BAB 62

Romance Series 93123

“SIAPKAN laporan kewangan bulan ni, cepat. Saya nak buat majlis pelancaran produk baru sebelum program Kaulah Juara, di tayangkan di kaca tv,”
Kata-kata berupa arahan itu, memenuhi ruangan bilik mesyuarat Beauty and Health by Luf.
“Baik, Luf,” balas Zarina menjawab.
Lufya memandang wajah mereka satu persatu, sambil menarik nafasnya perlahan. Laporan jualan produk meningkat dengan mendadak, membuatkan hatinya berbunga-bunga seketika. Kegembiraannya, terpancar pada wajahnya. Begitu juga dengan semua pekerjanya.
“Terima kasih semua…” Lufya memandang Hakim dengan senyuman di bibirnya. “Terima kasih juga pada Hakim. Hakim, I owe you a lot,” sambung Lufya.
Hakim tersengih mendengarkata-kata itu.
“Not a big deal beauty lady. Dah tugas saya untuk lakukan yang terbaik untuk syarikat ni. Bukan saya seorang… yang lain juga ikut terlibat,” jawab Hakim.
Lufya memandang mereka satu persatu.
“Tahniah atas usaha semua. Malam ni, saya belanja makan,” janji Lufya.
“Wah!” Masing-masing teruja.
Biarpun itu sudah menjadi kebiasaan mereka, tapi mereka tetap teruja.
“Boleh bersurai semua. Saya harap, semua boleh kekalkan prestasi. Untuk hujung bulan ni, saya ada kejutan untuk kamu semua,” kata Lufya sambil menutup fail dihadapannya itu.
Masiang-masing berdiri sambil mengucapkan terima kasih. Masing-masing, tertanya-tanya kejutan itu.

TENGAHARI itu, Lufya menerima pelawaan dari Hakim untuk makan tengahari bersama. Pada mulanya, mereka memilih untuk makan dia kawasan yang bersebelahan dengan bangunan mereka bekerja. Oleh kerana, tempat itu dipenuhi dengan pengunjung, mereka terpaksa mencari tempat lain untuk menjamu selera.
“Awak biasa makan sini ke?” tanya Lufya sebaik mereka duduk.
Sempat matanya memerhati suasana restoran yang kelihatan mewah. Nampak sangat yang tempat itu hanya dikunjungi oleh golongan VIP dan berada. Harga makanannya pula, mahu terbeliak mata Lufya melihatnya. Cekik darah!
“Biasa,” jawab Hakim ringkas.
Spontan mulut Lufya berubah bentuk ‘O’, bila mendengar jawapan itu. Dia tidaklah hairan sangat, kalau Hakim makan di tempat semahal itu. Hakim bukannya orang biasa-biasa. Kalau dia tidak silap, Hakim merupakan anak kepada salah satu tokoh korporat di Kuala Lumpur. Cukup berada dan mewah. Cuma dia yang tidak faham, kenapa Hakim memilih bidang itu. Dia boleh saja bekerja dengan syarikat keluarganya sendiri.
Mereka memesan makanan masing-masing, sebelum meneruskan perbualan mereka.
“Dah lama kita tak keluar makan sekali,” kata Hakim, memulakan perbualan.
Lufya tersenyum dan mengangguk tanda setuju dengan kenyataan itu.
“Ya… nak buat macam mana. Saya sibuk, awakpun sibuk.’ Lufya berdecit perlahan.
Hakim tersengih mendengarnya. “Saya sibuk tak banyak. Awak tu yang sibuk memanjang,” balasnya.
“Kenalah sibuk. Macam mana nak buat duit, kalau asyik nak santai je,” kata Lufya dengan mimik muka lucu.
“Tapi… awak tu dah terlebih sibuk, tahu. Sayapun, penat tengok,” komen Hakim.
Terjongket kening Lufya mendengar komen itu. Dia tidak menyangka, yang Hakim memerhatikan aktiviti hariannya.
