BAB 57

Romance Series 92840

HARI sabtu itu, Lufya dikejutkan dengan panggilan dari Puan Kirana. Puan Kirana mengadu tentang pelawaannya yang tidak mendapat reaksi balas dari Ziqri. Puan Kirana juga mengadu pada Lufya, tentang panggilannya pada Marsha yang tidak dijawab.
“Nanti Luf ajak diorang ye umi,” janji Lufya lembut. Cuba untuk memujuk hati wanita setengah abad itu.
“Terima kasih Luf. Umi rindu sangat dengan Ziq. Tapi, Ziq tu lah… sibuk sangat,” adu Puan Kirana. Syukur, Lufya mahu mendengar luahan hatinya.
“Umi jangan risau. Hari ni juga Luf ajak abang Ziq,” kata Lufya berjanji lagi.
Puan Kirana tersenyum mendengar janji yang dilafazkan oleh menantunya itu. dia senang mendengar janji itu.

SUASANA lengang pada jalan, memudahkan Lufya. Alamat yang diberikan oleh Puan Kirana itu ditilik berkali-kali, sehinggalah keretanya itu berhenti di hadapan sebuah rumah teres mewah. Kereta Ziqri dan Marsha terletak elok di hadapan rumah menandakan yang kedua mereka ada di dalam rumah.
Pin! Lufya membunyikan hon kereta.
Beberapa saat kemudian, barulah pintu rumah itu dibuka oleh Marsha. Ya, Marsha dengan beg pakaiannya. Lagaknya seperti lari dari rumah. Kemudian Ziqri muncul dengan wajah tegang sambil bibirnya bergerak-gerak seperti berkata sesuatu.
Lufya yang melihat keadaan mereka itu, kehairanan. Bergaduh ke? Dia turun dari keretanya, dan menghampiri pagar rumah itu.
Marsha dan Ziqri memandang ke arahnya kaget.
“Lufya!” Serentak mereka menyebut nama Lufya.
Tanpa berfikir panjang, Ziqri menekan suis kawalan pintu pagar itu untuk memberi laluan pada Lufya.
Marsha menarik beg pakaiannya menuju ke keretanya dengan wajah yang masam mencuka. Sempat dia menghadiahkan jelingan pada Ziqri yang sudah menghampiri dirinya.
“Kau nak ke mana ni Mar?” tanya Lufya sambil menghampiri mereka berdua.
“Kau buat apa kat sini?” tanya Marsha dingin sambil memasukkan beg pakaiannya ke dalam bonet kereta. Dia tidak menjawab pertanyaan Lufya.
Lufya dan Ziqri berpandangan dan Lufya mengeluh. “Umi call. Dia minta kita datang rumah petang ni,”
Marsha merengus kasar. wajah Lufya dan Ziqri dipandang silih berganti. “Tak nak! Aku nak pergi bercuti,” tegas. Dia menjeling Ziqri yang sudah menjegilkan matanya.
“Umi call, Luf?” tanya Ziqri meminta kepastian.
Lufya angguk. Dia memandang Marsha lagi. “Bercuti?”
“Yelah! Bercuti. Kan aku dah bagitahu hari tu. Takkan kau lupa,” sindir Marsha.
“Mar… tak boleh ke you tangguh dulu percutian tu?” soal Ziqri. Pandangan tidak puas hati di tujah ke wajah Marsha.
“Mana boleh! I dah janji dengan Raisha. Flight I, lagi dua jam, Ziq. You jangan nak rosakkan percutian I,” protes Marsha sambil memandang Ziqri dengan mata yang membulat.
Ziqri mengatup rapat bibirnya. Geram! Marsha dengan sikap degilnya tidak boleh berpisah.
Lufya merenung Marsha seketika. Kedegilan Marsha itu membuatkan dia terkesan juga. Malu!
“Tapi, umi…” Tidak sempat Lufya menghabiskan ayatnya, Marsha sudah memintas.
“Kamu nak pergi, silakan. Jangan ganggu aktiviti aku! Dah, tepi!” Marsha menutup bonet kereta itu dan terus sahaja menuju ke pintu pemandu.
“Degil!” marah Ziqri tanpa sedar.
Tangan Lufya dicapai dan ditarik untuk menjauh dari belakang kereta Marsha. Sekejap saja, kereta Marsha sudah berderum meninggalkan perkarangan rumah itu. mereka berdua, hanya mampu memandang dengan pandangan terkilan.

“KENAPA tak bagitahu, pasal benda ni?” soal Lufya dengan nada tegas.
Pandangan tidak puas hati, dihadiahkan pada lelaki di sebelahnya. Kerana aduan Puan Kirana, dia terpaksa menjadi ‘penculik’. Menculik Ziqri dari rumah sendiri untuk membawanya ke rumah keluarga Ziqri. Bukankah itu kerja gila? Dia saja yang melakukannya, ke ada orang lain yang melakukannya selain dia.
“Abang bukan sengaja. Tapi sibuk sangat,” ucap Ziqri menyesal dengan kelekaannya.
Dia tidak menyangka, Puan Kirana, akan menghubungi Lufya. Ya, pelawaan itu sudah berlalu, beberapa minggu yang lepas dan dia betul-betul terlupa.
Lufya berdecit. Pemanduannya mula perlahan dan akhirnya berhenti, kerana lampu merah. Dia memusingkan mengringkan tubuhnya menghadap Ziqri.
“Abang… umi tu, tanggungjawab abang. ‘Syurga’ abang! Sama ada abang berkahwin ataupun tidak, umi mesti abang utamakan selagi, tidak menyalahi hukum. Berdosa abaikan umi. Macam mana abang nak jadi suami yang baik untuk Mar, kalau dengan umi, masih failed?”
Ziqri diam.
“Abang kena ambil tahu tentang umi, tanya khabar, lawat umi. Layan umi sebaik-baiknya. Ibu ada satu je… bukan dua, bukan tiga…” sambung Lufya lagi.
Ziqri diam lagi. Lidahnya kelu untuk menjawab kata-kata Lufya itu. Hanya pandangan bersalah yang dia hadiahkan pada Lufya.
Bunyi hon yang berbunyi dari belakang mengejutkan mereka berdua. Sepantas kilat, mereka memandang ke hadapan.
“Allah! Lampu hijau”
Serentak Lufya menekan handbreak keretanya itu, dan menggerakkan keretanya.
Mereka akhirnya membisu tanpa suara. Hanya lagu-lagu yang berkumandang di radio, menjadi halwa telinga mereka berdua. Sesekali, Lufya mengerling Ziqri yang kelihatan resah di sampingnya.
“Abang marah?” tanya Lufya lembut.
“Hah?” Ziqri tayang muka keliru. “Marah?”
Lufya angguk kepala. “Yelah… Abang marah, Luf, ke?” tanya lagi.
Ziqri menunduk kepala dan mengelengkan kepalanya. Pandangannya kembali pada jalan di hadapan.
“Abang…,” Ziqri menyauk rambutnya ke belakang dan mengeluh perlahan. “Malu dengan Luf,” sambungnya. Dia menghadiahkan kerlingan sekilas pada Lufya. Siap dengan wajahnya yang sedikit tersengih malu.
Lufya tergelak kecil, mendengar jawapan itu. Memang patutpun rasa malu!
“Kenapa nak malu, pula? Tanggungjawab Luf, untuk ingatkan abang. Insya’Allah selagi, Luf boleh pesan dengan abang… Luf, akan buat,” kata Lufya lembut.
Tanggungjawab! Baginya, itu salah satu, daripada amanah dan tanggungjawab, yang perlu dia lunaskan. Sebagai seorang yang prihatin, dia mahu sentiasa cuba untuk menghulurkan nasihat, selagi dia boleh. Dan mangsa barunya, adalah Ziqri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience