BAH 82

Romance Series 93123

KESIHATAN Lufya semakin merundum, bila kerapkali mual dan pening. Mungkin kerana alahannya. Walaubagaimanapun, dia masih bijak menyembunyikan rahsianya yang satu itu. Mengingatkan kemesraan dan kebahagian Marsha dan Ziqri, memaksa hatinya untuk bertahan sendiri. Janji Ziqri pada malam itu, untuk menjenguknya hanya tinggal janji. Rasa kecewa dan terkilan disembunyikan jauh disudut hatinya. Itu adalah pilihannya. Jadi, tiada alasan untuk dia mempertikaikan perkara itu. semua yang berlaku adalah atas kemahuannya sendiri. Dia sendiri yang menjerumuskan dirinya dalam kancah itu.
“Kau nampak pucat. Kau tak sihat ke?” soal Damya, tanda prihatin.
“Takde apalah,” jawab Lufya, senada.
Damya merenungnya dengan riak wajah tidak puas hati. Dia tahu, ada yang mengganggu Lufya. Sejak mereka menghadiri majlis makan malam tempoh hari, Lufya banyak teremenung.
“Kau cakap bebaik, Luf. aku dah lama tak nampak kau buat perangai macam ni tahu. Baik kau terus terang dengan aku,” desak Damya. Dia tidak akan berdiam diri.
Lufya mengetap bibirnya perlahan. Wajah Damya yang sedang duduk di hadapannya itu, di pandang seketika kemudian dia meraup wajahnya kasar. Dia sendiri buntu dengan perasaannya sendiri.
“Lufya…” Damya terus mendesak.
“A…aku mengandung,” kata Lufya. Bibirnya digigit kuat. Tubuhnya disandarkan ke kerusi dan matanya dipejamkan seeratnya. Setitis air mata terbit dihujung matanya.
Damya terkesima mendengar sebaris ayat itu. Lufya yang sudah bersandar di kerusi dipandangnya tanpa berkelip. Dia pasti, bukan itu yang menyebabkan Lufya bersikap seperti itu.
“Kau pasti?”
Lufya mengangguk laju.
“Ziqri tahu?”
Lufyamengelengkan kepalanya laju.
Damya mengeluh kasar. “Kenapa tak bagitahu?”
“Aku takut…”
“Kau takut terluka,” tebak Damya.
Lufya mengetap bibirnya dan mengangguk lambat-lambat.
Damya mengeluh perlahan. Dia sudah menduga apa yang akan terjadi bila sampai pada masa itu. Sebelum Lufya dengan Ziqri bernikah, dia pernah mengingatkan Lufya. Dan sekarang itulah yang sedang berlaku.
“Kau cintakan Ziqri,” teka Damya lagi.
Lufya memandang Damya. Airmatanya semakin banyak bertakung dihujung mata.
“Tipulah kalau tak… tapi dia ada Mar. Aku Cuma persinggahan dia,”
Damya bangun dari kerusinya, dan menuju ke arah Lufya. Bahu Lufya ditepuknya perlahan.
“Aku dah ingatkan kau dulu… kau tetap nak teruskan,”
Lufya diam. Dia menunduk seketika.
“Aku Cuma nak tolong…”
“Tapi sekarang, kau bukannya setakat tolong dia, tapi kau sedang meranapkan hati kau sendiri, kau sedang hancurkan hati kau sendiri…”
Lufya mula teresak. Sekali lagi dia tersepit antara persahabatan dan juga cinta yang sudah menerajui hatinya.
“Aku nak buat apa sekarang ni?” tanya Lufya. Bibirnya di gigit kuat.
Damya mengeluh perlahan. “Kalau aku bagi cadanganpun, belum tentu kau setuju,”
Lufya berdiri. Dia menghadap Damya dengan pandangan penuh harapan.
“Kau je harapan aku…”
“Luahkah perasaan kau. Minta dia pilih antara kau dengan Mar,”
“Tak mungkin!” Lufya mengesat matanya kasar.
Damya berdecit. “Kalau kau tak buat macam tu, kau akan hilang anak dan juga lelaki yang kau sayang,” tegas Damya.
“Tapi dia suami Marsha. Kawan aku!” tegas Lufya, mengingatkan Damya tentang hakikat sebenar.
“Diapun pernah buat kau macam ni, Luf. Apa salahnya kau buat benda yang sama,”
Lufya mengelengkan kepalanya dan kembali duduk.
“Ini je peluang yang kau ada, Luf. Kejar bahagia kau. Bukan bahagiakan orang lain, tapi hati sendiri menderita,” pujuk Damya lagi.
Lufya mengelengkan kepalanya. Tak mungkin dia menyakiti hati Marsha. Tak mungkin untuk dia merampas kebahagiaan Marsha. Dia mencapai beg tangannya dan juga kunci kereta.
“Kau nak ke mana?” tanya Damya. Dia mula risau sesuatu.
“Aku nak tenangkan fikiran,” jawab Lufya. Ya, dia perlukan ketenangan. Dia menuju ke pintu keluar.
“Kau jangan nak buat perangai gila tahu. Aku nak ikut!” kata Damya. Dia turut menuju ke pintu keluar.
“Tak payah. Aku nak bersendri,” kata Lufya tegas.
Damya mengeluh kasar. “Aku risaulah…”
“Tak payah nak risau sangat. Bukannya, aku nak pergi bunuh diri,” kata Lufya, sambil menghilang di sebalik pintu.
Dia meninggalkan bangunan itu dengan perasaan yang bergolak. Hala tujunya juga tidak dipastikan ke mana. Apa yang dia mahukan adalah ketenangan. Dia sendiri tidak tahu sama ada ketenangan itu ada untuknya ataupun sebaliknya.

PANDANGAN Lufya terkunci pada pasangan suami isteri yang sedang berpelukan dihadapannya ketika itu. Rasa pedih menikam hatinya, bila melihat kemesraan yang terpampang di hadapannya. Satu persatu janji yang di mungkiri oleh lelaki itu kembali di ingatannya. Semakin perasaannya mekar, semakin keraplah dia bertembung dengan pasangan itu. Adakah itu tandanya, yang dia perlu sentiasa sedar akan kedudukan dirinya sebagai orang ketiga.
Niatnya untuk mencuci mata di Pavillion itu mati serta merta. Hatinya yang sedia kecewa semakin kecewa. Lukanya semakin dalam.
‘Kenapa nak terluka? Ini pilihan sendiri. Bukannya paksaan sesiapa.’ Sekali lagi, kata-kata itu bergema di hatinya.
Itulah kenyataan yang dia hadapi. Mahu ataupun tidak, itulah hakikat kehidupannya.
Lufya akhirnya membawa dirinya ke Tasik Perdana. Tempat dia berduaan dengan Ziqri buat pertama kalinya. Dia berdiri menghadap tasik itu. Air itu terlalu tenang pada pandangannya. Tapi kenapa hatinya tidak setenang itu.
Tanpa dia sedar, air matanya kembali terbit di hujung matanya. Dalam hubungan antara dia dan Ziqri, tiada apa yang boleh dia pertahankan. Biar cinta dan sayangnya sedalam lautan, tapi itu tidak memberi makna apa-apa. Dia hanyalah orang ketiga. Dalam erti kata lain, dia hanyalah ‘isteri sementara’.
Tangannya dibawa ke perutnya yang baru berusia lapan minggu.
“Maafkan mama sayang,” bisiknya perlahan.
Mungkin dia perlu menerima hakikat yang dia akan kehilangan anaknya sendiri. Dia perlu menerima hakikat yang dia akan berpisah dengan suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience