqri, namun dia tetap membalas pelukan itu. “Miss you too,” balasnya perlahan.
Melihat reaksi itu, Marsha meleraikan pelukan dan memandang Ziqri penuh persoalan. Tangannya masih memegang tangan Ziqri.
“You dari rumah, Luf?” tanya Marsha ingin tahu.
“Hmmm…” Ringkas. “Dah you takde kat rumah. Mana lagi I nak pergi,” sambungnya.
Marsha angguk kepala. Dia menarik Ziqri ke sofa.
“I beli hadiah untuk you dan madu kesayangan I,” kata Marsha. Teruja!
Terangkat kening Ziqri mendengar kata-kata bernada teruja itu.
“Yeke… apa dia?” tanya Ziqri ingin tahu.
Marsha membuka beg pakaiannya itu dan mengeluarkan sebuah bungkusan yang dibungkus indah. Menarik!
Bungkusan itu dihulur pada Ziqri. “Ini untuk you,”
Ziqri segera menyambut huluran itu, tapi hatinya tidak terpanggil untuk membukanya.
“Seronok bercuti?” tanya Ziqri. Pandangannya menikam wajah Marsha.
“Mestilah! I jalan-jalan kat banyak tempat. Sangat excited! You know,” jawab Marsha. kelihatan gembira dengan percutiannya.
Ziqri menganggukkan kepalanya.
“Bertuahlah you. Dapat bercuti…” ujar Ziqri.
Marsha menarik senyuman gembira. Dia mengambil tempat di sebelah Ziqri.
“Next time kita pergi berdualah. Dah lama kita tak bercuti,” kata Marsha.
“Hmmm…” balas Ziqri dengan nada malasnya.
Marsha mendengus. Dari tadi, tiada langsung riak teruja lelaki itu. yang ada hanya kedinginan sahaja.
“You ni kenapa?” tanya Marsha. “Bosan!”
Ziqri mengeluh perlahan. “I penat Mar. Dari Pantai Morib kena berkejar pula balik kat sini. Penat!”
Berkerut dahi Marsha mendengar jawapan itu.
“Pantai Morib? You pergi Pantai Morib dengan Luf?” soal Marsha tidak puas hati.
“Yelah! Nak ajak you, bukannya you ada kat sini kan?”
Marsha berdecit. “Tapi, you boleh tunggu I balikkan?”
“I dah minta cuti tu lama dulu. Ingatkan nak buat kejutan kat you. Tiba-tiba you pergi bercuti. Padanlah muka you,” kata Ziqri selamba.
“Ish! you ni buat sakit hati je lah,” rengus Marsha. Tubuh Ziqri ditolaknya kasar tanda sakit hati.
“You sakit hati? I lagi sakit hati,” balas Ziqri. Dia bangun dari duduknya dan meninggalkan Marsha di situ sendirian.
Marsha mendengus geram.
“I BENCI YOU!” pekik Marsha geram.
“Me too…” balas Ziqri selamba.
Ziqri tersenyum sendiri, bila mengingatkan tentang Lufya. Marsha bagaikan tidak wujud ketika itu. Baru sekejap mereka berpisah, dia sudah di ulit rasa rindu.
“Parah ni,” getusnya perlahan.
Dia mencapai gelas dan mengambil air minumnya. Satu persatu kenangan yang mereka cipta bersama, terimbas kembali dalam memorinya. Senyuman Lufya, suara manja Lufya, rengekan dan ketawa manja Lufya. Aish! Boleh gila dia dibuatnya.
Tarikan yang ditunjukkan oleh Lufya bagaikan magnet yang menariknya untuk terus memikirkan tentangnya. Rasa itu, semakin mekar dan mewangi dalam dirinya.