BAB 123

Romance Series 93123

LUFYA masuk pejabat ketika waktu sudah menginjak ke tengahari. Pekerja yang sedang berkumpul di ruangan hadapan itu memandang padanya sebaik dia melangkah masuk kedalam.
Dahi Lufya berkerut ketika menerima pandangan aneh dari mereka.
“Kenapa?” tanya Lufya, hairan.
“Banyak customer minta refund. Tak jadi ambil barang,” jawab Mira dengan wajah sedih.
Yang lain turut menunduk.
Damya menjengilkan matanya pada Mira sambil membuat isyarat mata, tanda amaran.
Lufya terdiam kemudian perlahan dia melorek senyuman kelatnya.
“Takpelah Damya. Memang aku perlu tahu benda ni,”
“Tapi…”
“Zarina mana?” tanya Lufya sambil memandang sekeliling.
Damya memuncungkan mulutnya ke arah stor. “Ada kat stor. Tengah periksa stok,”
Lufya menganggukkan kepalanya. Dia menuju ke sofa lalu duduk dengan perasaan kecewanya. Laju sungguh gosip itu tersebar. Dia tidak menyangka yang perkara itu akan memberikan impak yang besar terhadap perniagaannya.
“Kau kena sedia tahu. Bila-bila je wartawan serbu tempat ni,” tegur Damya, menghampirinya.
Lufya menyandarkan tubuhnya perlahan.
“Biarkan diorang,” jawabnya malas.
“Kau tak boleh diam macam ni Lufya. Kau kena pertahankan diri kau,” tegur Damya dengan nada tidak puas hati.
Lufya memandang Damya seketika.
“Aku nak cakap apa? Aku rampas suami orang? Macam tu?”
Damya berdecit.
“Yang kau nak mengaku benda yang kau tak buat, kenapa? Ceritakan perkara yang betul. Berani kerana benar. Takut kerana salah!”
“Tapi hakikatnya, aku ni perampas, Damya!”
“Kau tak rampas! Ziqri sendiri cakap yang dia sayangkan kau!”
“Dia suami Marsha!”
“Suami kau juga!”
“Suami sementara!”
Damya mengeluh kasar. Punggungnya dihempas kasar ke sofa.
“Sampai bila kau nak bahagiakan orang, Lufya? Hati kau sendiri sakit. Marsha tak layak untuk Ziqri!”
“Selagi aku mampu! Kau silap, Damya.Aku yang tak layak untuk Ziqri!”
Lufya mengeluh perlahan. “Aku malas nak cakap pasal benda ni,”
“Kau malaspun, kau tetap kena hadap. Benda ni takkan selesai selagi kau dengan Ziqri tak buka mulut. Ibu kaupun dah buka mulut. Sepupu kau si gatal tu lagilah. Macam-macam dia cakap kat kau. Kau tak rasa nak bela diri ke?”
“Kalau aku bela diri, apa yang aku dapat?”
Damya berdecit kasar.
“Takkan kau nak biarkan maruah kau dipijak-pijak?”
“Kalau itu yang diorang nak,”
Damya memandang Lufya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
“Aku tak fahamlah dengan kau ni. Asyik nak membisu, bila masalah nak selesai.
“Ada ke jaminan masalah ni selesai, kalau aku buka mulut?”
“At least… orang takkan hina kau lagi. Orang takkan pandang serong kat kau,” ujar Damya.
“Mana kau tahu?”
“Hish! Susahlah nak cakap dengan kau ni!” bentak Damya. Mula geram dengan sikap Lufya.
Terangkat kening Lufya melihat Damya yang mula geram.
“Damya, aku tahu yang kau risaukan aku. Aku bukannya tak nak bersuara. Cuma aku tunggu masa yang sesuai. Lagipun benda ni melibatkan ramai pihak. Selagi Marsha dengan Ziqri tak buka mulut, akupun tak boleh nak suka hati bagi kenyataan,” ujar Lufya akhirnya.
“Kau nak tunggu Marsha buka mulut? Entah-entah dia malukan kau,” kata Damya.
“Suka hati dialah nak kata apa. Itu hak dia. Itu yang dia nak,” balas Lufya lagi.
Damya menggelengkan kepalanya perlahan. Dia tidak tahu apa yang Lufya sedang cuba buktikan. Kebodohan diri sendiri ataupun dia sedang menunjukkan dirinya yang dia adalah perempuan pengecut. Tak faham sungguh!
Lufya membuang pandangan ke luar bangunan. Berderau hatinya melihat beberapa orang wartawan sedang menuju ke bangunan itu.
“Wartawan dah datang,” kata Lufya, sambil memuncungkan mulutnya ke arah wartawan itu.
Damya memandang ke arah itu, lalu mengeluh perlahan.
“Kau nak buat apa?”
“Biarkan diorang. Tak payah layan!” tegas Lufya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience