Kesilapan Terbesar Lufya ialah menerima lamaran sahabatnya untuk menjadi Isteri merangkap madu kepada rakannya sendiri. "Tak pernah terfikir dalam hidup aku untuk jadi isteri kedua apatah lagi kau kawan aku." - LUFYA ADELIA Namun kerana konflik keluarganya, Lufya memilih untuk menerima lamaran itu sekaligus bergelar isteri rahsia, Ziqri Amsyar di atas perjanjian kata dengan Marsha, 'JANGAN PERNAH JATUH CINTA'. Siapa Lufya untuk menidakkan kuasa Allah S.W.T. Kehadiran Ziqri bagaikan satu sinar bahagia buatnya. Kenangan yang mereka cipta, terlekat kemas dalam minda, menggamit cinta dan sayang buat lelaki yang bernama Ziqri Amsyar. Kepercayaan yang diberikan oleh Marsha bagaikan dirobek-robek bila Ziqri tiba-tiba mengakui perasaan cinta dan sayang yang wujud untuk Lufya. “I suka duduk dengan Lufya. Rasa disayang, dihargai dan paling penting I dah mula cintakan dia,” – ZIQRI AMSYAR " You jangan nak main gila, Ziqri. You tak boleh cintakan dia!"- MARSHA MARYAM Lantas meletuslah konflik yang sekaligus meranapkan sekeping hati milik Lufya. Sahabat karibnya sendiri menjadi musuh dalam selimut. Dirinya dipinggirkan dan diasingkan serta merta. Cercaan dan hinaan menjadi makanannya sabab hari mengundang luka dan dan derita. “Demi kebahagiaan abang dengan Marsha, tolong lepaskan Lufya. Lufya cuma orang ketiga dan Lufya tak layak untuk abang,” – LUFYA ADELIA “Tak! Abang tak akan lepaskan sayang. Sampai bila-bilapun,” – ZIQRI AMSYAR Akankah ada bahagia untuk Lufya Adelia? Akan aku pendam sebuah duka, demi bahagiamu…
View All Chapters (Total 135 Chapter)
Update 06 December 2024
2024-04-04
Best.. congrats sis.. all the best for your future stories..
2024-04-04
Donated 200 nCoins.
2024-03-26
tahniah author...best cerita ni...ada bnyak pengajaran