BAB 110

Romance Series 93123

DAMYA memasuki bangunan pejabat Ziqri. Balik dari menjengk persiapan pelancaran dia terus melencongkan keretanya ke pejabat Ziqri. Dia sanggup melakukan apa saja untuk Lufya. Langkahnya berhenti dihadapan meja penyambut tetamu. Setelah mendapatkan izin dari penyambut tetamu, Damya masuk ke dalam pejabat yang di huni oleh pekerja yang lebih dari dua puluh orang.
Kehadirannya menjadi tumpuan pekerja-pekerja di pejabat itu, namun Damya tidak mengendahkannya. Dia menonong ke pintu bilik yang tertera nama Ziqri Amsyar, dan mengetuknya perlahan.
“Masuk,” arah Ziqri dari dalam.
Damya menolak daun pintu itu, lalu masuk.
Berkerut dahi Ziqri melihat Damya yang masuk.
“Damya?”
“Ye saya. Terkejut?”
Ziqri diam sejenak. Hatinya tertanya. Apa yang menyebabkan Damya sampai ke pejabatnya. Lufya sendiri belum pernah berjumpa dengannya di pejabat.
“Sangat terkejut,” jawab Ziqri. “Silakan duduk,” pelawanya lagi.
Damya melabuhkan punggungnya sambil matanya melilau memerhati sekitar bilik itu. Suasana bilik itu, sesuai dengan jawatan yang dipegang oleh Ziqri sebagai Pengarah.
“Maaflah, kalau saya ganggu,” pinta Damya. Serba salah dengan tindakannya sendiri.
‘Tadi bukan main beria lagi. Sekarang ni, serba salah pulak. Haish! Apalah kau ni, Damya,’
Damya mengutuk dirinya di dalam hati. Apatah lagi menerima pandangan curiga Ziqri terhadapnya. Tak apalah. Ini semua kerana Lufya. Demi Lufya!
“Takpe… tak ganggupun. Dari mana ni? Lufya mana? Selalunya berdua,”
“Hari ni, saya seorang. Lufya kat pejabat. Saja singgah lepas pergi periksa persiapan untuk pelancaran khamis ni. Lagipun… saya tak nak Lufya tahu kalau saya datang jumpa suami dia. Kang dia pulak cemburu. Tak sanggup nak di kata perampas laki orang,”
Berderau hati Ziqri mendengar ayat terakhir Damya itu.
“Apa maksud kamu?”
Damya tergelak kecil. Pandangannya penuh curiga. ‘Dia ni buat-buat tak tahu ke… memang tak tahu?’ tanya Damya di dalam hatinya.
Damya berdehem perlahan. Dia menumpukan perhatian pada Ziqri yang kelihatan tertanya dengan kedatangannya ke situ.
“Saya datang ni nak cakap pasal Lufya,”
“Kenapa dengan Lufya?” tanya Ziqri. “Dia sakit ke?” tanyanya lagi. Cemas.
Damya geleng kepala. “Kalau dia sakit, saya tak datang macam ni. Saya telefon je,” ujarnya.
Ziqri mengeluh lega.
“Dah tu?”
“Takkan tak tahu isu hangat kat laman sosial sekarang ni,”
Ziqri terdiam dan mengangguk.
“Oh! Sebab itu ke?” tanya Ziqri ingin penjelasan.
Damya angguk kepala.
“Sebab itulah. Mana ada sebab lain,”
“Kamu nak saya buat apa?” tanya Ziqri.
Berkerut dahi Damya. Boleh pulak dia bertanya? Gerampun ada.
“Buat apa? Hey tolonglah Encik Ziqri. Satu Malaysia heboh yang Encik Ziqri ni curang. Lufya rosakkan rumah tangga Encik Ziqri. Takkan encik nak tengok je? Tak terfikir ke nak selesaikan masalah tu?” soal Damya, separuh geram.
Ziqri tersentak. Pandangannya tepat pada wajah Damya.
“Do something! Lufya dah teruk kat pejabat tu. Dengan keadaan dia yang sedang mengandung, anything can happen! Tak kesian kat dia ke? Semua orang pandang dia macam dia tu menjijikkan. Saya takut dia hilang kawalan diri,” kata Damya panjang lebar
Ziqri mengeluh perlahan.
“Saya sedang usahakan benda ni, Damya. Sayapun tak teringin benda ni berlarutan. Saya kesian kat isteri saya,” balas Ziqri.
Damya herot bibir ke tepi. Sinis.
“Isteri mana satu yang encik nak kesian. Marsha? Ke Lufya?”
“Mestilah Lufya. Diakan tengah mengandung,” balas Ziqri tegas.
“Baguslah macam tu. Buat sesuatu sebelum saya bawa Lufya pergi jauh dari encik. Saya dah tak nak tengok dia terseksa. Tersisih lagi dari keluarga. Semua sebab cadangan gila Marsha. Dulu saya bermatian halang dia, tapi nak juga tolong Marsha. Tengok apa dah jadi. Kalau saya dapat Marsha, siap dia saya kerjakan,” kata Damya separuh mengugut.
Ziqri mengetap bibirnya kuat.
“Jangan risau. Saya akan selesaikan masalah ni secepat mungkin,” jannji Ziqri.
Damya menjengilkan matanya.
“Make sure! Saya tak boleh nak lama-lama. Karang bos cari. Pastikan masalah ni selesai. Kalau tak, encik akan hilang anak encik. Selamanya!”
“Kamu mengugut ke?” soal Ziqri.
Damya tergelak, seraya bangun. Dia menghadiahkan pandangan penuh makna pada Ziqri.
“Tak ugut, tapi inilah yang akan saya buat,” kata Damya.
Dia membuka langkah menuju ke pintu. Sampai di pintu, dia memusingkan kembali tubuhnya ke arah Ziqri dengan senyuman sinis di bibir.
“Sebagai sahabat yang sayangkan kawan, saya akan pastikan Lufya dapat kebahagiaan dan juga pembelaan atas apa yang jadi padanya,” ujar Damya, lalu keluar.
Sempat Damya melihat Ziqri ternganga di situ ketika mendengar ayat terakhirnya. Dia keluar dari bangunan itu dengan senyuman penuh makna.
“Seorang lagi,” gumam Damya.
Wajah Marsha terbayang di matanya. Kalau perlu bergaduh, dia akan bergaduh dengan Marsha. Demi kebahagiaan Lufya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience