BAB 45

Romance Series 93123

MARSHA mundar mandir di ruang tamu. Tindakan Ziqri membawanya menjamu selera di restoran Arif semalam, membuatkan hatinya tidak tenang. Dia bertambah gelisah, bila Ziqri menghilang sebelum subuh. Jangan-jangan…
“Ish… tak mungkinlah Ziq tahu,” kata Marsha sendirian sambil mengeleng kepalanya pantas.
“Tapi, kalau dia tahu… tak, tak, tak! Aku tak boleh biar dia tahu benda ni,” Marsha merengus perlahan lalu menghempas tubuhnya di sofa itu.
Dia menggigit jarinya sambil mindanya berputar ligat. Dia tidak mampu membayangkan apa yang akan berlaku, kalau Ziqri tahu hubungan sulitnya dengan Arif. Selama ini, dia cukup menjaga tembelangnya tapi, dia tidak tahu selepas ini. Masihkah ada harapan untuk rahsianya itu tersimpan rapi.
Tangannya mencapai telefonnya untuk menghubungi Arif. Dia perlu melakukan sesuatu sebelum semuanya terbongkar.
“Hello sayang… Miss me?” Suara Arif menerpa pendengaran Marsha.
“Of course I do…” balas Marsha gedik dan manja.
Arif tersenyum di hujung talian.
“Kalau rindu, datanglah Apartment bie,” umpan Arif. Terbayang tubuh seksi Marsha melayani kehendak nafsunya yang satu itu.
Marsha gigit bibirnya sambil berfikir.
“Bie…” Marsha menarik nafasnya panjang sebelum menyambung kata-katanya. “We need to talk…”
“Boleh… asalkan sayang datang Apartment bie,” balas Arif sambil bermain rambutnya sendiri.
“I really miss you…” sambung Arif dengan nada meleret.
Marsha mecebik bibirnya mendengar ayat rindu lelaki itu.
“This is not a right time bie,” kata Marsha tegas.
Berkerut dahi Arif mendengarnya. Sejak bila Marsha pandai menidakkan perasaannya sendiri.
“Aik! Apa kena dengan you ni, sayang?” tanya Arif hairan.
“Ziq macam dah tahu je,” kata Marsha meluahkan perasaan risaunya.
Ketawa Arif meletus. “So, what?”
Marsha merengus perlahan mendengar ketawa kekasih gelapnya itu.
“Arif! I’m serious!”
Arif berhenti ketawa dan berkata, “You jangan cakap yang you nak putuskan hubungan kita. I tak terima!”
Marsha mengeluh perlahan dan membalas kata-kata Arif dengan nada memujuk, “Bukan macam tu, bie. I Cuma nak kita berjauhan buat masa ni,”
“Berjauhan? You jangan buat gila, sayang. Seharipun, I boleh mati kalau you tak jumpa I tahu. Inikan pula nak berjauhan. Hell no!” kata Arif pantas membantah kata-kata Marsha itu.
Marsha berdecit perlahan.
“Bie… please…”
“Susah sangat ke you nak terus terang Ziqri pasal kita?” soal Arif dengan nada sebal. Dia sudah menanti Marsha setahun, jadi tidak mungkin untuk dia lepaskan Marsha untuk menjauh darinya.
“Bukan pasal tu bie. Tapi…”
“Kalau susah sangat, biar I jumpa je suami you tu. Terus terang yang kita dah selalu bersama like husband and wife,”
Terbeliak mata Marsha mendengar kata-kata Arif itu. Dia tak mungkin biarkan Arif muncul dihadapan Ziqri. Baginya, kedua lelaki itu penting dalam hidupnya. Ziqri sebagai mesin Atm dan Arif sebagai penghilang rasa bosannya.
“You jangan nak berani-berani munculkan diri depan Ziq. I bunuh you nanti,” kata Marsha memberi amaran.
Arif tergelak mendengar ayat ugutan Marsha itu. Mungkin Marsha terlupa tentang siapa dirinya sebenar.
“You ugut I?” soal Arif dengan ketawanya yang masih bersisa.
Marsha mengetap bibirnya perlahan. Kali ini, dia terlepas cakap pada Arif. Pasti lelaki itu akan mempersoalkan kata-katanya itu.
“Er… bukanlah. I tak maksudkan macam tu,” dalih Marsha.
“Your better watch your word, sweety. I nak you datang Apartment I sekarang. Kalau dalam masa sejam, you tak sampai…” Arif berhenti berkata sambil tersenyum sinis. “I akan jumpa Ziqri!” sambung Arif tegas.
Marsha merengus perlahan.
“Fine!”
“Nice!”
Marsha meletakkan telefon itu dengan perasaan yang bercampur aduk. Resah, gelisah, risau dan takut. Dia sendiri tidak menyangka yang hubungan dia dan Arif boleh sampai sejauh itu.
Dia mengabaikan tanggungjawabnya pada Ziqri demi memenuhi keinginan Arif. Pengakuan cinta dan juga wang ringgit yang diberikan oleh Arif, tidak mampu untuk dia tepis. Dia akui yang mereka sudah jauh tersasar dari jalan hidup yang sebenar, tapi dia tidak pernah kisah tentang itu. Apa yang dia mahukan, adalah keseronokan semata-mata.

ATAS permintaan Arif, Marsha akhirnya berdiri di hadapan pintu rumah Arif. Tanpa ketukan atau salam, dia menekan kata kunci pintu rumah itu. Arif telah memberikan kata kunci rumahnya setahun yang lepas membuatkan dia bebas keluar masuk di dalam rumah itu. Kadang-kadang dia akan bermalam di situ, sewaktu Ziqri ada urusan di luar kawasan.
“Datangpun…” tegur Arif yang berada di ruang tamu rumah itu tanpa pakaian. Dia hanya mengenakan seluar pendek yang menampakkan keseksian otot-otot pehanya. Dia menggamit tangannya pada Marsha dan Marsha mengatur langkah perlahan menhampirinya sambil melontarkan beg tangannya di sofa mewah milik Arif.
Tangan Arif itu disambutnya dan selamba Arif menarik tubuhnya untuk duduk di atas riba lelaki itu. Laju saja tangannya menjalar disetiap inci tubuh Marsha. Marsha hanya membiarkannya.
“Bie…”
“Shhh… I just wanna enjoy with your now,”
Tali baju Marsha itu diturunkan dan kepala Marsha ditarik untuk mendekati wajahnya namun Marsha menolak tangan Arif. Pandangan mereka bersatu seketika.
“Kita kena berjauhan untuk sementara bie…”
“Again? You jangan nak mengada-ngada nak berjauhan dengan I,” kata Arif sambil menarik kasar wajah Marsha.
Marsha sedikit terkejut dengan tindakan Arif itu. dia cuba untuk berdiri tapi Arif lebih cepat bertindak. Tubuh Marsha ditolak kasar ke atas sofa membuatkan dia terbaring betul-betul di hadapan lelaki itu.
Marsha tergamam dengan tindakan kasar Arif itu.
“Apa ni bie?” bentak Marsha sambil cuba untuk bangun, namun Arif hanya menayangkan senyuman tanpa rasa bersalah.
“Jangan pernah lari dari I, sayang…” kata Arif sambil melepaskan pegangannya pada tubuh Marsha dan membantu Marsha untuk duduk.
Marsha mengeluh perlahan. Wajah Arif dipandang sekilas.
“Untuk apa I lari dari you. You tahukan, I sayang you…” dalih Marsha.
“Kalau sayang, you minta cerai dengan Ziq, kahwin dengan I,” kata Arif lembut. Rambut Marsha yang berjuntai itu ditarik ke belakang dan diselitkan ke belakang telinga Marsha.
“I tak berani nak bagitahu dia tentang kita,” ujar Marsha berdalih.
“I boleh tolong…” cadang Arif membuatkan Marsha mengeleng laju.
“Jangan!” tegah Marsha.
Arif merengus perlahan. “You nak I tunggu sampai bila, sayang?”
Marsha diam. Dia tidak mahu rahsia besarnya terbongkar.
“Bagi I fikir dulu…” kata Marsha sambil menatap wajah Arif.
Arif mengangguk perlahan. Jejarinya naik ke butang baju Marsha yang paling atas sambil berkata, “Fikirlah berapa lama sayang nak… tapi sekarang, kita kena ke ‘syurga’,”
Dia terlalu cintakan Marsha. Mengenali Marsha, adalah satu rahmat baginya. Kecantikan yang dimiliki oleh Marsha itu membuai dirinya untuk terus memiliki Marsha. Biarpun, Marsha adalah isteri orang. Dia tidak kisah. Bersama dengan Marsha, dia mengenali apa itu ‘keseronokan’ hidup biarpun tanpa redha ilahi.
Marsha membiarkan Arif menggomol tubuhnya itu. Belaian Arif membuatkan dia terbuai. Hilang rasa takutnya pada dosa. Perkara itu bagaikan sudah menjadi amalan hidupnya dan juga Arif. Dalam sedar, dia telah menodai satu perhubungan yang halal dengan melakukan perkara yang dilaknat oleh Allah S.W.T.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience