Get the app for full experience
ZIQRI mencampak kasar telefon bimbitnya itu ke atas meja. Berita yang baru sahaja di bacanya, mengundang kemarahannya. Sampai bila Lufya kena menghadap perkara sebegitu. Dengan keadaan yang sedang mengandung, emosinya terganggu. Dia sebolehnya mahu Lufya menjalani harinya dengan tenang tanpa gangguan.
Dia merengus kasar.
“Betul-betul dugaan!”
Bukan Lufya saja yang terganggu emosinya, tapi dia juga terasa kerana perkara itu melibatkan mereka berdua.
Pintu biliknya ditolak kasar dari luar. Daniel muncul dengan wajah yang risau.
“Kau okey tak ni?” tanya Daniel sambil melabuhkan punggungnya di kerusi yang berada di hadapan Ziqri.
“Kau nampak aku okey ke?” tanya Ziqri perlahan.
Daniel mengeluh perlahan. Dia tidak menyangka kontroversi sepupunya itu semakin hangat diperkatakan.
“Kau kena buat sesuatu. Tak boleh nak diam macam ni. Papa dengan mama aku dah bising pasal ni. Buat malu keluarga,”
Ziqri merengus kasar.
“Kau ingat aku suka semua benda ni? Akupun tak tahu, ni kerja siapa. Kalau aku tahu, siapa punya kerja. Memang habislah aku kerjakan,” balas Ziqri berang.
“Marah tak menyelesaikan masalah Ziq. Kau kena tahu punca cerita ni,”
“Puncanya Marsha,”
“Kau buat dia mengaku,” cadang Daniel.
“Kau ingat Marsha tu bodoh ke nak mengaku? Sekarang ni bukan Marsha je, tapi keluarga Lufyapun dah keluar kenyataan menyokong Marsha. Ibu Lufya sendiri dah tak mengaku Lufya tu keluarga diorang,” ujar Ziqri.
Daniel diam sejenak.
“Aku kesian kat Lufya je sekarang ni. Emosi dia terganggu. Dahlah tengah mengandung. Apapun kenyataan yang aku keluarkan, belum tentu lagi orang nak terima bulat-bulat,” kata Ziqri lagi.
“Gilalah korang ni. Aku rasa ini dah jadi kontroversi paling hangat tahun ni. Lufya yang model biasa je, dah jadi terkenal sebab kontroversi sampah ni,” komen Daniel.
“Aku berul-betul buntu. Aku tak tahu nak buat apa. Mesti Lufya tengah kecewa sekarang,” luah Ziqri, dengan nada terkilan.
“Kau kena cari jalan. Buktikan yang kamu berdua tak salah,” kata Daniel lagi.
“Nak cari jalanlah ni…”
Daniel memandang wajah Ziqri yang kegelisahan, mungkin cadangannya boleh digunakan. Dia sangat berharap, kehidupan Ziqri dan Lufya kembali tenang seperti sebelum ini.
lembab betullah si zikri ni