“Awak intip saya erkh?” tebak Lufya separuh menuduh.
Terlepas ketawa Hakim mendengar tuduhan itu.
“Kalau boleh, awak balik rumahpun, saya nak ikut tahu,” usik Hakim.
Lufya menjuihkan bibirnya mendengar usikan itu.
“Jangan nak buat kerja gilalah, Hakim,” kata Lufya.
Hakim tersengih. “Bukan kerja gila, tapi gilakan awak,”
Lufya berdecit. Wajah Hakim tidak dipandangannya. Mendengar kata-kata Hakim itu, jantungnya pula berdegup laju. Tahu dek Ziqri, berderet ceramah dia dapat nanti.
“Jangan nak mengarut Hakim…”
“Luf, saya betul sukakan awak,” kata Hakim tanpa berselindung. Dia memandang wajah Lufya dengan harapan, Lufya faham apa yang bermain dimindanya. Rasanya sudah terlalu lama dia memendam perasaan pada Lufya dan dia tidak mampu lagi untuk menahannya.
“Er…” Lufya kehilangan kata-katanya. Dia melarikan wajahnya dari terus dipandang oleh Hakim.
“Saya sukakan awak, dari hari pertama kita jumpa,” kata Hakim lagi.
“Hakim, awak tahukan yang kita ni jauh bezanya. Awak tu anak orang berada. Saya…” Lufya membalas pandangan Hakim akhirnya. ‘Isteri orang pula tu,’ sambungnya di dalam hati.
“Kita sama manusia. Ada hati dan perasaan. Harta tu tak pentingpun,” kata Hakim lembut.
Lufya mengeluh perlahan.
Mereka berhenti sekejap, bila pelayan menghantar makanan yang mereka pesan. Hanya pandangan masing-masing, yang berbicara.
“Maafkan saya, Hakim. I can’t,” kata Lufya, sebaik pelayan itu berlalu.
“But why, Luf? Setahu saya, awakpun tak berpunya lagi kan? Apa salahnya kita cuba,” kata Hakim dengan nada memujuk. Dia sangat berharap, luahannya itu berbaloi.
“Maaf, Hakim. Saya memang tak berminat dengan semua tu,” dalih Lufya. Bukan dia tidak tahu tentang perasaan Hakim padanya.
“Tapi kenapa, Luf? Saya tak cukup kacak ke? Tak cukup baik?” soal Hakim bertalu.
Lufya mengeluh kasar. Kalaulah dia tahu pelawaan makan tengahari itu, akan jadi sesi meluah perasaan. Sumpah, dia menolak! Dia tidak suka mendengar luahan itu, kerana Hakim akan kecewa bila tahu hakikat dirinya yang sebenar.
“Awak baik, Hakim. Kacak. Awak masih boleh dapat ramai lagi perempuan cantik di luar sana. Yang setaraf dengan awak,” kata Lufya.
“Saya tak nak perempuan cantik ataupun setaraf dengan saya. saya cuma mahu awak,” kata Hakim tegas.
“Hakim… please…. Jangan timbulkan perkara yang boleh merosakkan hubungan baik kita,”
“No, I’m not! But, I can’t stand anymore, Luf. Saya dah pendam lama benda ni…”
Lufya meraup wajahnya perlahan. Apa yang perlu dia bagitahu Hakim. Perlukah dia jelaskan yang dia sudah berkahwin. Tak mungkin untuk dia terima Hakim. Lagpun, dia langsung tidak ada perasaan pada Hakim.
“Hakim, I can’t love you!” kata Lufya lembut. Pandangannya menujah ke wajah Hakim.
“But why?” soal Hakim kecewa.
“Because…” Belum sempat Lufya menghabiskan ayatnya, satu suara garau memintas percakapan Lufya dari belakang.
“She is my wife!” Tegas dan keras!
Kedua mereka memandang pada pemilik suara itu. Wajah Lufya berubah serta merta, saat melihat Ziqri dan Daniel yang sedang menuju ke arah mereka dengan jarak yang semakin hampir.
Ziqri berdiri di tepi Lufya dan pandangannya tepat pada Hakim, manakala Daniel sudah berjalan ke meja yang berada di sudt restoran itu.
Hakim memandang Lufya dengan riak tidak percaya. Dahinya berkerut. Bila masa Lufya kahwin? Kenapa dia tak tahu? Semua persoalan itu bermain di mindanya.
“Luf, betul ke, apa yang dia cakap?” soal Hakim dengan nada kecewa.
Lufya menunduk sambil menggigit bibirnya kuat. Ziqri benar-benar telah merosakkan suasana itu. Selamba saja lelaki itu membongkarkan statusnya di hadapan Hakim. Kalau Marsha tahu, macam mana? Apa alasannya? Huh!
“Abang buat apa kat sini?” tanya Lufya perlahan. Dia tidak memandang wajah Ziqri dan tidak juga memandang Hakim. Pandangan tajam Hakim itu, menakutkan dirinya.
Terangkat kening Ziqri menerima pertanyaan itu. Selamba dia mengambil tempat di sebelah Lufya dan menghadap Lufya. “Sepatutnya, abang yang tanya sayang. Sayang buat apa kat sini? Dengan lelaki lagi?”
Lufya ketap bibir. Wajah Hakim dipandangnya seketika.
“Lunch,” Jawab Lufya ringkas. Dia cuba untuk berlagak tenang.
“Lunch? Tak bagitahupun?” soal Ziqri tenang.
“Maaf. Luf, lupa,” dalih Lufya.
“Lupa? Jangan pula sayang lupa, yang sayang dah kahwin ye,” kata Ziqri separuh memerli.
Lufya memandang Hakim, kemudian Ziqri.
“Abang, Luf minta maaf,” kata Lufya perlahan. Sedar kesilapannya.
Ziqri mengangkat bahunya lalu berdiri sambil memandang Hakim yang sedari tadi membisu bila melihat drama swasta mereka itu.
“Kita jumpa kat rumah. Dan sayang, owe abang an explaination!”
Ziqri meninggalkan mereka berdua menuju ke meja yang sudah diduduki oleh Daniel. Sempat dia menghadiahkan jelingan pada Hakim.
“Awak dah kahwin?” tanya Hakim membuatkan Lufya serba salah.
Lambat-lambat dia mengangguk, kemudian memandang wajah Hakim yang kecewa. “Saya minta maaf Hakim,”
Hakim mendengus tawa. Patutlah selama ini, Lufya tidak melayan dirinya. Ternyata selama ini, dia sudah menyimpan perasaan pada isteri orang. Tergeleng dia sendiri. Dia tdak menyangka sekali yang Lufya sudah berkahwin.
“Dah berapa lama kahwin?” tanya Hakim.
Dia cuba untuk melindungi perasaan kecewanya. Siapa tidak kecewa, bila perempuan yang dia sayang itu, milik lelaki lain. Baru sahaja dia meluah, dia sudah mendengar khabar mendukacitakan. Lebih perit lagi, kebenaran bukanlah keluar dari bibir Lufya, tapi dari bibir orang lain.
“Baru je sebulan lebih.” Hakim jeda mendengar jawapan itu.
Wajah Lufya dipandang seketika. “Sebulan?”
Lufya angguk perlahan.
Hakim mengeluh kasar. Tangan kanannya menggosok tengkuk. Terkilan! Perkara sebesar itu, dirahsiakan darinya.
“Awak langsung tak bagitahu saya?” soal Hakim. Kecewa.
“Saya minta maaf. Semuanya terlalu cepat,” jawab Lufya.
Sesekali pandangannya terarah pada Ziqri dan Daniel yang sedang menjamu selera masing-masing. Makanan yang berada di atas meja mereka pula, tidak terusik. Masing-masing kehilangan selera makan. Akhirnya makanan itu ditinggal begitu saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience