BAB 108

Romance Series 92840

ZIQRI merenung Lufya yang sudah terlena di sampingnya. Banyak perkara yang mengganggu fikirannya ketika itu. Salah satunya, berita yang dihantar oleh Daniel melalui aplikasi WhatsApp.
Berita mengenai Lufya merosakkan rumah tangganya bersama Marsha sedang tular di media sosial. Dia tidak pasti, sama ada Lufya mengetahui perkara itu, ataupun tidak. Ini kerana, sejak mereka dari Terengganu, dia langsung tidak melihat Lufya memegang telefonnya . Lufya lebih banyak meluangkan masanya melayan perasaan daripada menyentuh telefonnya.
Dia terkilan dengan Marsha. berita yang disampaikan oleh penyiasat peribadi upahannya juga membuatkan dia kecewa. Dia tidak menyangka Marsha seteruk itu. Dia merasa dirinya tidak berguna langsung pada Marsha.
Tangannya mengelus lembut rambut Lufya.
“Maafkan abang sayang,” getusnya sendiri.
Wajah sembab Lufya, menambahkan lagi rasa bersalah yang terselit dihati. Dia tahu, Lufya terlalu banyak memendam perasaannya sendiri.
Kata-kata terakhir Puan Hazimah semalam juga membuatkan hatinya di usik rasa bersalah. Lufya langsung tidak menyalahkan sesiapa dalam hal itu. Hatta Marsha. Lufya malah menyalahkan dirinya sendiri.
“Kenapa sayang terlalu baik?” soal Ziqri lembut, seolah sedang berbicara dengan Lufya.
Matanya setia melekat pada Lufya yang langsung tidak terganggu dengan pergerakan tangannya. Nampak sangat keletihan.
“Sampai bila sayang nak bertahan macam ni? Abang takut, satu masa nanti sayang akan kecewa dan terluka,” gumamnya lagi.
Dia menyimpan tekad dihati.
“Apa saja yang jadi… abang akan selalu dengan sayang,”
Janji itu diukir tanpa didengari oleh sesiapapun. Dia mahu dirinya sentiasa ada ketika Lufya sedang memerlukan. Dia mahu menjadi pendukung Lufya untuk terus bangkit dari segalanya. Dia mahu melihat Lufya bahagia. Itulah janjinya.
“Abang janji!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience