BAB 106

Romance Series 92840

SEPANJANG berada di dalam pesawat, mereka memilih untuk membisu. Masing-masing sibuk melayan perasaan.
Air mata Lufya mengalir, tiada tanda untuk berhenti. Sesekali esakannya kedengaran, mengundang perhatian penumpang lain. Ziqri setia menemaninya di sisi.
“Lufya sepatutnya ada dengan keluarga Lufya. Tapi semuanya dah benci kat Lufya,” luah Lufya tanpa sedar.
Ziqri mengerling wajah Lufya yang sembab.
“Sabarlah…”
“Berbaloikah sabar Lufya, abang?” tanya Lufya dengan suara lirih.
Ziqri memeluk bahu Lufya dan menggosoknya lembut.
“Insya’Allah. Percaya pada qada dan qadar Allah S.W.T,” jawab Ziqri yakin.
Lufya mengesat hingusnya yang mula berkeluaran. Kerana menangis terlalu lama, dia mula selesema.
“Lufya pernah rasa macam mana disisihkan keluarga. Takkan sekali lagi Lufya kena hadap semua tu. Dengan abang yang bersangka buruk,”
“Abang bukan nak bersangka buruk. Cuba Luf fikir. Luf, cakap yang Luf kahwin dengan abang sebab nak ayah maafkan Lufya. Mestilah abang rasa dipergunakan…”
“Tapi, Lufya tak berniat macam tu,” bantah Lufya.
Hatinya terasa sedih kerana niatnya untuk membantu, disalah ertikan.
“Abang tahu. Abang je yang rasa macam tu,” ujar Ziqri.
Ziqri memilih untuk membiarkan isu itu tidak dipersoalkan lagi. Dalam keadaan Lufya sebegitu, dia tidak mahu beban dalam kepala Lufya bertambah. Dia tidak mahu, Lufya tertekan. Apatah lagi dalam keadaan mengandung. Tangannya singgah ke perut Lufya, membuatkan Lufya tersentak.
Pandangan mereka bertemu.
“Abang minta maaf,” pinta Ziqri, sambil tersenyum. “Sampai KL kita jumpa doktor,” sambungnya lagi.
Laju Lufya menggelengkan kepalanya.
“Tak naklah. Luf nak jumpa Damya,”
“Mana boleh macam tu. Kan Lufya sepatutnya ada kat hospital,” bantah Ziqri.
Lufya berdecit.
“Luf tak suka duduk hospital,”
Ziqri mengeluh. “Mana boleh macam tu. Luf tu bukannya sihat sangat. Tak kesian kat baby ke?” lembut nadanya.
“Mestilah kesian. Luf ni ibu dia,” balas Lufya.
“Kalau macam tu, dengar cakap abang!” tegas Ziqri.
“Abang… Hari khamis, Lufya ada pelancaran produk. Banyak lagi kena bincang,” ujar Lufya. Dia memandang Ziqri penuh harapan.
“Abang cakap jumpa doktor. Titik!” tegas Ziqri.
Lufya mengeluh perlahan.
“Abang dah call umi dengan abah. Tujuh hari nanti, kita buat tahlil kat rumah umi dengan abah,”
Lufya diam. Terharu. Dia memandang Ziqri dengan senyuman hambar.
“Terima kasih abang,”
“Anything for you, sayang,” balas Ziqri.
Tanpa sedar, Lufya melentokkan kepalanya ke bahu lelaki itu. Ziqri menyambutnya dengan senang hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience