Get the app for full experience
“KAU dah log in fac ke pagi ni?” tanya Damya muncul tiba-tiba.
“Buat apa? Banyak lagi kerja aku nak buat selain main fac,” balas Lufya sambil meneliti fail kewangan syarikat.
Damya mencebik bibir. Dia menghempas duduknya di kerusi yang berada di hadapan Lufya, sambil meletakkan telefon pintar kesayangannya itu ke atas meja.
“Mesti kau tak tahu yang Syikin ada buat permintaan maaf secara terbuka, sebab fitnah kau. Dia dah bersihkan nama kau,”
“Oh! Ye?” Lufya memandang Damya tanpa riak.
Damya berkerut dahi. Sejak bila Lufya tidak berminat dengan berita mengenai perkara itu.
“Kau okey ke tak ni?” tanya Damya sambil menghulurkan tangannya menekap dahi Lufya.
Lufya menepis tangan Damya lembut. “Aku okey,”
“Dah tu… macam tak kisah je?” tuduh Damya
“Bukan tak kisah. Tapi aku dah penat. Lagipun, aku dah tak kisah pasal benda ni. Yang penting keluarga aku dah baik dengan aku,” balas Lufya.
“Syikin keluarga kau juga,” kata Damya tanda tidak puas hati.
“Aku tahu. Boleh tak jangan ganggu. Aku nak check report. Kau ni kacau je lah,” rungut Lufya.
Damya menjuihkan bibirnya.
“Yelah tu!”
“Oh… ye. Program realiti tv tu dah habiskan? Lepas ni, jangan terima mana-mana program yang nak minta tajaan. Aku penatlah.” Lufya memandang Damya penuh harapan.
“Eii… mak cik ni. Hari tu kau yang luluskan. Kami cuma jalankan amanah yang kau bagi,” balas Damya.
“Aku tahu. Tu aku bagitahu kau, supaya nanti kau boleh ingatkan aku, pasal ni,” kata Lufya.
“Ok bos!”
Lufya menjulingkan matanya.
“Get out! Semak je!”
Terbeliak mata Damya mendengar ayat Lufya.
“Amboi!”
Meledak ketawa Lufya, saat mendengar kata-kata terakhir Damya. Dia mengusap perlahan perutnya membukit itu.
Andainya ini bahagiaku…